JANGAN sangka tangan yang lembut menghayun buaian tak mampu menggoncangkan dunia. Video dua wanita melakukan kerja-kerja 'ikat batu' baru-baru ini menarik perhatian warga maya sekali gus membuktikan kaum hawa juga boleh melakukan kerja yang sinonim dengan lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Anak meragam sepanjang lebuh raya sampai muka pucat, bapa berkorban dodoikan sebelah tangan dalam kereta - “Tak kan kami tak buat sesuatu” ARTIKEL BERKAITAN: Tolonglah, ini ikhtiar terakhir sebelum isytihar tokwan dah mati... hampir 10 tahun, kes atuk hilang bersama kereta Kancil masih misteri, tapi naluri mak kata masih hidup “Hebatnya awak, saya ni semua benda abang-abang saya buat, semangat ya awak,” tulis seorang netizen. Bercakap kepada mStar, Nur Salsabila Aziz, 23, berkata, video tersebut menunjukkan dia dan adik, Nur Qistina Aziz, 18, sedang dalam proses membina sebuah bilik untuk adik-adik mereka yang lain. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih mesra dipanggil Sasa, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan ini berkata, mereka mendapat tunjuk ajar daripada datuknya, Ibrahim Yaakob yang dahulu pernah bekerja sebagai kontraktor. “Asalnya rumah ni ada empat bilik jadi kami buat bilik untuk adik perempuan Qistina dan yang umur 12 tahun sebab diaorang je yang belum ada bilik lagi. “Kami belum pandai betul-betul lagi, masih belajar, atuk dan atuk saudara ada untuk guide dan ajar kami, sebenarnya dari kecil kami dah biasa tolong atuk ikat bata, jadi dari situ kami belajar. “Dulu atuk kerja kontrak, tapi sekarang umur dia dah 78 tahun, dah tak larat,” kongsi anak ketiga daripada sembilan beradik ini. Sasa (dua dari kiri) bersama ibu (tiga dari kiri) dan adik beradiknya. Sasa yang mula berpurdah sejak setahun yang lepas turut menarik perhatian ramai apabila dia dilihat memakai pakaian lengkap ketika melakukan kerja-kerja pembinaan tersebut. "Saya berpurdah sejak tahun lepas, bila ikat batu sambil pakai purdah ini memang ada la ganggu sikit... macam bila nak panjat tinggi pakaian tersangkut atau purdah terkena simen. "Tapi tak ada apa halangan sangat sebab saya dah biasa buat macam-macam aktiviti dekat luar rumah sambil pakai purdah," katanya. Menelan kos lebih kurang RM1,500, bilik yang dibina ini mempunyai keluasan hampir tiga meter persegi. Menetap di Kampung Binjal Jejawi, Pasir Mas, Kelantan, Sasa bagaimanapun berkata, proses pembinaan ini mengambil masa sedikit panjang memandangkan mereka hanya boleh melakukan kerja-kerja tersebut selepas tamat kelas. “Kami memang last minute decide nak buat bilik tu, bila ada duit sikit-sikit kami beli barang dan buat slow-slow, kami buat waktu petang lepas habis kelas. “Kami start dah seminggu lebih, sekarang tinggal dalam 30 peratus lagi, nak pasang pintu dan plaster je,” katanya. Kami nak kejar masa siapkan bilik ni sebelum musim banjir sebab biasa tempat kami akan start hujan dan banjir bila hujung tahun. NUR SALSABILA AZIZ. Selain kekangan waktu, Sasa mengakui bahawa kekurangan dari segi ilmu pertukangan sedikit sebanyak memberi cabaran buat mereka. “Paling mencabar bila kami kena ukur bagi sama bata tu sebab kami pun masih belajar buat lagi dan masa pun salah satu cabaran untuk kami. “Kami nak kejar masa siapkan bilik ni sebelum musim banjir sebab biasa tempat kami akan start hujan dan banjir bila hujung tahun,” katanya. Mereka terpaksa menghentikan kerja pembinaan buat sementara memandangkan Qistina kini sedang menduduki peperiksaan STPM. Katanya, selain adik beradik, ibu mereka, Kartini Ibrahim, 49, turut sama berganding bahu membantu untuk membina bilik tersebut. “Mak saya tak kisah kami bertukang, dia pun kadang tolong sekali juga. “Kami semua memang suka buat benda lasak dari kecil dan Alhamdulillah kami selalu ada untuk satu sama lain walaupun adik beradik, hubungan kami dah macam sahabat sebab umur kami jarak dekat-dekat,” ceritanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!