BUKAN setakat pengantin dan pelamin, lauk kenduri pun menjadi tumpuan di majlis kahwin. Segelas air sirap, minuman yang terkenal di majlis kenduri tentunya melegakan tekak. Bagaimana jika tetamu diberi pilihan 30 balang air berlainan perisa? Pasti rambang mata! ARTIKEL BERKAITAN: Guru pertaruhkan 'ilmu nenek' buka bisnes katering, sangat pentingkan kepuasan pelanggan... puas hati baru bayar penuh! ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri cara dulu-dulu, makan berhidang dalam talam gamit nostalgia - "Anak bujang, anak dara sekarang susah basuh pinggan" Bercakap kepada mStar, Mohamad Firdaus Othman berkata, 30 balang air disediakan di majlis kahwin bukan imaginasi semata-mata, tapi benar-benar dilakukannya atas permintaan pelanggan. Bermula dari berniaga gerai minuman pada 2013, pemuda berasal dari Padang Cempedak di Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu beralih menyediakan khidmat air balang kenduri sejak 2019. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Satu masa saya mahukan kelainan dalam bisnes air minuman, jadi saya sediakan khidmat air balang kenduri sehingga mencecah 30 jenis berlainan perisa. "Mungkin pelik, tapi saya pernah melakukannya untuk dua klien, satu kenduri kahwin dilakukan di kampung dan satu lagi di sebuah dewan," katanya ketika dihubungi. 30 balang air di sebuah majlis kahwin diadakan di sebanyak dewan sebelum pandemik Covid-19. Firdaus yang berusia 28 tahun berkata, dia menyediakan servis 30 balang air kenduri untuk jumlah tetamu sehingga 6,000 orang pada 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda negara. "Biasanya tuan rumah jamu air sirap di kenduri. Jadi saya mahu air minuman di kenduri termasuk susunan 30 balang air menjadi tarikan tetamu yang hadir. "Yang penting lokasi majlis kena diadakan di kawasan lapang atau lebih besar bagi membolehkan saya menyusun kesemua 30 balang air minuman," tambahnya. Balang air kenduri tetap mendapat permintaan ketika pandemik Covid-19. Sebanyak 30 perisa disediakan sebagai pilihan iaitu sirap, oren, keladi, tembikai, pelam, laici, tembikai susu, cincau, oren barli, teh o ais lemon, sirap selasih, limau selasih, lengkong dan teh ais. Turut dihidangkan adalah limau asam boi, anggur susu, jadung, jambu asam boi, teh bunga, nenas, barli, bandung cincau, soda herb, mata kucing, sarsi, epal asam boi, lobak susu, anggur dan milo. Air soda herb (dua, kirI) merupakan minuman paling laris. Dia yang kini mengusahakan bisnes tersebut bersama isteri, Fatimah Abdullah, 28, berkata, minuman yang paling laris adalah air soda herb yang begitu terkenal di utara tanah air, yang mana ia mempunyai enam bahan iaitu serai, limau, laici, daun pudina, asam boi dan air soda. "Ia juga menjadi pilihan utama sebagai 'air pengantin' ketika acara makan beradab," katanya sambil menambah pelanggan juga boleh mencadangkan perisa yang diinginkan mengikut citarasa sendiri. Biasanya tuan rumah jamu air sirap di kenduri. Jadi saya mahu air minuman di kenduri termasuk susunan 30 balang air menjadi tarikan tetamu yang hadir. MOHAMAD FIRDAUS OTHMAN Bagaimanapun, Firdaus yang juga seorang petani berkata, pelanggan boleh membuat tempahan 'balang air kenduri' mengikut pilihan perisa dan jumlah balang. "Harga untuk 30 balang kini RM1,500. Tapi pelanggan juga boleh mendapatkan servis dengan jumlah terendah sebanyak empat balang," katanya. Firdaus dan isteri. Mengenai prosedur operasi standard (SOP) dalam menganjurkan majlis kahwin, Firdaus menjelaskan penyediaan 30 balang air masih dapat direalisasikan. "Walaupun jumlah tetamu sekarang mungkin dikurangkan kerana Covid-19, tetapi tidak bermakna bilangan maksimum balang air kenduri juga perlu melakukan perkara sama. "Apa yang penting adalah penjarakkan sosial di mana setiap balang diletakkan di atas meja dengan jarak antara satu sama lain. "Hand sanitizer disediakan selain penggunaan cawan pakai buang atas faktor kebersihan. Jadi, 30 balang air kenduri tetap boleh diadakan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI