BENARLAH jodoh itu rahsia Allah. Menerusi platform digital cari jodoh Muslim, seorang gadis bertemu bakal suaminya dan melangsungkan pernikahan selepas beberapa bulan berkenalan. Menariknya, perkenalannya bermula saat menerima satu mesej daripada jejaka berkenaan yang bertanyakan sejauh mana dia serius untuk mendirikan rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Cincin, rantai nikah dah beli lebih setahun... lelaki ini akhirnya beranikan diri sapa jodoh dengan DM 'Bismillah' ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 kali jumpa wanita tak dikenali di majlis kahwin, lelaki ini beranikan diri masuk meminang... dedah 2 kali tulis nama calon isteri dalam buku 101 impian "Assalamualaikum, sebelum nak berkenalan lebih lanjut, saya nak tanya, dah tahap mana awak serius nak mendirikan rumah tangga? Dalam profil tulis boleh kahwin 2021. Maaf jika soalan terlalu serius," tulis pemuda itu yang kini merupakan suaminya yang sah. Bercakap kepada mStar, pengantin perempuan, Nurain Razlan berkata, dia bernikah dengan jejaka pilihannya pada 9 Oktober lalu selepas mula mengenalinya menerusi aplikasi cari jodoh Muslim, Baituljannah, Mei tahun ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Gadis yang baru berusia 19 tahun itu memberitahu, dia pertama kali memuat turun aplikasi itu selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Masa tu saya buka aplikasi tu sekejap je dan uninstall. Tapi entah kenapa, saya tergerak hati untuk install semula aplikasi tu tahun ini selepas dua tahun dan dipertemukan dengan suami. "Alhamdulillah, berbelas ciri lelaki pilihan saya letak di profil. Tak sangka dari A hingga Z semuanya menepati kriteria yang dicari, saya siap dapat ekstra lagi," katanya ketika dihubungi. Ain (kanan) dan tunang (kini suami) pada Ogos 2021. Terdapat 17 kriteria yang ditetapkan dalam profil milik Ain, seperti tidak merokok, berilmu agama, soft spoken, menjaga solat, bertanggungjawab dan mudah mesra dengan keluarga. Ain yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan berkata, dia sedar bahawa dia berkahwin pada usia muda, namun itulah impiannya sejak kecil. Profil Ain dalam aplikasi Baituljannah. "Saya mula pasang impian untuk kahwin sebelum usia saya 20 tahun. Sebab masa darjah enam, saya tengok kawan-kawan dah mula couple, syok bercinta macam pegang tangan. "Tapi saya pula nak jaga batas pergaulan. Tujuan saya nak kenal dengan seseorang sebab nak kahwin, bukan nak main-main. "Sebelum ini beberapa kali saya putus tunang, jadi saya mahu seseorang yang serius kerana saya bersedia untuk berkahwin pada 2021," ujar anak sulung daripada empat beradik itu. Ain (kanan) bersama ibu pada hari pernikahannya. Menurut usahawan tudung itu, dia dan suami hanya bersemuka buat pertama kali selepas tiga bulan berkenalan ketika lelaki itu mempunyai tugasan kerja di luar. "Dia datang jumpa mak ayah saya pada Ogos bagi mendapatkan restu hubungan kami dan bulan yang sama kami bertunang. Tujuan saya nak kenal dengan seseorang sebab nak kahwin, bukan nak main-main NURAIN RAZLAN "Saya masih ingat lagi mak pernah kata kalau dah umur saya 25 tahun masih belum kahwin, mak nak carikan jodoh dalam aplikasi tu. "Tapi saya download dulu aplikasi tu, sebab sendiri nak kenal siapa bakal suami. Buka kejap lepas tu tutup. Bila buka semula Mei lalu, Alhamdulillah ada calon yang bersedia," katanya sambil menambah suaminya merupakan staf teknikal IT berusia 29 tahun dari Selangor. Ain (belakang, kiri) sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya. Ain yang merupakan pelajar Diploma Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan berkata, dia amat bersyukur kerana kini bergelar isteri kepada jejaka pilihannya. "Paling saya tertarik adalah dia seorang yang tenang, penyabar dan tidak terburu-buru masa kenal. Dia juga mempunyai karakter yang matang dan menyokong kerjaya saya "Ya, saya boleh kahwin pada 2021. Alhamdulillah, impian saya untuk berkahwin sebelum usia 20 tahun menjadi realiti," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!