suria

Ramai terhibur tengok aksi jejaka ini mengajar catwalk pakai heels 6.5 inci... ‘feel’ dan imaginasi penting, terpelecok lain cerita!

Harris (kiri) mengajar anak saudaranya, Martina cara untuk catwalk.

GAYA dan lenggok catwalk seperti di pentas peragaan yang dilakukan pemuda ini buat ramai terpegun.

Namun apa yang lebih mencuit hati apabila video yang dikongsi oleh pemuda tersebut menunjukkan dia nyaris terjatuh ketika penuh yakin melakukan catwalk itu, gara-gara memakai kasut tumit tinggi.

Video itu setakat ini meraih hampir 360,000 tontonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu alam semulajadi... video pengembaraan dalam hutan dikongsi pemuda ini buat ramai terpesona, rasa tenang je tengok

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini ‘blur’, balik kampung tiada yang tunggu di pintu... terlupa mak dah pindah ‘rumah baharu’ - “Arwah tanam pokok, saya sedekah buah kepada jiran”

Bercerita kepada mStar, Harrison Junior Jakan, 23, berkata, video tersebut dirakam oleh anak saudaranya Martina Riti Frederick Musi,19, yang pada masa sama sedang belajar cara-cara catwalk dengannya.

Bagaimanapun, ketika sedang mengajar sambil berimaginasi dirinya persis model yang berjalan di pentas peragaan, dia hampir terjatuh akibat terpijak batu kecil yang berada atas jalan.

"Petang tu saya luangkan masa bersama anak buah sambil ajar dia catwalk kerana dia mahu masuk pertandingan. Waktu tu saya pakai kasut tumit tinggi 6.5 inci.

"Dalam masa sama, saya juga minta dia tolong rakam video sebagai konten biasa saya sahaja di TikTok... tak sangka terpijak batu kecil.

IMG_7208

Harris pada mulanya tidak yakin untuk berkongsi video menunjukkan dirinya hampir terjatuh itu.

"Mula-mula memang tak terlintas untuk muat naik di TikTok, tetapi akhirnya saya kongsi juga untuk menghiburkan followers di TikTok dan Facebook.

"Saya beranikan diri post video tersebut dan tak sangka pula ia tular," katanya yang menetap bersama keluarganya di Serian, Sarawak.

Anak kelahiran Sarawak ini berkata dia mempunya koleksi kasut tumit tinggi kerana minat dengan catwalk dan bidang peragaan.

Dengan bantuan YouTube, dia hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk belajar teknik dan membiasakan diri untuk catwalk memakai kasut tumit tinggi.

"Heels yang digunakan memang beli sendiri untuk tujuan koleksi dan belajar tingkatkan kemahiran. Saya mula minat dengan bidang ini sejak tahun 2017 sampailah sekarang.

"Kalau catwalk memang saya belajar sendiri melalui YouTube yang menunjukkan cara penggunaan kasut tumit tinggi untuk mengimbang badan. Saya ambil masa dalam tempoh sebulan untuk biasakan diri.

IMG_7159

Harris (kanan) juga merupakan seorang penari tradisional.

"Pertandingan terbesar yang saya pernah sertai ialah International Borneo Fest, namun masih ditunda untuk semi-final di Kuala Lumpur pada tahun ini. Saya mengambil peluang ini untuk menambah pengalaman.

"Selain bidang fesyen dan beraksi di pentas peragaan, saya juga menyertai tarian tradisional dari sekolah rendah sehingga sekarang," ujarnya yang lebih mesra disapa Harris.

Menurut anak ketiga daripada enam beradik itu, pada mulanya keluarganya tidak dapat menerima bidang-bidang yang diceburinya.

Namun dia berjaya membuktikan kepada mereka bahawa minatnya itu mampu untuk membantu keluarga dari segi pendapatan

"Pada awalnya memang susah untuk keluarga terima bidang yang saya ceburi. Tetapi saya berjaya buktikan kepada mereka bahawa bidang ini dapat membantu mereka dari segi kewangan.

"Saya ambil upah sebagai freelance makeup artist, menyediakan pakaian tradisional pada hari Gawai untuk disewa dan membuat persembahan tarian di majlis perkahwinan serta acara rasmi lain bagi mencari rezeki.

Janganlah kita menilai seseorang kerana kekurangannya.

HARRISON JUNIOR JAKAN

"Sekarang mereka menyokong apa jua bidang yang saya ceburi dan sentiasa memberi nasihat," katanya yang menjalani kelas tarian tradisional di Sistem Latihan Dual National di Kampung Budaya Sarawak, Kuching, Sarawak.

Walaupun Harris membuat perkongsian di media sosial untuk tujuan suka-suka dan mahu menghiburkan orang ramai, namun dia sedar bukan semua orang suka dengan apa yang mereka lihat.

Bagaimanapun, dia langsung tidak menghiraukan komen negatif yang dilontarkan oleh netizen dan berharap agak mereka tidak menilai seseorang itu dari luaran sahaja.

"Sejujurnya saya memilih untuk tidak menghiraukan komen negatif yang diberikan oleh netizen dan sentiasa berfikiran positif walaupun kadang-kadang ada juga saya balas semula komen mereka.

"Kerana matlamat utama saya ialah untuk menghiburkan orang lain, kalau ada yang tak suka tu boleh la skip.

IMG_7162

Dia mahu generasi muda untuk mengekalkan seni dan budaya tradisional agar tidak lapuk ditelan zaman.

"Pesanan saya pada masyarakat di luar sana, janganlah kita menilai seseorang kerana kekurangannya, tapi pandanglah kepada kelebihan yang mereka miliki. Kerana kita tidak tahu latar belakang kehidupan seseorang itu macam mana.

"Saya berharap kepada generasi baru ini dapat mengekalkan seni dan buadaya di Malaysia supaya tidak lapuk ditelan zaman," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain