TAK padan dengan buta, tapi boleh lagi pegi "round" kawasan. Gelagat seekor kucing buta dihambat balik oleh ibunya selepas jauh merayau sendirian baru-baru ini mencetuskan rasa kagum warga warga maya. ARTIKEL BERKAITAN: Tukang cat tak lokek ilmu, kongsi kisah rasa bosan bertukar rezeki ketika PKP... Mulanya dapat projek helmet, kemudian mural rumah kampung bawa tuah! ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya, selalu tengok adegan filem atau drama... Berebut sambut ‘hand bouquet’ pengantin, siapa sangka jodoh pengapit dengan si dulang boy! "Macam mana dia cari jalan balik rumah tu? Pehh..," tulis seorang warga maya yang kagum melihat keupayaan kucing kurang upaya itu berjalan pulang selepas namanya dipanggil. Berkongsi kisahnya dengan mStar, pemilik kucing tersebut Nur Adeline Md Daud, 33 berkata kucing jantan bernama Mickey itu dijumpainya di belakang rumahnya sewaktu ia masih kecil. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Jumpa Mickey masih baby lagi, masa tu hujan lebat. "Masa umur dia tiga bulan macam tu bawa jumpa doktor haiwan, doktor cakap sebelah bebola mata tak ada dan yang satu lagi ditutup selaput, tapi doktor kata dia sihat je," katanya yang menetap di Kelantan. Katanya, doktor memberitahu tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan mata kucingnya yang kini berusia setahun setengah itu. Mickey dijumpai Adell ketika dia masih kecil. Mesra dipanggil Adell, peniaga ini berkata walaupun serba kekurangan, anak bulusnya itu bagaimanapun tetap aktif bermain seperti kucing-kucing lain. Mickey juga seekor kucing yang mudah dijaga kerana bijak selain sangat mendengar kata. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Cabaran nak jaga Mickey memang tak ada sebab nak berak pun pandai masuk bilik air. "Memang masa kecil dulu bila Mickey mula kais kaki kita bawa ke bilik air, Alhamdullilah cepat belajar. "Selalu je bergurau, bergaduh dengan kucing lain cuma kadang-kadang terlanggar dinding masa kejar kucing lain," katanya, menambah Mickey adalah seekor kucing yang sangat ceria. Walaupun cacat, Mickey tetap aktif seperti kucing lain. Menurut Adell, Mickey yang sudah kenal selok belok serta kawasan sekeliling rumah akan minta supaya dibenarkan keluar setiap hari. "Kalau nak keluar atau makan Mickey akan meow, memang setiap pagi akan lepaskan di belakang rumah, kalau tak ia bising atau merajuk. "Tapi sekejap je dalam pukul 10 pagi sampai 12 tengahari baru panggil dia balik. "Alhamdulillah setakat ni memang dia balik kalau panggil," katanya umpama 'ibu' kepada kucing peliharaannya itu Mickey merajuk kerana tidak dapat keluar rumah. Menurut Adell, kucing kesayangannya itu bagaimanapun pernah hilang seharian, puncanya sebab kami lupa panggil Mickey masuk rumah. "Cari dia tak jumpa tapi malam tu dalam pukul 11 malam dia panjat grill rumah. "Tapi memang risau sangat kalau dia terlepas, walaupun bagi dia keluar tapi kena pantau juga dia takut dia pergi jauh," katanya yang mempunyai sekitar 10 ekor kucing. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI