BERJALAN ke negara orang pastinya akan memberi ruang untuk kita menyedari betapa luasnya hamparan dunia ini. Malah, 'kaki travel' juga sudah tentu dapat menyelami budaya, bahasa dan makanan yang tidak pernah mereka saksikan selama ini. Bagi Muhammad Hasif, 29, yang juga seorang backpacker, dia tidak pernah menyesali kunjungannya ke 20 negara setakat ini. ARTIKEL BERKAITAN: Tak kenal maka tak cinta! Dulu jejaka ini suka pergi mall, tengok wayang... selepas pindah ke Miri hati terpaut dengan keindahan alam ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dihina sebab berniaga, pemuda ini puas hati mampu reward diri jejak Gunung Kinabalu... tiba-tiba je sampai! - “Semua booking last minute” Jelasnya, setiap destinasi menawarkan keunikan tersendiri, sekali gus memberi pengalaman dan ilmu baharu buat insan sepertinya. "Dulu sewaktu cuti sekolah, ibu bapa saya akan bawa berjalan-jalan dalam Malaysia. Tapi kami tak pernah ke luar negara. Sejak dah mengelilingi Malaysia, saya pasang impian nak ke luar negara. "Akhirnya saya ke Thailand pada umur 18 tahun. Ia merupakan kunjungan pertama saya ke negara orang. Sehingga hari ini, saya dah kunjungi 20 negara asing. Muhammad mendedahkan Austria merupakan negara yang paling disukainya setakat ini. "Paling seronok saya rasa Austria. Saya minat negara yang ada pergunungan. Selain itu, Jerman, Itali dan Switzerland merupakan antara negara paling best pernah saya lawati," ujarnya. Mesra disapa Muhammad, pengusaha inap desa dari Kota Bharu, Kelantan itu menolak tanggapan segelintir individu bahawa hobi melancong memakan belanja yang besar. Jelasnya, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengumpul wang dan menganggap perbelanjaan ketika melancong seperti kehidupan seharian di tanah air sahaja. Muhammad menganggap pandemik seolah-olah membuka matanya untuk lebih menghargai keindahan negara sendiri yang tidak pernah diterokai selama ini. "Saya kurang setuju dengan tanggapan itu. Bajet tambahan hanyalah untuk pengangkutan. Dari segi makan dan tempat tinggal, kita memang sentiasa bayar kos itu setiap hari walaupun di negara sendiri. "Ada sesetengah orang, dia nak enjoy hotel. Saya pula nak selami tempat itu. Jadi saya tak kisah untuk menetap di hostel atau duduk dengan orang tempatan melalui Airbnb. Saya tak kisah tidur di mana-mana. Asalkan dapat nikmati tempat itu. Sebab itu, saya juga tak kisah nak melancong sendirian. Tak kisah telefon jenama apa. Yang penting kita kena sentiasa buat latihan. MUHAMMAD "Setiap bulan, saya asingkan 20 peratus daripada jumlah gaji untuk tabung melancong. Sejak pandemik, saya masih teruskan tabungan itu biarpun tidak berjalan ke mana-mana," ujarnya lagi. Menurut Muhammad, kehadiran pandemik juga seolah-olah membuka matanya untuk lebih menghargai keindahan negara sendiri yang tidak pernah diterokai selama ini. "Kali terakhir saya melancong ke Thailand pada awal 2020. Pandemik membuatkan saya meneroka tempat-tempat dalam negara, sebenarnya banyak yang boleh kita kunjungi. Antara foto yang dikongsi di Instagram miliknya. "Contohnya, saya luangkan masa berbasikal. Dalam 20 kilometer (km) radius, saya temui banyak tempat lawa untuk ambil gambar. Mungkin selama ini kita tak sedar dan tak hargai. Kalau pelancong asing datang ke tempat kita pun mereka akan hargai," ujarnya lagi. Menurut Muhammad, hobi melancong juga berjaya mengubah dirinya untuk lebih yakin berdepan dengan orang sekeliling. "Sebenarnya saya ada satu masalah, saya seorang yang introvert. Jadi, saya nak cabar diri bergaul dengan orang baharu di negara lain. Ia juga mengasah kemahiran komunikasi saya. Muhammad kurang bersetuju dengan tanggapan bahawa hobi melancong itu mahal. "Ia tidaklah berjaya mengubah diri saya secara total. Tapi sekarang saya tiada masalah bergaul dengan orang yang baru dikenali," ujarnya. Disebabkan itu juga, Muhammad turut mendedikasikan satu laman Instagram yang dikenali sebagai 'Travelingasm' untuk berkongsi pengalaman pelancongannya tanpa mendedahkan identiti diri. Lebih menarik, segala foto yang dirakam menggunakan peranti berjenama Xiaomi Mi Max 3 dan Xiaomi Mi 11. "Tak kisah telefon jenama apa. Yang penting kita kena sentiasa buat latihan. Selain itu, kita boleh tengok contoh jurufoto lain dan cuba tiru gambar mereka," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI