LENGKAP 'beruniform', dua 'askar' ini bagaimanapun tewas dengan perasaan gemuruh justeru memilih untuk 'lari dari medan perang'. Itu anologi yang diberikan seorang wanita untuk menggambarkan situasi yang dialami dua anak kembarnya Afiq Hafiy dan Afiq Hazim, 9, yang lari dari hospital ketika mereka dibawa ke situ untuk menjalani prosedur berkhatan. "Lari dari medan perang... siap tukar baju semua dah tapi bila jumpa doktor lari menangis tak nak," tulis ibu mereka, Nik Nur Syuhaida Nik Hassan, 30, di laman media sosialnya. ARTIKEL BERKAITAN: Peria mentah jadi snek wajib bayi 10 bulan, mak ayahnya kekal ‘tak suka’ - “Memang kesian tengok dia makan pahit” ARTIKEL BERKAITAN: Tengah tengok video lawak, tiba-tiba menangis teresak-esak! Video angsa dihalau sedarkan si ibu anaknya ‘hati tisu’ View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, wanita tersebut yang hanya mahu diikenai sebagai Aida Hassan berkata, dia serta suaminya membawa tiga anak mereka, termasuk seorang lagi anak bongsunya Afiq Harith yang berusia lima tahun ke Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada Khamis lalu untuk melaksanakan prosedur tersebut. "Dah siap test Covid-19 tiga beradik tu, dah tukar baju nak jumpa doktor, last-last abang-abang dia (Afiq Harith) lari dekat pintu bilik doktor, terpaksalah kami kejar seorang-seorang, macam kena rasuk hantu jadinya. "Dia cakap saya tak nak, saya tak nak sunat, kesudahannya memang tak sunat juga," ujar ibu kepada lima cahaya mata ini. Aida Hassan (baris belakang, dua dari kiri) bersama keluarganya. Namun, apa yang membanggakan Aida Hassan adalah keberanian anak bongsunya yang lebih berani berbanding abang-abangnya. Bangga dengan keberanian yang ditunjukkan, pasangan ini kemudiannya membuat keputusan untuk memberi hadiah kepada hero cilik mereka itu. "Adik dia memang dah dalam bilik doktor, keluar-keluar dah siap bersunat dah dengan muka blur tak cakap apa-apa. "Memang terharu juga la tengok sebab dia masih kecil tapi dia paling berani berbanding abang-abang dia, sebab tu bila balik dari hospital terus pergi beli hadiah iPhone 13 untuk si bongsu... tak banyak bunyi adiknya," kata pengarah urusan di syarikat kosmetik, Au Beauty Legacy ini. Afiq Harith selesai berkhatan. Cemburu melihat adiknya menerima hadiah yang dianggap mewah itu, Afiq Hafiy, terus mengajak ibu bapanya untuk melaksanakan prosedur berkhatan pada Khamis ini. "Abang-abang dia tengok adik dapat hadiah mereka pun terkejut juga, Afiq Hafiy tu terus ajak sunat Khamis ni jadi terpaksa la buat test Covid-19 kali kedua. "Afiq Hazim tu tetap tak nak lagi, dia yang start lari dulu hari tu, yang seorang lagi pun ikut serta la," katanya. Video perkongsian Aida Hassan di laman TikToknya mendapat lebih 250,000 tontonan setakat ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI