suria

Ibu kongsi bagaimana anaknya boleh jadi gebu dan montel... ‘isu’ selipar belum selesai, sedang usaha kurangkan berat badan

Kemontelan Jamsyeir menarik perhatian netizen.

BADANNYA yang berlapis serta gelagat kanak-kanak yang baru berusia 19 bulan ini cuba mengimbangi badannya sambil berjalan terkedek-kedek, sentiasa menjadi perhatian warga maya.

Malah ramai juga yang tampil bertanyakan rahsia dan tip kepada si ibu tentang makanan yang diberikan kepada anaknya yang cukup montel dan gebu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu lalu sampai ‘berkenan’! Ibu tangguh hasrat beli kereta baharu demi hantar anak ke sekolah antarabangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini ‘ngam’ dengan 3 adik beradik tiri sebaya usia... belajar bersama, kerja sebumbung - “Kami dilahirkan empat mama berbeza”

"Apa yang berjalan terkedek-kedek tu, Pak Lang tak nampak sangat, laju videonya.

"Comel dia," tulis seorang warga maya.

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak berkenaan, Yus Afina Zawizah, 31, berkata, berat badan anak bongsunya itu adalah 24 kilogram (kg), dan dia serta suami kini sedang berusaha untuk menurunkan angka itu.



Jamsyeir sentiasa menarik perhatian netizen yang geram melihat kemontelannya.

Berkongsi bagaimana anaknya itu boleh menjadi 'gebu', Afina berkata, selain kuat makan dan minum susu, Putra Jamsyeir AiRich juga sangat suka tidur.

"Masa dalam pantang lagi memang badan dah naik, dia kuat tidur dan tak ada meragam macam baby lain.

"Dia biasa akan tidur malam pukul 10 atau 11 malam, bangun jam 8 atau 9 pagi, lepas tu jam 11 pagi tidur lagi sampai 3 atau 4 petang... lepas tu tidur lagi jam 6 sampai 8 malam.

"Bila main tu memang berpeluh habis, tapi dia 'ganti' dengan tidur kuat," kata ibu kepada dua cahaya mata ini.



Jamsyeir boleh tidur di mana sahaja.

Menurut Afina, antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan apabila anaknya itu bersaiz comel adalah membeli sepasang selipar yang sesuai dengan kakinya.

"Saya dah beli lima pasang selipar semua tak muat jenuh nak cari, kebanyakannya dia tak boleh pakai," katanya yang menetap di Kuala Lumpur.



Afina berdepan kesukaran mencari selipar buat anaknya itu.

Walaupun ramai yang geram melihat kecomelan anaknya, pengasas Kakak Hi Kitty Global ini bagaimanapun mengakui bahawa dia sebenarnya risau melihat perkembangan yang ditunjukkan.

"Memang senang saya nak buat kerja bila dia banyak tidur, tapi dalam masa sama risau juga tengok badan dia naik.



Jamsyeir berjumpa doktor setiap tiga minggu selain melakukan senaman naik turun tangga.

"Kami memang bawa dia jumpa doktor setiap tiga minggu sekali, doktor cakap gula dalam badan okay, tapi kena aktif dan bagi dia main banyak... kemudian bagi dia naik turun tangga setiap hari, jadi saya akan suruh dia pergi dapur lepas tu naik atas.

"Tapi masalahnya dia ni dekat mana-mana pun boleh tidur asal ada batal, dia akan ambil lepas tu tidur," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain