JAUH perjalanan, luas pemandangan. Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan minat seorang pemuda yang sukakan aktiviti pengembaraan dalam hutan. Rakaman pemuda berkenaan memaparkan momen-momen mengembara dan berkhemah bersama rakan-rakan mendapat perhatian ramai di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Nak meminang ke nak ajak perang? Wanita ini perjelas mesej bahasa kasar dihantar bakal tunang - “Kami sebenarnya gaduh, saya block nombor dia” ARTIKEL BERKAITAN:Nasib gadis kaki kecil! ‘Tragedi’ kasut tercabut masa konvo masih segar di ingatan, kali ni safety boots pula ‘dibedah’ selepas minta bantuan abang Berkongsi cerita dengan mStar, Ahmad Syawkani Muhammad, 23, berkata videonya yang tular itu dirakam pada April lalu ketika dia berkelah di Lata Kedondong, Batang Kali, Selangor. Jelasnya, aktiviti yang dilakukannya itu amat menyeronokkan kerana dapat menikmati keindahan alam semulajadi tanpa mengeluarkan sebarang kos yang tinggi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa tu lagi berapa hari je nak puasa, jadi saya dan kawan-kawan hiking untuk kali terakhir sebelum Ramadan. "Perjalanan nak ke kawasan tu ambil masa dalam 30 minit sahaja dan selepas dah puas lepak dua jam kami semua pulang ke rumah. "Kalau masuk hutan ni dia lebih feel, lepas tu bila backpacking ni best sebab kosnya tak tinggi dan kita menggunakan apa yang ada sahaja. Kani sukakan suasana hutan dan alam semulajadi. "Ia lebih kepada nak menikmati momen pada waktu itu dan explore sendiri suasana alam semulajadi," katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan Multimedia di Kolej Universiti Islam Selangor. Pemuda ini berkata minat ini bercambah selepas dia menyertai aktiviti unit beruniform di sekolah, justeru ia diteruskan sehingga kini bersama rakan-rakan. Anak kelahiran Kelantan ini juga bekerja separuh masa sebagai travel and adventure guide di sebuah syarikat pelancongan yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. "Waktu sekolah dulu saya aktif dalam Pengakap. Jadi bila dah habis sekolah, saya nak cuba teroka aktiviti lain berkaitan alam semulajadi. "Saya cuba benda yang adventure sikit macam jungle tracking, hiking masuk hutan tu semua. Mula-mula cuba terus jadi minat, walaupun masa tu ada rasa macam penat tetapi lama-kelamaan jadi seronok sampailah sekarang. "Selalunya saya dapat tahu tempat menarik melalui perkongsian di media sosial dan kadang-kadang kawan daripada group hiking ada share pengalaman mereka. Yang paling penting sekali, kita kena buat banyak research mengenai tempat yang nak explore tu. AHMAD SYAWKANI MUHAMMAD "Sebelum PKP dulu kalau free hujung minggu saya kerja part time bawa group hiking masuk hutan, ikutlah kawasan mana yang mereka nak explore. "Seronok bila dapat berkongsi minat dengan orang lain dan dalam masa yang sama menghargai keindahan alam semula jadi," ujarnya yang mesra disapa Kani. Menurut anak kedua daripada 11 beradik itu, dia bernasib baik kerana belum pernah mengalami sebarang gangguan sepanjang berada dalam hutan. Namun begitu, Kani mengingatkan orang ramai untuk membuat kajian terlebih dahulu sebelum masuk ke mana-mana kawasan hutan yang mereka berminat untuk terokai. "Alhamdulillah saya belum pernah lagilah kena kacau, cuma kawan-kawan je yang kurang bernasib baik. "Sebab tu bila nak masuk hutan ni kalau boleh kita kena bawa orang yang berpengalaman. Sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa berlaku, ada orang yang boleh bantu untuk mengawal situasi berkenaan. Kani mahu menjelajah hutan lain yang ada di negara Asia. "Yang paling penting sekali, kita kena buat banyak research mengenai tempat yang nak explore tu. Sebab dalam hutan ni ada macam-macam jenis jalan dan bila tersalah tu yang boleh buat orang sesat," katanya. Pemuda ini turut berkongsi rancangannya yang mahu meneroka hutan di beberapa negara Asia seperti Vietnam, China dan Kemboja sebaik sahaja wabak Covid-19 ini berakhir. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!