DILAHIRKAN dengan keadaan sumbing, gadis berusia 24 tahun ini sudah lali dengan kata-kata penghinaan. Imbas Nur Fathiyatul Ainaa Anuar, dia juga pernah menjadi mangsa buli ketika zaman sekolah sehingga ia memberi kesan emosi buat dirinya. "Saya memang sumbing sejak lahir. Zaman sekolah rendah tiada kejadian buli. Namun, ia mula berlaku selepas saya masuk ke sekolah menengah. ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan jelita kekal tenang kena ‘reject’ jadi menantu sebab sumbing, dituduh ‘cucuk bibir banyak sangat sampai senget’ ARTIKEL BERKAITAN: Berani kerana bisnes... wanita satu mata kumpul semangat tonjol diri di media sosial! Dulu sering diejek budak lelaki tapi jodoh kan rahsia Yang Esa "Sejak tingkatan satu sampai tingkatan lima saya jadi mangsa buli. Kawan pun ada berapa orang saja. Ada yang ejek, ada yang campak kasut, ada yang sengaja langgar bahu," cerita gadis itu. Mesra disapa Fathiya, dia mengakui pengalaman lalu banyak mendewasakan dirinya, sekali gus meniup kekuatan untuk mengharungi kehidupan dewasa. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dia yang sudah empat tahun bekerja di sebuah kilang di Gelang Patah, Johor akui kuat berhadapan dugaan biarpun ada ketikanya air mata tetap jatuh ke pipi. "Saya dah kuat sekarang kerana dah terbiasa sejak dulu. Tapi saya manusia biasa, ada ketikanya ia membuatkan saya sedih. Bukanlah sepanjang masa kekuatan itu ada," ujarnya. Fathiya berasal dari Pahang. Tidak terhenti di situ, Fathiya juga acap kali dihina selepas video-video miliknya tular di aplikasi TikTok. "Saya aktif di TikTok pada Mac lalu. Awalnya saya tiada keyakinan diri, saya hanya tunjuk separuh muka saja. Lama-lama baru saya tunjukkan keseluruhan muka. Kalau nampak kekurangan orang, jangan cepat nak hakimi. Sebelum taip komen mengenai keburukan orang, tengok diri kita dulu. FATHIYA "Sejak itu, makin banyak dapat kecaman dan komen toksik. Bila ada yang terlalu biadab, sudah tentu saya sedih. Ada yang sanggup maki saya," ujarnya. Menurut gadis dari Kuala Rompin, Pahang itu, dia bagaimanapun melihat kecaman itu dari sudut positif dan enggan ia terus berlarutan. Malah, dia turut menitipkan pesan kepada individu di luar sana agar sentiasa menjaga adab dan tutur kata, khususnya ketika menggunakan media sosial. Fathiya berpesan agar semua individu menjaga tutur kata di media sosial. "Kalau nampak kekurangan orang, jangan cepat nak hakimi. Sebelum taip komen mengenai keburukan orang, tengok diri kita dulu. "Bila kita kutuk orang, suatu hari nanti Allah akan balas, ia akan berbalik semula. Adab itu penting. Biar tak ada rupa, asalkan ada adab," ujarnya. Menurut anak kedua daripada tujuh beradik itu, dia tetap bersyukur apabila sentiasa mendapat sokongan ramai di media sosial. Walau ada yang menghina, Fathiya juga terharu kerana ada juga netizen memberi sokongan buatnya. Jelasnya, segala titipan doa yang ditulis sangat dihargai yang mana ia turut menjadi benteng kekuatan buat dirinya. "Ramai yang positif. Untuk mereka yang sentiasa komen kata-kata semangat, saya nak ucapkan ribuan terima kasih. "Saya hargai anda semua, semoga diberkati dan dimurahkan rezeki. Selain kata-kata, ada juga yang hantar barang dan hadiah untuk saya, terima kasih," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI