suria

Bukan tolong awek je, makcik pun Abang Selipar bantu! Pemuda ‘selamatkan’ gadis but terkopak di PPV rupa-rupanya kerja pelaut - “Saya kasihankan dia”

Foto kiri Arief ketika bertugas sebagai pelaut, foto kanan Arief menjadi sukarelawan di PPV. -Gambar kecil selipar yang dipinjamkan kepada seorang gadis di PPV.

IBARAT kisah dongeng klasik Cinderella, itulah yang dialami seorang gadis apabila tapak kasut butnya terkopak di pusat pemberian vaksin (PPV) sebelum 'diselamatkan' oleh seorang jejaka.

Kisah mereka menjadi tular selepas gadis itu berkongsi pengalamannya di aplikasi TikTok mengenai petugas yang sudi meminjamkan sepasang selipar, bagi membolehkannya meneruskan proses penerimaan vaksin Covid-19.

Rata-rata netizen menggelarkan pemuda berkenaan sebagai 'Abang Selipar' kerana sudi membantu gadis berkenaan yang akhirnya berjaya menerima dos kedua vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: Panik but terkopak di PPV! Dah balik rumah, check IG, baru gadis ini dapat tahu selipar besar yang dipinjam milik petugas kacak - "Saya digelar Cinderella Malaysia"

Malah 'Abang Selipar' yang bertugas di PPV Dewan Jubli Intan di Muar, Johor itu juga menarik perhatian ramai yang rata-rata menyifatkan wajahnya sebagai kacak.

Bercakap kepada mStar, Abang Selipar berkenaan, Muhammad Nurarief Firdaus Samion berkata, dia baru berkhidmat sebagai sukarelawan di PPV itu sejak 21 Julai lalu.

Pemuda berusia 27 tahun itu sama sekali tidak menyangka dirinya menjadi tular, gara-gara membantu seorang penerima vaksin dengan meminjamkan seliparnya, baru-baru ini.

"Bila ada rakan petugas tanya siapa ada kasut atau selipar ekstra untuk dipinjamkan kepada seorang penerima vaksin, saya bangun dari kaunter dan melihat dia (gadis) dari jauh.

abang selipar 6

Kisah tular mengenai insiden but terkopak yang dialami seorang gadis di PPV, dilaporkan mStar.

"Sebenarnya kami semua pakai kasut ketika bertugas, tapi saya ada tinggalkan sepasang selipar dalam kereta di parkir PPV. Jadi, saya keluar dewan sekejap untuk ambil selipar.

"Kenapa saya beria-ria tolong dia? Sebab saya kasihan, dia lawa-lawa datang PPV tapi jadi macam tu. Mungkin perkara tu memalukan dia, takkan nak biarkan dia malu," katanya ketika dihubungi.

abang selipar 3

Arief (kiri) bersama rakan-rakan setugas di atas kapal.

Lebih mesra disapa Arief, pemuda berketinggian 173 sentimeter itu berkata, dia merupakan lulusan Diploma Pengajian Nautika di Akademi Laut Malaysia (Alam).

"Saya mempunyai pengalaman bekerja sebagai pelaut dan menjadi sukarelawan di PPV untuk mengisi masa lapang," ujarnya yang turut mempunyai pengalaman bekerja sendiri.

Selain minat berniaga, Arief yang mengakui masih bujang turut memberitahu dia menggemari sukan ekstrem seperti mendaki (hiking).

abang selipar 7

Arief bertugas sebagai sukarelawan di PPV Dewan Jubli Intan.

Berkongsi pengalamannya sebagai sukarelawan, anak kelahiran Muar itu berkata, seorang warga emas berusia 60-an datang ke PPV tempatnya bertugas bagi menerima dos kedua vaksin.

"Makcik tu sebenarnya dah tersilap PPV, lokasi sebenar dia patut terima vaksin adalah di Dewan Maharani, kira-kira lima minit perjalanan dari tempat saya menaiki kereta.

Kenapa saya beria-ria tolong dia? Sebab saya kasihan, dia lawa-lawa datang PPV tapi jadi macam tu. Mungkin perkara tu memalukan dia, takkan nak biarkan dia malu.

ARIEF

"Masalah timbul ketika itu sebab suami dia hantar saja dan ke tempat lain. Bila diberitahu salah PPV, berubah air muka makcik tu sebab risau," ujar anak bongsu daripada dua beradik itu.

Menurut Arief, dia kemudian memutuskan untuk memandu keretanya bagi menghantar makcik tersebut ke lokasi PPV yang sepatutnya, selepas mendapat kebenaran.

abang selipar 4

Arief merupakan anak kelahiran Muar.

"Kasihan makcik tu, dah la salah PPV... daripada dia tunggu Grab, lebih senang saya hantarkan. Sekurang-kurangnya depan mata saya tahu makcik tu sampai dengan selamat.

"Tak banyak yang dibualkan sebab perjalanan hantar makcik tu begitu dekat. Cuma makcik tu beritahu suaminya akan datang jemput di lokasi PPV yang saya hantar tu

"Ibu saya pun warga emas, berusia 69 tahun. Saya sendiri mahukan ada orang lain tolong ibu saya jika dalam kesusahan, jadi saya bantu permudahkan urusan makcik tu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain