suria

Mengorat murid lelaki baru pindah sekolah, habis UPSR terus luah perasaan... kini bersatu di pelamin - “Saya tanya dia, hang suka siapa?”

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu.

BERKENALAN sejak darjah enam, pasangan berusia 22 tahun ini akhirnya disatukan sebagai suami-isteri pada 27 Ogos lalu.

Menurut Nurul Syazana Rosli, dia bersyukur apabila perkenalannya dengan Muhamad Fathoni Fauzi berakhir di jenjang pelamin.

Ketika dihubungi mStar, jurusolek yang mesra disapa Nana itu sempat memperincikan semula kisah perkenalan mereka, 11 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta monyet zaman sekolah berakhir di pelamin, gadis sukar percaya kini dah bersuami - “Dari dulu bukan tak ada bergaduh... ada je”

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal sejak Tingkatan 4, pengantin Iban-Melayu imbas momen indah di sekolah... cikgu pun join photoshoot! - “Dulu fikir cinta monyet je”

"Suami berpindah ke sekolah saya ketika kami darjah enam. Tapi kami kelas berasingan. Kenangan masa mula-mula nak kenal, saya yang mengorat suami.

"Boleh 'sangkut' sebab kami selalu gaduh dan ejek-ejek nama. Biasalah budak-budak, selalu panggil nama mak ayah.

"Selepas tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), baru saya luahkan perasaan. Masa tu, kami selalu balik sekolah jalan kaki sama-sama.

"Saya tanya suami pada waktu itu, hang suka siapa? Kemudian baru kami berkawan rapat," ujar Nana berseloroh.

nana3

Pasangan ini berkenalan ketika di sekolah rendah.

Menurut Nana yang menetap di Taiping, Perak, hubungan itu semakin rapat apabila mereka menjadi rakan sekelas sepanjang lima tahun di sekolah menengah.

"Bermula tingakatan satu sehingga ke tingkatan lima, kami belajar satu kelas. Masa zaman sekolah, kami juga pernah putus sekejap, kemudian berbaik semula.

Sepanjang kenal, kami pun jarang contact. Contact macam biasa saja.

FATHONI

"Last kami putus masa tingkatan dua, selepas itu dah tak ada dah. Habis sekolah, suami sambung belajar, selepas habis belajar dia kerja sebagai programmer, kemudian baru kami plan untuk kahwin," kata Nana lagi.

Dalam temubual sama, suami Nana turut mendedahkan dia menerima banyak soalan daripada insan terdekat mengenai petua hubungan kekal lama.

"Orang tanya tip bercinta. Saya pun tak tahu sebenarnya. Ikut flow saja, saya terima jodoh seadanya.

nana4

Foto sekitar hari pernikahan pasangan ini pada Ogos lalu.

"Sepanjang kenal, kami pun jarang contact. Contact macam biasa saja. Lepas habis belajar, balik kampung, dia ajak saya kahwin," ujarnya berseloroh.

Menurut Nana, dia berani bertanyakan soal kahwin kepada suaminya pada waktu itu kerana sudah cukup lama mengenalinya.

Malah kata Nana, dia percaya akan konsep rezeki dan jodoh biarpun usia mereka baru mencecah 22 tahun.

nana5

Nana dan suami menjadi rakan sekelas selama lima tahun di sekolah menengah.

"Saya fikir dah lama sangat kenal, takut tak jadi. Dia pun dah habis belajar, dah kerja. Kemudian tanya keluarga dan kami berbincang, baru kami kahwin," ujar Nana lagi.

Nana turut berkongsi bingkisan video kisah dia dan suaminya menerusi Instagram sehinga menerima lebih 100,000 tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain