suria

Juruteknik syarikat minyak di Qatar balik Malaysia jual sambal! Tak sangka mampu bangkit selepas jatuh terduduk dibuang kerja

Fuad bangkit dan menjual Melaka Sambal Goreng selepas dibuang kerja tiga tahun lalu.

"KU sangka panas hingga petang rupa-rupanya hujan di tengah hari."

Begitulah pepatah yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dilalui lelaki ini apabila dia kehilangan kerja secara mengejut, sekali gus membuatkannya dirinya terkapai-kapai untuk 'bernafas'.

Bukan mudah untuk bangkit daripada episod duka yang benar-benar meninggalkan kesan kepada kehidupannya, namun lelaki ini pantas mengatur perancangan memandangkan dia mempunyai keluarga yang harus disara.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibuang kerja saat ibu terlantar sakit... graduan UIAM percaya rezeki lebih besar menanti, mahu kumpul pahala jaga insan tersayang

ARTIKEL BERKAITAN: Dah puas ‘layan’ menangis dibuang kerja, pramugari terima 2 tawaran job datang serentak - “Tak sangka baca berita mengenai bekas syarikat saya bekerja”

Mengimbas kembali peristiwa pahit tersebut, Mohd Fuad Yatim berkata dia sebelum ini bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat minyak di negara Timur Tengah.

"Sebenarnya saya dahulu pernah bekerja di luar negara iaitu di Qatar, tapi rezeki tak panjang... hujung tahun 2018 saya diberhentikan kerja sebab company buat pengurangan pekerja.

"Masa kena buang tu, rasa memang down la... tapi kena kuat sebab family. Masa itu pula isteri hamil anak ke-4. Lagi la rasa macam blur habis... masa tu baru tahu siapa kawan siapa lawan.

"Bila balik Malaysia, saya cari kerja tapi belum ada rezeki... dekat setahun tak kerja, dah tentu ada masalah yang datang. Ada kawan-kawan yang datang membantu.

"Saya buat macam-macam, jual kuih masa nak raya, kawan-kawan ajak ikut kerja kontrak pun saya buat sebab saya tak nak family rasa susah," katanya kepada mStar.

sambal 1

Proses penyediaan sambal dilakukan sepenuhnya oleh Fuad sambil dibantu oleh isterinya.

Senang disapa sebagai Fuad, lelaki berusia 37 tahun ini berkata dia kemudian mendapat tawaran pekerjaan di Pengerang, Johor pada 2019, namun sekali lagi diduga apabila pandemik Covid-19 melanda.

"Start kerja kemudian Covid-19, jadi kerja overtime kurang dan tiada kenaikan gaji mahupun bonus... isteri pula hamil anak ke-4. Jadi saya pun start perniagaan sambal saya iaitu Melaka Sambal Goreng.

"Bagi saya ramai jual sambal bilis sekarang tapi yang kering.... tapi yang ni jenis basah-basah. Nak masak pun lama, api kena kecil... sekali masak ambil masa tiga hingga empat jam.

sambal 2

Hasil air tangan Fuad, Melaka Sambal Goreng.

"Semua proses buat sendiri daripada kopek bawang, mesin, rebus cili, goreng ikan bilis... isteri bantu sediakan tapi saya yang memasak sebab risau rasa 'lari'," ujar bapa kepada empat orang cahaya mata ini.

Menurut Fuad, selain memulakan bisnes ini untuk meraih pendapatan bagi menyara keluarga, dia juga mahu membalas kembali jasa rakan-rakan yang membantunya ketika dia jatuh terduduk beberapa tahun lalu.

Semua proses buat sendiri daripada kopek bawang, mesin, rebus cili, goreng ikan bilis... isteri bantu sediakan tapi saya yang memasak sebab risau rasa 'lari'.

MOHD FUAD YATIM

"Sambutan sambal Alhamdulillah. Biasalah, kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada tapi teruskan juga buat promosi... saya ni tak pandai sangat main media sosial. Sekarang buat di TikTok dan laman Facebook. Baru-baru ini saya join buka di di Shopee.

"Tapi bila start kecil-kecil ni, Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat. Tak sangka menerusi TikTok ni, ramai juga yang supportive dan membantu.

sambal 3

Keluarga menjadi pendorong untuk Fuad terus bangkit.

"Ramai tanya nak jadi ejen tapi saya rasa kesian takut dia dah ambik banyak-banyak tapi tak boleh jual... nanti rugi pula dia. Jadi kebanyakannya saya akan minta mereka kumpul order sahaja dulu, bila dah ada banyak, baru maklumkan saya... jadi tiada risiko bagi mereka.

"Mereka dapat cari rezeki, saya pun sama. Insya-Allah tak lama lagi saya nak keluarkan 'Rendang Cili Padi Melaka'. Doakan saya ya," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain