SEKALI pandang macam jinak, itulah seekor kerbau ketika dilihat bersama kawan-kawannya sedang makan rumput, tetapi realitinya sukar diduga. Realitinya menerusi satu perkongsian video di laman sosial menunjukkan kerbau bersaiz lebih besar daripada sekumpulan haiwan itu secara tiba-tiba meluru ke arah perakam. Adegan yang sangat pantas itu tidak ubah seperti festival laga lembu yang begitu popular di beberapa negara seperti Sepanyol dan Portugal. ARTIKEL BERKAITAN: 'Mowgli Malaysia' tak serik... "Jatuh basikal lagi teruk daripada jatuh kerbau" ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda KL tinggalkan zon selesa, kehidupan kota demi jaga lembu... tapi gaya ketika bekerja macam penunggang kuda profesional! Namun tidak dipastikan apakah pengakhiran kepada video pendek berdurasi 11 saat itu, sama ada perakam ditanduk oleh kerbau yang 'mengganas' itu atau sebaliknya. Individu yang membuat rakaman itu, Wan Nur Zahirah Wan Zunaidi mendedahkan kejadian berlaku di tepi sungai Kuala Telemong di Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Remaja berusia 17 tahun itu bagaimanapun berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius berlaku yang mungkin dibayangkan oleh mereka yang menonton video tersebut. "Masa tu saya dan adik lelaki sedang jaga kerbau-kerbau ternakan ayah yang dilepaskan di tepi sungai. Saya sekadar gurau-gurau buat rakaman naik motor yang ditunggang adik. "Saya menyanyi sambil hulur tangan, tapi tak sangka pula kerbau betina tu tiba-tiba datang kejar kami. Bila makin dekat, saya buat bunyi mulut macam marah kat kerbau tu sebelum dia berhenti dan kembali kepada anaknya yang sedang makan rumput," katanya kepada mStar. Irah menjaga kerbau balar. Lebih mesra disapa Irah, katanya, bapanya berusia 44 tahun mencari rezeki sebagai penternak kerbau dan lembu sejak dia masih kecil. "Buat masa ini, ayah ada kira-kira 26 ekor kerbau, enam daripadanya dijaga di kandang dan 20 lagi dilepaskan. Ayah juga ternak sembilan ekor lembu. "Kesemuanya untuk jual beli daging. Saya tolong ayah beri makan kerbau dan lembu, basuh kandang dan mencari rumput untuk dimakan haiwan itu," katanya sambil menambah kandang ternakan di kampungnya di Kampung Kubang Palas di Kuala Telemong. Salah seekor kerbau yang dijinakkan. Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, kerbau-kerbau yang dilepaskan tidak mengganas tetapi tidak begitu jinak seperti haiwan ternakan itu yang dijaga di kandang. "Kedua-dua kerbau jenis dalam kandang dan dilepaskan memang jinak dengan ayah. Saya okay je mana-mana, cuma kerbau yang dilepaskan ni bukannya boleh percaya sangat. Kerbau jenis dalam kandang dan dilepaskan memang jinak dengan ayah. Saya okay je mana-mana, cuma kerbau yang dilepaskan ni bukannya boleh percaya sangat WAN NUR ZAHIRAH WAN ZUNAIDI "Kerbau betina tu memang yang paling besar antara kawan-kawan dia, macam ketua kumpulan. Dah dua kali kena kejar, termasuk dalam video yang viral. "Tapi setakat ini, tak pernah lagi saya cedera atau luka kena kejar atau sondol dengan kerbau-kerbau tu. Kerbau-kerbau ni tak ganas," tambahnya. Irah turut menjaga lembu ternakan. Siapa sangka gadis ini pernah merasai pengalaman pahit apabila mengalami luka di kaki, bukan disebabkan kerbau atau lembu ternakan bapanya, tetapi disebabkan seekor kucing. "Masa tu saya berusia 13 tahun dan belajar di sekolah berasrama. Tengah makan di dewan makan asrama, tiba-tiba ada seekor kucing nak terjatuh dari meja tempat saya makan. "Agaknya sebab terkejut nak terjatuh, kucing tu sempat cakar kain baju sekolah saya. Paha saya luka berdarah sampai kena jahit tapi cedera ringan saja, sejak itu saya takut dengan kucing... lagi takut daripada kerbau," ujarnya secara berseloroh. Kerja-kerja membasuh kandang dan menjaga haiwan ternakan merupakan antara rutin Irah. Berdasarkan pengalaman menjaga haiwan ternakan sejak tingkatan dua, Irah turut berkongsi pengalaman lucu apabila kakinya berlumuran dengan najis lembu. "Masa tu saya jalan-jalan dan rumput agak panjang sehingga terjerlus dalam lubang saluran najis masa nak hambat lembu. Sampai ke paras betis kedua-dua kaki saya disalut tahi lembu... tapi tak ada fikir bau busuk pun sebab bagi saya itu perkara biasa," katanya. Video Irah dikejar kerbau yang dikongsi di aplikasi TikTok meraih lebih 1.2 juta tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI