NAK raikan hari jadi tapi tak suka makan kek? Tak jadi masalah. Sebut sahaja sajian pengganti yang diinginkan - nasi lemak, mi goreng, nasi goreng, mi segera, malah nasi beriani kambing berbentuk kek juga kini ada dijual di Muar, Johor.ARTIKEL BERKAITAN : ‘Lelaki plastik sampah’ viral, suka buat parodi depan binaan ikonik rupa-rupanya cikgu... larang pelajar cakap tentang TikTok dalam kelasARTIKEL BERKAITAN : Simpati atasi segala... gadis takut anjing beranikan diri demi Jantan! Bukan hanya beri makan, juga jadi ‘nurse’ balut kaki dengan halia “Wow kreatif, biasa tengok kek, ini idea baru,” komen seorang warga maya pada video yang memaparkan kek nasi beriani yang setakat ini sudah mencapai hampir 300,000 tontonan. Pemilik Village Cake Studio Muar, Nabila Atika Halim berkata idea untuk menghasilkan kek lain dari yang lain ini lahir bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tidak sukakan kek serta buat mereka yang inginkan kelainan dalam menyambut hari jadi atau majlis keraian lain. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Customer ni suka request macam-macam lebih-lebih lagi mereka yang suka benda lain dari lain atau mereka yang tak suka makan kek. “Walaupun tak suka kek mereka tetap nak raikan tarikh istimewa dengan juadah yang berbentuk kek, jadi dari situ kami mula buka order kek yang berasaskan makanan ruji ini. “Saya buat kek ini berdasarkan pemerhatian dan situasi sebab saya memang self-learner,” katanya yang menjadikan abangnya Chef Zam Akmal sebagai mentor. Kek nasi beriani kambing yang menjadi pilihan pelanggan. Mesra dipanggil Abil, wanita berusia 28 tahun yang tinggal di Muar, Johor ini berkata permintaan terhadap kek nasi serta makanan ruji lain ini amat menggalakkan. “Pelanggan memang selalu repeat order, kemudian kami juga ada dapat pelanggan baru... sehari maksimum kami buat 30 biji kek. "Tapi tak tentu juga, ada yang suka kek sebegini dan ada juga yang sukakan kek yang real,” katanya, sambil menambah dia mula menjual kek 'rare' ini sejak tahun ini. Jelasnya, urusan bagi menghasilkan kek tersebut lebih mudah memandangkan suaminya sendiri mempunyai rangkaian restoran serta servis katering. "Nak buat kek jenis ni cabarannya adalah cepat basi, tahan sehari je tak macam kek biasa dan satu lagi dari segi costing. "Nasi ni agak mahal, terutama nasi beriani, kalau beli dengan orang luar satu pax nasi beriani daging dah RM10. "Kami mudah sikit sebab suami ada rangkaian restoran dan katering," katanya, sambil menambah dia mengambil masa sekitar sejam untuk menggubah kek tersebut. Abil mengambil sekitar sejam untuk menghias kek nasi. Bergantung kepada jenis kek yang dipilih, kek nasi yang boleh dimakan sekitar enam hingga lapan orang ini dijual pada harga RM70 hingga RM100."Nak makan memang ceduk je, tak perlu potong.. tepi keliling ada plastik lut sinar, jadi lepas tiup lilin terus ceduk," katanya yang turut menyediakan tambahan lauk yang perlu ditempah secara berasingan. Mereka turut menerima tempahan kek kahwin dan lain-lain. Bermula sebagai home baker sejak 2012, Abil kini memiliki sebuah kedai yang menerima tempahan kek kahwin, gubahan bunga serta hadiah di kawasan Muar. “Saya mula berniaga secara profesional pada awal tahun 2018, ni dah mula ada kedai fizikal tapi kalau secara home baker saya dah mula dari tahun 2012 lagi. “Saya ada sebuah kedai kek dan gifts, kami akan sediakan item-item untuk surprise delivery dan kami juga menerima tempahan untuk kek kahwin dan sebagainya,” katanya.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI