suria

Luar biasa! Jejaka suku kaum Sungai mampu kuasai 7 bahasa termasuk Jepun, Sepanyol, Rusia... semuanya belajar sendiri

Azrey mempelajari kesemua tjuh bahasa berbeza secara sendiri sahaja.

KEMAHIRAN menguasai pelbagai bahasa ternyata memberi kelebihan buat jejaka ini.

Selain dapat meluaskan komunikasi, dia juga lebih mudah untuk menyelami budaya-budaya lain yang wujud di seluruh dunia.

Bercakap kepada mStar, Azrey Hendery, 20, sempat memperincikan semula perjalanannya dalam mempelajari pelbagai bahasa sejak zaman kanak-kanak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Internet jadi cikgu sejak umur 14 tahun, gadis ini puas tengok K-Drama tanpa sarikata... siap buat barter trade dengan warga Korea!

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka berdarah kacukan gara-gara video TikTok, jejaka akui ada yang terkejut dia boleh cakap loghat Kelantan - “Orang pelik saya ada accent?”

"Saya membesar dengan bahasa Sungai. Keluarga saya suku kaum Sungai di Tongod, Sabah. Ketika darjah satu, saya berpindah ke Johor dan mula bertutur dalam bahasa Melayu.

"Ketika itu, saya ada kawan-kawan antarabangsa. Jadi, saya mula belajar bahasa Inggeris. Pada masa sama, saya yang menuntut di sekolah Cina turut mempelajari bahasa Mandarin.

"Ketika tingkatan empat, ada program pertukaran. Saya perlu menjaga pelajar Jepun yang datang ke sekolah. Mereka tak boleh bertutur bahasa Inggeris, sejak itu saya belajar pula bahasa Jepun.

"Kemudian, saya belajar bahasa Sepanyol sebab suka tengok filem negara itu. Saya juga mempelajari bahasa Rusia," ceritanya panjang lebar.

Mesra disapa Azrey, dia mendedahkan tidak pernah mengikuti mana-mana kelas secara khusus, sebaliknya mempelajari kesemua bahasa itu secara sendiri sahaja.

Kata Azrey, perjalanan itu sudah tentu tidak semudah yang disangka, namun akhirnya membuahkan hasil selepas bertahun mendalami pelbagai bahasa.

azrey2

Azrey juga boleh bertutur bahasa Sepanyol dan Rusia.

"Kalau orang ajar, saya tak berapa faham. Saya lebih selesa belajar sendiri. Kalau sesetengah orang, mereka akan belajar dengan buku.

"Saya pula banyak tonton video dan membaca. Saya suka mendengar perbualan orang negara tersebut dan cuba ikut bahasa mereka.

"Pada awalnya memang susah. Ibarat bayi baru nak belajar berjalan. Lagipun kita tak dikelilingi penutur asal bahasa-bahasa tersebut.

Belajar perlahan-lahan, yang penting konsisten. Jangan terlalu terburu-buru, kena tahu had diri kita.

AZREY

"Belajar perlahan-lahan, yang penting konsisten. Jangan terlalu terburu-buru, kena tahu had diri kita," ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Dalam pada itu, Azrey juga sering berkongsi video mengenai bahasa asing menerusi laman TikTok miliknya.

Kata Azrey, dia bersyukur video-video tersebut meraih perhatian ramai dan turut memberi inspirasi kepada orang lain untuk mempelajari bahasa asing.

azrey3

Azrey kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Penyiaran.

"Saya tengok ramai orang kongsi video di TikTok, jadi saya fikir mahu cuba berkongsi video yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

"Saya juga gunakan medium ini untuk beri inspirasi kepada orang lain dalam mempelajari bahasa asing. Selepas video tular, ramai yang minta saya perbanyakkan lagi video di TikTok.

"Ramai juga yang mesej termasuk golongan ibu bapa. Mereka kata anak-anak mula minat nak belajar bahasa asing selepas tonton video saya. Saya gembira dapat membantu," ujarnya yang memiliki lebih 180,000 pengikut di TikTok.

Untuk rekod, Azrey kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Penyiaran di Universiti Tunku Abdul Rahman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain