suria

Anak manja cabut heels, dah tak ‘control ayu’ meraung nampak mak ayah datang kolej... tapi giginya yang diperhatikan netizen!

Asfa sangat rapat dengan ibu bapanya walaupun merupakan anak kedua dalam keluarga.

SIKAP manja dengan ibu bapa tidak lari dalam diri setiap anak, baik perempuan mahupun lelaki.

Bagaimanapun, manja dengan orang tua ini lebih sinonim dalam kalangan anak perempuan yang masih muda atau yang belum berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin sebak ibu suap nasi buat kali terakhir ketika pakai inai, tapi tak boleh kesat air mata - “Lepas ni dah tak boleh manja macam ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak rindu nak tatap wajah, tapi mak ayah tak pandai video call... berlaku drama air mata di pagi Aidiladha ketika jambangan wang dikirim

Sebuah video yang dikongsikan Asfa Afza Mohd Zaki, 24, di media sosial baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila memaparkan dia menangis di tingkap kereta sewaktu ibu bapa datang melawatnya di asrama Kolej Yayasan Pahang di Kuantan, Pahang.

"Sebenarnya masa kejadian tu saya dah empat bulan tak jumpa mak ayah sebab kena tinggal di asrama.

"Ni kira first time berjauhan dengan keluarga. Sebelum ni belajar dari rumah secara online je.

"Bila balik kolej, semua benda kena buat sendiri. Tu salah satu punca saya rasa sedih," ujarnya kepada mStar.



Asfa bersama ahli keluarganya yang lain.

Menurut gadis yang berasal dari Shah Alam, Selangor ini, walaupun merupakan anak kedua daripada lima beradik, tetapi dia paling rapat dengan ibu bapanya berbanding adik beradik yang lain.

Setiap hari sambil menangis Asfa akan menghubungi ibu bapanya meluahkan rasa rindu kepada mereka.

Pada mulanya, dia enggan memuat naik rakaman video tersebut tetapi setelah melihat semula gelagatnya yang menangis sambil pejam mata sehingga tidak menghiraukan manusia sekeliling, dia merasakan ia sesuatu yang mencuit hati.



Gambar Asfa bersama ibu bapa yang datang melawat, 30 minit selepas kejadian dia menangis.

"Saya baru habis kelas masa tu dan dalam perjalanan ke dewan makan.

"Tiba-tiba ternampak kelibat kereta ayah dari jauh tengah parking, saya terus cabut heels lari pecut pergi ke kereta. Masa tu saya dah melalak menangis.

"Kebetulan masa tu pula saya demam dah masuk hari kedua sebenarnya. Lagi membuak buak rasa rindu dekat mak ayah.

"Dalam video tu mak ayah ajak balik tapi sebenarnya mereka bergurau sahaja sebab saya tak boleh balik pun," ujar Asfar.



Gadis ini lebih gemar bersenam dengan ibunya pada waktu lapang.

Imbas Asfa, lebih menyedihkan apabila dia tidak dapat menyambut hari kelahirannya pada 12 Disember lalu bersama keluarganya seperti biasa.

Bila baca komen macam tu saya rasa sedih tapi pada masa sama bersyukur sebab ada ayah dan ibu lagi.

ASFA

Menurut penuntut dalam bidang kulinari ini, dia merupakan seorang yang berperwatakan ceria dan spontan berbeza dengan apa yang dilihat menerusi rakaman tersebut.



Mengambil jurusan kulinari di Kolej Yayasan Pahang, Kuantan.

Tambah Asfa, perwatakannya kontra berbanding dalam video tersebut kerana dia seorang yang gemar melakukan aktiviti lasak jika ada kelapangan dan turut aktif sebagai sukarelawan dalam misi bantuan banjir anjuran kolejnya baru-baru ini.

Asfa memberitahu selepas video menangis itu tular sehingga mendapat lebih 700,000 tontonan di akaun TikTok, dia dipuji netizen tapi bukan kerana apa yang berlaku sebaliknya mereka tertarik dengan giginya yang tersusun cantik.



Asfa gemar menyertai aktiviti sukarelawan jika berkelapangan.

"Ada juga yang komen cakap untung masih ada ayah. Bila baca komen macam tu saya rasa sedih tapi pada masa sama bersyukur sebab ada ayah dan ibu lagi.

"Ada juga beberapa kecaman lepas saya post video tersebut tapi saya tak pedulikan semua tu. Kecamlah memang aku suka pun!" selorohnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain