BERPAKAIAN seragam penghantar makanan, namun aksinya di sebuah gerai nampak macam penebar roti canai berpengalaman. Menerusi sebuah video berdurasi 11 saat, pemuda tersebut tekun menebar roti bersama seorang lagi lelaki yang bertentangan dengannya, dipercayai pemilik gerai. Persoalannya siapakah jejaka ini sebenarnya, penghantar makanan atau penebar roti canai? ARTIKEL BERKAITAN: Baju jadi 'mangsa', banyak doh 'dikerjakan' tapi roti canai masih tak terbang! Pelajar tak mahu biasa-biasa macam ayah, akhirnya jadi pakar penebar ARTIKEL BERKAITAN: Dulu tebar roti canai, kini Ketua Polis Johor... Ayob Khan tak lupa asal usul Pemuda berkenaan, Khairul Hamizan Mustafa berkata, video tersebut dirakamkan oleh rakan-rakan penghantar makanan ketika dia bertugas untuk mengambil pesanan dua pelanggan. Jejaka berusia 24 tahun itu memberitahu, dia tiba di gerai tersebut yang terletak di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya sampai je kat gerai tu dah ada empat rider, saya adalah rider yang kelima baru sampai. Masa tu saya datang untuk ambil pesanan dua pelanggan. "Saya saja ada 15 keping roti semuanya, ada roti canai, roti sardin dan roti telur. Sedangkan empat lagi rider sedang menunggu order mereka," katanya kepada mStar. Hamizan berkhidmat sebagai penghantar makanan sejak awal 2020. Hamizan berkata, ia merupakan kali pertama dia ke gerai tersebut yang baru empat hari menggunakan khidmat penghantaran dengan syarikat tempatnya bekerja. "Ada banyak order yang pakcik tu nak kena siapkan. Tanya kawan-kawan pun mereka kata dapat banyak order. "Saya pula yang last sampai, berapa lama nak tunggu. Jadi, saya tegur pakcik tu dan tawarkan diri untuk bantu dia tebar roti. Pakcik tu kata okay, saya cuci tangan dulu sebelum menebar," ujarnya yang mula berkhidmat sebagai penghantar makanan sejak awal tahun lalu. Hamizan mula menebar roti sejak berusia 12 tahun. Menurut pemuda yang berasal dari Kampung Pokok Machang, Tasek Gelugor itu, dia sebenarnya berpengalaman menebar roti sejak usianya 12 tahun. "Mak dan ayah saya juga berniaga roti canai, mereka ada warung di Pokok Sena di Kepala Batas dan masih lagi berniaga. Mak yang ajar saya menebar roti masa darjah enam. "Saya bantu mak ayah berniaga setiap kali cuti sekolah, terutama hujung minggu. Dari darjah enam, sekolah menengah sehingga dah habis sekolah saya bantu mereka," ujar pemuda berkelulusan Sijil Pemasangan Elektrik di Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang ini. Menunjukkan skil menebar roti sambil membantu pengusaha gerai. Turut dikenali sebagai Yon Roti Canai, Hamizan berkata, dia membantu menebar roti selama kira-kira 15 minit, dan dianggarkan antara 20 hingga 30 roti yang berjaya ditebarkannya. "Saya tolong tebar bukan untuk saya punya order, tapi nak bantu settle order rider-rider yang tunggu lebih awal. Tak adil kalau buat saya punya dulu. Saya tolong tebar bukan untuk saya punya order, tapi nak bantu settle order rider-rider yang tunggu lebih awal. Tak adil kalau buat saya punya dulu HAMIZAN "Saya hanya bantu untuk percepatkan order masing-masing. Masa tu cuma ada pakcik yang menebar, dan seorang anak perempuannya bungkus roti. Ada seorang lagi makcik jual kuih-muih dan makanan lain di situ," tambah anak bongsu daripada lima beradik itu.Bukan sekadar menebar roti, Hamizan yang juga menjual peranti dan perisa vape secara sambilan juga berkebolehan membuat murtabak dan membancuh minuman. Hamizan turut berkebolehan membuat martabak. "Memang rasa nervous masa tebar roti depan pakcik tu sebab lain orang lain cara tebar rotinya. "Risau kalau cara tak kena, syukur pakcik tu tak complaint. Saya tak penat sebab dah biasa tebar roti dari kecil, kiranya kat gerai tu saya kembali tunjuk skil yang dah lama simpan. "Tebar roti biasa-biasa je, belum lagi mahir tebar roti 'terbang' yang lempar tinggi tu. Niat saya cuma nak percepatkan urusan pakcik tu menebar roti," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!