suria

Tak hirau soal duit, ibu bapa sanggup tanggung kos hantar si manis 17 wakili negara main catur di Prague... 2 lagi anaknya pernah bersaing di Thailand

Nur Batrisya telah mewakil negara dalam acara pertandingan catur.

BERMAIN catur ternyata bukanlah sekadar mengetahui langkah setiap buah catur kerana terdapat banyak helah yang perlu dipelajari.

Mencapai penguasaan bermain catur memang sukar, tetapi sukan ini telah memberi peluang kepada gadis berusia 17 tahun untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Minat sukan, disuruh jadi tentera... anak akur permintaan arwah bapa! Kakak tak sangka dapat rakam renungan terakhir masa jumpa di akademi

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa berkopiah setiap kali buat aksi parkour, apa sebenarnya motif anak mudir sekolah tahfiz ini? Paling sempoi keluarga pun sokong, janji selamat

Baru-baru ini Nur Batrisya Wafa Mohsen diiringi ibunya, Wan Fatahhiyah Remli, 42, menjadi viral setelah mewakili Malaysia bersaing dengan pemain catur berpengalaman dan kebanyakannya terdiri daripada pemain dewasa dalam Festival Catur Antarabangsa ke-20 di Prague, Republik Czech.

Menerusi perkongsian di Facebook The Hacker Checker , Batrisya mewakili kumpulan berkenaan dan mengambil bahagian dalam beberapa perlawanan, yang bermula pada 7 Januari hingga 14 Januari lalu yang merupakan kejohanan terbuka.

Bapanya, Mohsen Amdan, 44, berkata, penyertaan Nur Batrisya dalam kejohanan itu dibiayai sepenuhnya berjumlah lebih kurang RM20,000 oleh dia dan isteri yang merupakan ejen jualan kosmetik kerana ingin memberi lebih pendedahan kepada anaknya.



Gadis ini masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kajang.

Tambah Mohsen yang tinggal di Kajang, Selangor ini, pengalaman anaknya bersaing di luar negara juga secara tidak langsung dapat membantu meneruskan minatnya dalam dunia catur.

Jelas Mohsen lagi, dia mula melatih anaknya dalam permainan catur ini sejak usia 10 tahun bermula dengan bermain aplikasi catur di komputer.

Pemain yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kajang itu sebelum ini pernah bertanding di kejohanan antarabangsa tetapi disebabkan wabak, acara itu dilangsungkan secara maya.

"Saya memang latih semua anak saya belajar main catur dekat game komputer dari kecil. Anak saya sekarang sertai satu program telah dianjurkan sekolah. Sekarang pun anak saya sudah ada jurulatih peribadi yang telah banyak sertai pertandingan catur peringkat antarabangsa, Mohd Saprin Sabri.

"Anak saya masuk acara ni sebagai pemain catur dalam acara kejohanan terbuka. Sesiapa pemain catur yang rasa mampu bersaing boleh pergi dan menyertainya kerana ia bukan seperti mewakili Malaysia ke Sukan SEA (Southest East Games) atau Asia.

“Dalam kejohanan ini, Nur Batrisya mewakili kumpulan The Hacker Checker dalam kategori terbuka dan bermain beberapa perlawanan. Selepas kejohanan ini, dia akan bersaing dalam kejohanan lain, tetapi masih di Republik Czech," katanya.

Nur Batrisya juga telah memenangi banyak pertandingan catur tempatan dan terbaharu muncul naib juara kategori bawah 18 tahun pada Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor 2021.

Gadis itu juga merupakan salah seorang penerima Anugerah Biasiswa Sukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).

Menurutnya, minat Nur Batrisya terhadap catur bermula sejak berusia 10 tahun dan dia bertuah apabila guru besar dan gurunya di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2, Selangor sebelum ini ‘membuka jalan’ untuknya.



Nur Batrisya ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa semasa pertandingan catur di luar negara.

Gadis ini juga turut mendapat kebenaran untuk pengecualian menghadiri kelas seperti biasa setelah membuat makluman secara rasmi kepada KPM.

Dua adiknya, Nur Basyira Wafa, 15, dan Mohd Evan Mikail, 11, juga merupakan pemain catur dan pernah bermain di Thailand.

Mohsen berharap anak-anak perempuannya akan memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain muda, terutamanya wanita, kerana catur biasanya permainan yang didominasi oleh lelaki.

“Apa yang saya harapkan pendedahan beraksi di luar negara memberi pengalaman baharu kepada Batrisya kerana tidak ramai yang mendapat peluang sebegitu.

"Apabila dia kembali nanti, saya harap dia boleh menjadi inspirasi kepada lebih ramai pemain muda terutama wanita kerana catur kebiasaannya didominasi lelaki,” katanya.

Selepas acara tersebut, Nur Batrisya akan meneruskan lagi usahanya dalam beberapa kejohanan catur lain di Republik Czech.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain