suria

Memang rare! Dapat baby PKP, pasangan pernah juarai pertandingan ikan laga hadiahkan Betta buat tetamu majlis aqiqah... harga pun boleh tahan

Sepasang suami isteri menghadiahkan ikan laga kepada tetamu yang hadir ke majlis aqiqah anaknya.

MEMANG rare!

Itu komen yang diberikan pengunjung yang menghadiri majlis aqiqah yang dibuat oleh pasangan suami isteri di Puncak Alam, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga ceria dapat jamu seafood tabur, tapi ramai salah faham tengok video makan di lantai... rupa-rupanya stok plastik pelapik coklat habis jadi punca!

ARTIKEL BERKAITAN: Racun serangga pun tidak mampu bunuh lipas... Jom baca kekebalan serangga ini!

Bercakap kepada mStar, Nurul Afziera Azman, 29 berkata, majlis tersebut merupakan majlis aqiqah anak ketiganya, Ayraa Noorfatimah yang kini berusia 11 bulan.

Mesra dipanggil Nurul, katanya, dia dan suaminya merupakan penternak dan penjual ikan Betta yang kebiasaannya dikenali juga sebagai ikan laga.

Katanya, melihat kepada senarai tetamunya yang rata-rata peminat ikan, mereka kemudiannya membuat keputusan untuk menjadikan ikan yang semakin mendapat tempat di pasaran itu sebagai cenderahati.

“Kenduri anak saya pada 24 Oktober lalu memang kebanyakan tetamu yang datang tu kawan-kawan saya dan ada yang memang minat ikan jadi saya gunakan peluang tu untuk sedekah sambil naikkan nama Betta.

“Alhamdullilah masing-masing puji, mana-mana yang memang suka tu diaorang akan pilih ikan yang diaorang nak sebab saya tak bagi pada semua tetamu

“Jadi saya gunakan peluang tu untuk promote ikan juga,” katanya.



Antara ikan-ikan laga milik Nurul.

Baru mula berjinak-jinak dalam industri ini sekitar setahun ini, Nurul berkata, untuk majlis itu mereka memberikan sekitar 80 ekor ikan dari gred biasa dan show grade yang berharga lingkungan RM10 hingga RM60 seekor.

“Sekarang memang ramai yang dah mula bela ikan ni pasaran dah mula naik, ada banyak negara yang main ikan ni macam Taiwan, Filipina, China, Thailand.

“Ikan ni ada gred, gred biasa macam orang kata pasar malam tu dalam RM10 hingga RM20, Show grade dalam RM30 hingga RM60 dan ada juga gred untuk competition, yang tu harga dalam RM80 sampai ada yang beribu,” katanya.

Jelasnya, anak ketiganya itu yang merupakan 'baby PKP' (lahir sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan) sekali gus merupakan pencetus kepada perniagaan ikan Betta tersebut.

"Saya mengandungkan dia masa PKP hari tu, banyak masa dekat rumah jadi kami bela ikan ni sebagai hiburan untuk anak-anak memandangkan tak boleh nak ke mana-mana," katanya.



Nurul turut menyertai pertandingan ikan laga.

Menurut Nurul, selain menternak bagi tujuan hiburan dan jualan, dia turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ikan laga yang diadakan.

“Macam tahun ni pun ada join tapi biasa kalau pertandingan tu kita guna handler, jadi akak tak pergi ke competition site, memang tak pernah lagi berkesempatan untuk pergi.

“Targetnya bila Covid-19 ni dah redalah,” katanya, sambil menambah ikan peliharaannya pernah mendapat tempat pertama, kedua, keempat dan kelima.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain