SETIAP individu pastinya akan menghadapi pelbagai dugaan dalam proses untuk bernikah atau melangsungkan perkahwinan. Itulah yang berlaku kepada Izzatul Safiah Khairuddin, 23, yang panik setelah melihat lukisan inai pada tangannya tidak menjadi seperti diharapkan.ARTIKEL BERKAITAN: Pelukis inai muak dengan pelanggan menipu sebab nak dapat balik deposit, beri alasan langsung tak masuk akalARTIKEL BERKAITAN: “Sorry to say, buruk! Jangan buat naya orang” - Pelukis inai isteri Harith Zazman sedih hasil kerja dikutuk netizen, tak tahu rupa-rupanya itu pasangan artis Mesra disapa Izza, dia turut berkongsi mengenai pengalaman tragis yang terjadi pada hari persandingannya yang berlangsung pada 6 Februari lalu di dewan De' Orchird M3lati, Gombak, Selangor. "Saya dah nikah bulan Ogos 2021 tapi dewan saya nak buat majlis kenduri untuk persandingan penuh. Jadi saya tangguh dulu majlis sanding, tunggu dewan tu kosong. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Tarikh 6 Februari je dewan kosong jadi saya pun setuju sanding hari tu. Saya habiskan lebih kurang RM15,000 untuk majlis sanding. "Saya ingat nak jimat, jadi tak ambil upah henna artist. Saya cuma beli henna DIY (Do It Yourself) dekat Shopee harga RM30 je. Jadi saya jimat banyak dekat situ daripada nak bayar beratus upah lukis pada tangan saya," jelasnya. Jelas wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini, dia turut belajar melukisa inai melalui perkongsian video penjual henna DIY tersebut yang mana pembelian itu dilengkapkan dengan berus, pelekat corak dan henna sekali gus membuatkan dia yakin dapat menghias tangannya sendiri. Suami Izza menyelamatkan keadaan dengan melukis ukiran inai menggunakan Google. Bagaimanapun, timbul juga keraguan pada mulanya apabila dia ada memberitahu bakal suaminya pada ketika itu, Syihebuddin Mustain, 27, bahawa dia kurang yakin untuk membuat ukiran tersebut sendiri. Namun setelah diyakini oleh lelaki itu yang bekerja sebagai jurutera, dia pun terus membuat pembelian tersebut. "Mula-mula saya cakap tak nak pakai inai sebab risau tak menjadi. Tapi suami cakap tak apa beli je. Kalau tak jadi, dia boleh tolong buat. Saya dah give up dan reda. Saya ingat tak nak pakai henna tapi suami saya cakap dia nak buatkan. IZZATUL SAFIAH "Saya yakin bila suami cakap nak tolong buat sebab dia memang seorang yang kreatif. Gubahan hantaran pun dia yang buat sendiri dan memang menjadi," jelasnya. Bercerita lanjut, Izza yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, lukisan inai yang dibelinya tidak menjadi seperti yang diiklankan oleh peniaga. Lebih parah lagi apabila ia dilukis semasa wanita ini akan bersanding dalam masa empat jam lagi. "Punya nak jimat, saya sanggup tak bayar upah RM300 untuk henna. Henna saya beli tu cepat tertanggal jadi saya buat empat jam sebelum majlis. "Lepas saya tampal sticker di tangan, saya guna berus untuk dab (tekap) henna. Bila saya cabut pelekat tu, henna saya tak lekat pada tangan tapi masih melekat di sticker. Hari bahagia Izza diselamatkan oleh suaminya yang kreatif pandai menggubah ini. "Saya sangat panik bila jadi macam tu. Saya contact seller, dia cakap ikut saja video tutorial yang dia sediakan tapi bila saya cuba masih tak jadi," jelasnya lagi. Wanita yang bekerja sebagai pegawai dietetik di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), Kuala Lumpur ini berkata pada masa itu dia sudah hampir putus asa dengan apa yang berlaku. Tetapi nasib wanita ini baik setelah suaminya yang kreatif ini menyelamatkan hari bahagia mereka dengan melukis inai di tangannya. "Saya dah give up dan reda. Saya ingat tak nak pakai henna tapi suami saya cakap dia nak buatkan. "Saya Google gambar henna yang ukiran simple saja untuk suami saya ikut. Tak sangka bila dia buat menjadi. Mungkin sebab dia kerja dalam bidang engineering jadi dia pandai melukis dengan baik," ujar wanita ini. Berikutan video yang tular, Izza turut menzahirkan rasa syukur kerana majlis persandingannya berjalan dengan lancar. Wanita yang bekerja sebagai pegawai dietetik di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM. Jelasnya lagi mengenai rakaman tersebut, dia tidak menyangka bahawa masih ramai yang tidak tahu tentang henna DIY yang digunakan. Tambahnya, dia turut menitipkan nasihat kepada sesiapa yang bakal melangsungkan persandingan untuk membuat persediaan lebih awal kerana hari bahagia ini hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup jadi jangan ambil mudah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI