PEKERJAAN sebagai pengawal keselamatan jarang menjadi pilihan utama dalam kalangan anak muda. Namun kebelakangan ini, situasi mula berubah yang mana semakin ramai golongan tersebut mula menceburi bidang berkenaan. Tidak ketinggalan tentunya Muhammad Aliff Mazzlan, 21, yang sudah setahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital di Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam model! Pak guard kacak umur 20 tahun tiba-tiba popular, video ‘catwalk’ turun tangga raih lebih setengah juta tontonan ARTIKEL BERKAITAN: Buat 2 kerja demi sara bapa strok... pemuda ini tak pernah berdepan gangguan, cuma leher digigit semut ketika bertugas jadi guard Dia yang mesra disapa Aliff sebelum ini pernah bekerja di stesen minyak, namun beralih ke bidang keselamatan selepas diberhentikan ketika pandemik Covid-19 melanda tahun lalu. "Sudah setahun saya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Sebelum ini saya bekerja di stesen minyak, namun diberhentikan kerana mereka mahu mengurangkan jumlah staf ketika pandemik. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Pada waktu itu, saya buntu tak tahu nak kerja di mana? Jadi saya cuba cari pekerjaan baharu dan mula menjadi pengawal keselamatan pada Oktober tahun lepas," ujarnya kepada mStar. Menurut anak kedua daripada sembilan beradik itu, tugas berkenaan tentunya berbeza dengan pekerjaan sebelum ini, namun ia tidaklah payah seperti yang disangka. Aliff merupakan anak kedua daripada sembilan beradik. Malah kata Aliff, dia juga pernah mengalami gangguan-gangguan kecil di tempat kerja, namun menganggap ia sebagai lumrah yang perlu ditempuhi dalam cabang kerjanya. "Mula-mula kerja, memang rasa berbeza. Tapi ia tidaklah susah seperti yang disangka. Cuma mental kena kuat sebab kita bukan sekadar duduk menjaga kawasan saja, tapi kita juga kena buat rondaan." Saya pun bukannya nak cari nama, cuma nak cari rezeki. ALIFF "Setakat ini tiada masalah. Saya juga tak pernah kena gangguan mistik yang pelik-pelik. Cuma kadang-kadang pintu tiba-tiba tertutup sendiri, padahal tiada orang. "Saya buat tak endah saja. Saya fikir mungkin angin kot. Setakat ini belum pernah nampak apa-apa benda pelik," ujarnya yang menetap di Seri Kembangan. Dalam pada itu, video-video memaparkan Aliff serta rakan-rakannya berpakaian seragam pengawal keselamatan turut tular di aplikasi TikTok sehingga meraih jutaan tontonan. Kata Aliff, dia tidak sangka akan viral, namun berharap ia mampu membawa impak positif buat anak muda di luar sana. "Terkejut juga bila viral. Saya dan kawan-kawan memang suka buat video. Dulu selalu buat video mengenai motor. Aliff tak sangka video miliknya tular di TikTok. "Sejak masuk kerja sebagai pengawal keselamatan, saya bukannya dapat baju yang saiznya dah elok dengan badan, tapi saya cuba kemaskan dan potong untuk bagi fit dengan tubuh. Jadi nampak segak sikit. "Alhamdulillah, bila buat video dengan pakaian seragam itu, kami dapat banyak komen positif. Ada juga yang pandang rendah tapi saya buat tak kisah. "Setakat ini memang saya tak ada rasa nak cari kerja lain. Saya selesa dengan keadaan ketika ini. Saya pun bukannya nak cari nama, cuma nak cari rezeki," ujarnya lagi. Malah kata Aliff, ada anak muda di luar sana turut menghantar mesej dan bertanyakan soalan mengenai pekerjaan itu selepas video miliknya tular. "Ramai yang tanya macam mana nak masuk pekerjaan ini, mereka luahkan rasa minat nak bekerja sebagai pengawal keselamatan. "Mereka juga tanya bagaimana kami bekerja. Biasanya saya juga akan buat live di TikTok dan cuba jawab soalan-soalan itu semua," ujar Aliff mengakhiri bicara. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!