suria

Kecoh perang mulut antara penumpang, kru feri... lebih 400 pengunjung Langkawi terkandas 8 jam di terminal! Apa sebenarnya berlaku?

Ratusan penumpang terkandas di Terminal Feri Penumpang Kuah, Pulau Langkawi petang Rabu. Foto dan video: TikTok aisyahyusofcollection

SUDAH menjadi lumrah apabila tibanya musim cuti perayaan, kebanyakan lokasi peranginan menjadi sesak dek kerana rata-ratanya mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Terbaharu, tular satu video di media sosial memaparkan keadaan yang sesak di Terminal Feri Penumpang Kuah, Pulau Langkawi.

Difahamkan, situasi terminal feri yang sesak dengan ratusan penumpang itu berlaku pada petang Rabu, gara-gara perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis tertunda lebih lapan jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Video naik pesawat ke Langkawi sambil makan scone buat ramai ‘tertipu’, tak sia-sia pemuda ini keluar masuk kedai hardware!

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak percutian ke Langkawi, aktivis bawa anak yatim santuni mangsa banjir... biar tengok depan mata, sebelum ini tonton di TV saja

Menerusi video berkenaan, jelas kedengaran situasi tegang antara penumpang dan kru feri saling 'berperang mulut' dipercayai berpunca kerana kerosakan feri.

Kelihatan juga penumpang tertidur di kerusi kerana keletihan akibat menunggu terlalu lama.

Menurut seorang pelayar yang memuat naik video di akaun TikTok miliknya, @aisyahyusofcollection, dia dan keluarga bersama para penumpang lain sudah menunggu di terminal sejak pukul 2.30 petang.

"Kami tunggu dari jam 2.30 petang kot... sekarang dah boleh naik, boleh tahan dan tengking-tengking kata jangan bagi naik," tulisnya pada kapsyen tersebut.

Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh pelayar berkenaan meraih sehingga 1.1 juta jumlah tontonan.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan rekasi yang pelbagai.

"Siapa suruh pergi waktu cuti... mendapatlah!

"Sikit-sikit nak viral... tak belajar ke waktu pasang surut air? Jangan salahkan pihak sana sedangkan anda sendiri yang bersalah.

"Sekarang ni kalau pergi ke Langkawi, tak galak naik feri. Masalah low tide (air surut). Memang terhad trip feri sekarang," demikian antara komen-komen netizen pada video berkenaan.

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid ketika mengesahkan kejadian itu berkata, situasi dipercayai berpunca daripada kerosakan feri berkapasiti besar.

"Saya dimaklumkan ada feri berkapasiti besar mengalami kerosakan pada saat akhir menyebabkan perjalanan sebahagian penumpang sudah tertunda.

"Bagaimanapun, kesemua 423 penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis jam 11.25 malam tadi (Rabu) menerusi Expres Bahagia 99," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain