suria

Pramugara ‘muda tapi beruban’ lebih yakin selepas dipuji tampan berambut putih, hilang sudah beban warnakan rambut setiap 2 minggu

Hafeez kini lebih yakin dengan dirinya walaupun rambut dipenuhi uban pada usia muda.

BAGI sesetengah individu, peningkatan usia merupakan satu perkara yang menakutkan.

Namun ada juga golongan yang berpandang bahawa usia sebagai angka sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda suara macam perempuan rasa disayangi di TikTok, tak sampai sebulan dapat 54,000 pengikut

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Jejaka ini kongsi rahsia ‘umur tua, wajah muda’... positif kerja di ladang sawit selepas hilang job - “Saya anggap ia senaman di gim”

Terbaharu, jejaka berusia 38 tahun ini menjadi perhatian ramai selepas video memaparkan rambutnya yang dipenuhi uban tular di media sosial.

Menurut Hafeez Al-Bukhary Zulkefly, dia tidak kisah dengan perubahan itu, sebaliknya menerimanya dengan hati terbuka.

"Rambut saya mula beruban seawal usia 20-an, masa tu saya warnakan rambut saya supaya tak nampak warna putih tu.

"Saya rimas dan sakit mata lihat keadaan rambut beruban yang memenuhi kepala.

"Masa tu saya rasa malu sebab muda lagi takkan dah ada uban kot. Jadi saya warnakan rambut setiap dua minggu sampai ada yang tak tahu pun saya ada uban.



Gambar Hafeez semasa dia mewarnakan rambutnya menutupi uban.

"Kerja saya sebagai pramugara pula masa tu tak boleh colour rambut. Sama ada hitamkan rambut atau warna asal sahaja jadi saya hitamkan rambut," ujarnya.

Malah kata jejaka yang kini menetap di Bandar Saujana Putra, Selangor itu, dia juga pernah berasa sedih kerana terpaksa menghadapi situasi itu pada usia yang begitu muda.

Namun kata Hafeez, lama-kelamaan dia mula terbeban dengan rutin mewarnakan rambut secara berkala dan mula menerima perubahan itu dengan hati yang terbuka.

Menurut anak kedua daripada empat beradik ini, dia berasa lebih yakin setelah rakan-rakan memuji rupa parasnya yang kelihatan lebih tampan dengan keadaan rambut beruban.



Uban bukan penghalang untuk jejaka ini kelihatan tampan.

"Saya cuma nak beritahu orang lain yang menghadapi masalah beruban pada usia muda atau keadaan uban yang banyak untuk tidak berasa malu.

"Sebaliknya, anggaplah ia sebagai kelebihan dan bersyukur dengan kurniaan Allah.

"Apa yang kita ada merupakan satu kelebihan dan masih kelihatan cantik jika kita pandai gayakannya," ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, Hafeez mendedahkan bahawa adik beradiknya turut memiliki masalah sama.



Hafeez bersama ahli keluarga yang lain.

Jelasnya lagi, dia percaya bahawa masalah itu berlaku disebabkan genetik di sebelah bapanya.

Dalam pada itu, video memaparkan Hafeez dengan rambutnya yang beruban turut meraih perhatian ramai netizen.

Malah ada juga netizen yang bertanya sekiranya rambut itu merupakan warna asal atau sebaliknya kerana Hafeez kelihatan begitu bergaya.

Hafeez menjawab dengan satu video menjelaskan bahawa warna putih tersebut merupakan uban dan warna rambut sebenar.

Sehingga kini video yang dikongsi di aplikasi TikTok dihujani pelbagai komen dan meraih lebih 300,000 tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain