MANUSIA tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan, apatah lagi di kala kita sibuk melayani pelanggan yang tidak putus-putus di kedai. Justeru tidak hairanlah jika kita terbaca kisah-kisah pelik, lucu atau aneh daripada pelanggan yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika membeli daripada restoran atau premis makanan yang sibuk.ARTIKEL BERKAITAN : Tak mampu beli... suami isteri gigih siapkan rumah impian, dah siap 50 peratus hasil belajar bertukang sendiri - "Selagi tak kerja saya buat hari-hari"ARTIKEL BERKAITAN : Ah Long berselindung di sebalik keldai akaun, upah orang buat kerja kotor Terbaharu, seorang wanita turut berkongsi pengalamannya ketika membeli set makanan di sebuah restoran makanan segera. Nor Adila Mat Sari, 28, berkongsi sebuah video yang menunjukkan kehadiran satu 'benda asing' di dalam air Milo yang dibelinya di sebuah restoran McDonald's di Johor Bahru, Johor. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Jelasnya, tujuan dia berkongsi video itu di laman TikToknya bukanlah bertujuan untuk merosakkan imej syarikat berkenaan sebaliknya untuk mengenal pasti apakah 'benda asing' tersebut. “Nozel milo haha. Mau kena marah krew satu shift,” jawab seorang warga maya kepada persoalan Nor Adila. Hantaran Adila di laman TikToknya mendapat perhatian warga maya. Bercakap kepada mStar, Nor Adila berkata, kejadian tersebut berlaku pada 21 Oktober lalu. “Salah satu makanan yang kami take away masa tu adalah set happy meal, masa mula dapat air tu kami tak perasan, ingatkan air batu. “Tapi rasa tak sedap hati jadi kami terus buka penutup cup, memang terperanjat juga tapi nasib baiklah nozel je, kalau serangga geli juga,” katanya. Katanya, dia sebenarnya sudah minum air tersebut separuh jalan sehinggalah dia ternampak nozel berkenaan. “Saya tak marah pun, tergelak jugalah macama mana boleh termasuk dalam air Milo,” selorohnya. Nor Adila bagaimanapun membuat keputusan untuk memulangkan semula nozel tersebut setelah diberitahu mengenai harganya yang boleh mencecah lebih RM300. “Masa pulangkan tu mereka pun terkejut, mereka minta maaf lepas tu cakap terima kasih. “Saya tak marah pun staf McD berkenaan sebab saya tahu tak ada orang yang perfect dalam dunia ni dan buat kerja apa pun mesti penat. “Faham-fahamlah mereka terpaksa berkejar untuk siapkan makanan customer jadi mesti tak perasan, saya pulangkan pun sekadar untuk memudahkan urusan mereka,” katanya. Adila pergi semula ke McDonald's tersebut untuk pulangkan nozel. Nor Adila juga tidak berminat untuk membuat aduan memandangkan perkara tersebut bukanlah isu besar. “Ramai juga tanya kenapa tak buat aduan, benda simple je, tak payah aduan-aduan, buang masa sahaja. “Saya update dekat TikTok tu bukan nak memburukkan company tu,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!