KELETAH wanita yang dikenali sebagai Makcik Petir ini sering mencuri perhatian netizen di aplikasi TikTok. Malah, kisah Khatijah Mohamad, 56, dengan anak lelakinya, Muhammad Fareezuan, 26, pernah mendapat liputan mStar pada 28 Mei lalu. Di sebalik gelak tawa dan keceriaan yang disajikan kepada lebih 340,000 pengikut di TikTok, dua beranak itu turut berdepan episod duka apabila disahkan positif Covid-19 baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Kedengaran kasar tapi keluarga dah terbiasa, gaya 'brutal' Makcik Petir tegur anak-anak dalam video TikTok curi perhatian ramai ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah berkira! Anak hadiah cash RM25,000 sempena hari lahir ibu, setiap bulan beri RM20,000 - “Mak ayah ni ‘paip’ rezeki” Menurut anaknya yang senang disapa Fareez, dia dan ibunya turut dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maesps) pada 12 September lalu. "Saya dengan mak dimasukkan ke Maeps pada hari sama. Kakak saya juga positif Covid-19 tapi dia menjalani kuarantin di rumah kerana tidak mengalami simptom berat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Mak yang dapat (Covid-19) dulu. Mak mengalami demam dan batuk berdarah. Kami jalani ujian saringan dan turut positif. Ayah pula negatif dan menjalani kuarantin bersendirian di sebuah lagi rumah kami. "Masa mula-mula tahu, mak menangis tapi saya kata 'tak apa'. Kami tak salahkan sesiapa. Mak dijangkiti ketika dia keluar membeli barang. Mak saya down, jadi kami adik-beradik cuba bagi semangat. Fareez bersama ibunya. "Mak juga risau kena berjauhan dengan keluarga. Mujurlah kami dapat hall bersebelahan di Maeps. Jadi saya boleh jumpa mak setiap hari," ujarnya kepada mStar. Bercerita lanjut, Fareez mendedahkan ibunya sudah dibenarkan discaj pada Jumaat (17 September) manakala dia masih menjalani kuarantin di Maeps. Mak juga risau kena berjauhan dengan keluarga. Mujurlah kami dapat hall bersebelahan di Maeps. FAREEZ Menurut Fareez, dia turut mengalami masalah berkaitan hati dan berharap dapat sembuh seperti sedia kala serta kembali menjalani kehidupan seperti biasa. "Kami sekeluarga sudah lengkap menerima vaksin. Cuma doktor kata kami kena varian Delta. Sebab tu kesannya agak kuat. "Tapi Alhamdulillah mak dah dapat balik. Saya pula dimaklumkan oleh doktor mengalami masalah berkaitan hati. Harapnya saya dapat sembuh secepat mungkin," ujarnya lagi. Dalam pada itu kata Fareez, dia enggan berfikiran negatif dan menerima segala ketentuan dengan hati terbuka. Malah katanya, dia terharu apabila ramai netizen tidak putus-putus mengirimkan doa buat dia dan ibunya. Kisah Makcik Petir dan keluarganya pernah mendapat perhatian mStar baru-baru ini. "Saya ada buat video dan kongsi di TikTok mengenai kami kena Covid-19. Dalam masa lima jam dah satu juta tontonan. Alhamdulillah, ribuan orang komen doakan kami. "Di Maeps, doktor dan nurse pun kenal kami. Saya juga sempat buat persembahan nyanyian di Maeps atas permintaan mereka semua. "Ia sedikit sebanyak membuatkan saya gembira, saya tak mahu sedih-sedih. Terima kasih sangat-sangat kepada sesiapa yang doakan kami sekeluarga, saya sangat terharu. "Kepada mereka di luar sana, saya nak pesan bahawa Covid-19 memang ada dalam komuniti kita. Boleh nak keluar berjumpa kawan-kawan, tapi patuhi prosedur operasi standard (SOP). Kena sentiasa berhati-hati," ujarnya lagi. Menerusi laporan mStar sebelum ini, ibu Fareez meraih perhatian ramai gara-gara keletah serta tutur katanya yang bersahaja dan kadang-kala 'laser' sehingga diberi gelaran Makcik Petir. Malah, video keletah dua beranak itu sering meraih ratusan ribu tontonan sehingga mereka berjaya mengumpul peminat tersendiri. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI