UMUM mengetahui harga minuman daripada rangkaian kedai kopi Starbucks sedikit mahal berbanding minuman setaranya. Baru-baru ini video memaparkan satu 'cup' minuman dari kedai tersebut tertumpah ketika seorang wanita cuba mencucuk penyedut minuman sambil membuat rakaman video, menjadi tular. Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 13 juta jumlah tontonan dan dibanjiri belasan ribu komen yang pelbagai, dengan ada yang memberikan kata-kata positif namun tak kurang ada juga yang mengecamnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Malaysia di Jepun dedah layan permintaan pelik pelanggan, disuruh beli pakaian dalam wanita... termos ‘Made in Malaysia’ pun laris! ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh tuduh rider curi Starbucks, vlogger buat permohonan maaf selepas lama belek telefon – “Aku merendahkan ego” Hanya mahu dikenali sebagai Nurin Izyan, wanita ini berkata dia sendiri tidak menyangka video insiden 'kisah sedih ringkas' yang dikongsi di aplikasi TikTok secara suka-suka itu meraih jumlah tontonan yang begitu tinggi. "Saya dan seorang rakan lelaki singgah ke kedai kopi itu di Suria KLCC untuk membeli minuman sebelum ke Aquaria. Saya memang suka ambil video makanan sebab ia satu 'art' bagi saya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sambil merekod guna telefon bimbit, saya cuba cucuk penyedut minuman dalam cup Greentea Frappe dan entah macam mana cup tu terbalik sebab mata saya fokus kepada skrin telefon bimbit sewaktu mencucuk. "Memang terkejut sangat masa cup tu jatuh dan tengok hampir semua airnya tumpah. Tak sempat nak rasa pun," ujar wanita berusia 22 tahun ini. Pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam yang senang disapa Nurin ini berkata, selain terkejut, dia juga diselubungi rasa bersalah yang teramat bukan sahaja kepada rakannya yang membayar minuman tersebut, tetapi kepada kakitangan kedai kopi yang terpaksa membersihkan sisa tumpahan minumannya. Nurin tidak sengaja menumpahkan minumannya kerana sedang merakam video dalam masa yang sama. "Saya memang terkejut campur rasa bersalah sangat. Tapi jadi tenang sikit sebab reaksi rakan lelaki yang 'cool' dan dia terus panggilkan pekerja di situ untuk minta tolong bersihkan. "Bila pekerja tu datang, berkali-kali saya minta maaf sebab susahkannya. Masa tu tak ada rasa malu dah, tapi rasa bersalah yang teramat. "Rakan saya offer beli minuman baru tapi saya menolak sebab tak mahu membazir dan memang kami tengah kejar masa untuk ke Aquaria pula. Bila pekerja tu datang, berkali-kali saya minta maaf sebab susahkannya. Masa tu tak ada rasa malu dah, tapi rasa bersalah yang teramat. NURIN IZYAN "Dalam hati niat nak belikan sesuatu buat pekerja Starbucks tu untuk tebus rasa bersalah selepas selesai ke Aquaria tapi tak sempat. InsyaAllah nanti saya nak ke kedai tu semula dan jumpa dia," katanya yang menetap di Setia Alam, Selangor. Langsung tidak menjangka impak daripada video berkenaan, Nurin berkata dia terbuka menerima sebarang komen daripada netizen kerana mengakui ia adalah kesilapan dirinya sendiri. "Video tu simple saja tapi mungkin sebab ia air Starbucks, maka ramai yang view. Memang macam-macam reaksi, ada yang nasihatkan supaya berhati-hati selepas ini. Nurin mengakui berasa bersalah atas insiden yang tidak disengajakannya. "Ada juga yang kagum dengan sikap rakan lelaki kerana tenang dan tak melenting walaupun sikit lagi nak kena dia. Ada netizen komen 'dia sangat lembut. Kalau laki aku, dekat situ juga dia marah aku'. "Tapi biasalah, ada juga komen negatif yang buat saya rasa 'alamakkk'. Tak kurang juga ada yang kata ia content. "Saya okay je baca komen-komen tu semua sebab memang salah sendiri pun. Lagipun, benda dah nak jadi. Saya hargai semua yang beri komen positif. Moralnya selepas ini kena hati-hati kalau nak rekod," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!