suria

Minat mekap sejak kecil, pemuda ini buat ibunya terkejut selepas tunjuk hasil solekan pertama - “Tak berani minta ma ajar, saya kan lelaki”

Den menceburi bidang solekan pada 2019 setelah bertahun memerhatikan ibunya melakukan tugas sebagai jurusolek.

KALAU sudah berbakat, buat apa sahaja pasti akan menjadi.

Begitu jugalah dengan pemuda ini yang mempunyai kebolehan mengubah penampilan wajahnya dengan solekan.

Rata-rata warganet terpegun dengan hasil transformasi lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Idam jadi MUA terkenal, pemuda 'dagu panjang' tak hirau digelar alien... nafi bedah wajah - “Paling terasa bila orang pertikai lelaki pakai mekap”

ARTIKEL BERKAITAN: Sekian lama mengaku namanya Alish, pemuda ini tinggalkan dunia pondan selepas berdepan saat cemas - “Memang nak cuba ada kekasih, tapi...”

Bercakap kepada mStar, Muhammad YusshahDaniel Yusseri, 21, berkata dia mula menceburi dunia solekan sewaktu baru melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara UiTM) Machang, Kelantan pada tahun 2019.

Dia menjadikan YouTube dan ibunya, Rozita Hamzah, 48, yang merupakan seorang jurusolek sebagai guru dalam bidang solekan.

"Mula-mula dulu saya perhatikan je ma solek orang, sebab dia MUA dekat area Pahang. Tapi tak berani la nak minta dia ajar sebab saya kan lelaki.

efgrh

Antara hasil 'look' yang dihasilkan oleh Den.

"Kemudian bila dah masuk universiti dapat tahu pula kelab kebudayaan perlukan orang untuk menyolek artis kebudayaan mereka, jadi saya pun cuba untuk serlahkan bakat.

"Ma terkejut waktu saya tunjuk gambar hasil solekan kepada dia. Dari situlah dia tahu yang saya ni boleh make-up dan memuji hasil solekan saya," katanya yang sudah tamat pengajian dalam jurusan Diploma Seni Lukis & Reka (Seni Halus) pada Januari 2021.

Mesra disapa Den, katanya, dia menjadikan beberapa ikon seperti Abby Robberts, Syedewa dan Marylin Monroe sebagai inspirasinya dalam bidang solekan.

Kata pemuda itu, setiap look yang dihasilkan mengambil masa antara dua hingga tiga jam untuk disiapkan kerana tahap kesukarannya juga berbeza.

"Kalau dari mula sampailah habis rekod video, semuanya ambil masa lebih kurang empat atau lima jam nak siap.

IMG_1985

Den (kanan) merupakan anak kedua daripada lima beradik.

"Look paling susah nak buat ialah Kylie Jenner, sebab nak kena buat rambut dan barang-barang make-up yang dia gunakan pun tak sama macam apa yang saya ada.

"Jadi kualitinya pun sedikit berbeza, saya dah habiskan dalam RM3,000 untuk beli alat solek," yang menetap bersama keluarganya di Jerantut, Pahang.

Memang tidak dapat dinafikan, hasil solekan Den mendapat sambutan di TikTok dan salah satu videonya telah mencecah lebih daripada 50,000 tontonan.

Bagaimanapun, ada segelintir individu yang kurang selesa apabila melihat wajah lelaki bersolek.

"Kadang-kadang ada je yang komen kata saya ni lembut sebab pakai make-up, yang itu boleh terima lagi. Tapi kalau melebih-lebih saya delete je terus komen mereka.

IMG_1980

Antara lukisan yang dihasilkan oleh Den sebelum ini.

"Ada je ahli keluarga lain yang tak berapa suka dengan minat saya, sebab nampak macam tak ada masa depan. Jadi sebab itu la saya post video di media sosial untuk mencipta nama sendiri.

"Biar orang boleh nampak bakat dan hasil kerja saya melalui solekan," katanya yang berasal dari Pahang.

Anak kedua daripada lima beradik ini bukan sahaja pandai menyolek, malah dia juga mempunyai kebolehan untuk menghasilkan lukisan yang cantik.

Bakat yang ditonjolkan sejak berusia tiga tahun itu dijadikan sebagai sumber pendapatannya pada tahun 2020.

"Saya mula melukis pada usia tiga tahun. Ketika itu mama cakap lukisan saya dah berupa walaupun waktu itu masih kecil.

Kalau rasa kita ni ada potensi, jangan sia-siakan bakat yang ada dalam diri sendiri.

MUHAMMAD YUSSHAHDANIEL YUSSERI

"Waktu cuti semester empat, saya mula menjual hasil lukisan potret secara serious untuk meringankan beban ma dan abah yang menanggung kos rawatan adik pada ketika itu.

"Sebab adik saya kemalangan motosikal dan alami kecederaan pada otak yang menyebabkan dia terlantar sehingga ke hari ini," ujarnya.

Den kini menyediakan khidmat solekan dan melukis inai secara sambilan di sekitar kawasan Jengka dan Jerantut.

Dalam masa yang sama, dia juga bercita-cita untuk berhijrah ke Selangor untuk menjadi jurusolek yang berjaya.

IMG_5248

Den mula menjual lukisan pada tahun 2020 untuk meringankan beban ibu bapanya yang membiayai kos rawatan adik akibat kemalangan.

"Kalau rasa kita ni ada potensi, jangan sia-siakan bakat yang ada dalam diri sendiri.

"Gunakanlah bakat yang sedia ada itu untuk benda berfaedah. Buktikan kepada mereka apa yang kita ni boleh," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain