suria

Jumpa kotak rahsia di rumah mentua, isteri baca kuat-kuat surat cinta suami untuk bekas-bekas kekasih - “Saya pun salah seorang ex dia"

Siti menjumpai dan membaca surat-surat cinta milik suaminya dengan kuat sehingga ditegur ibu mentua.

‘CINTA monyet’ amat sinonim terutama sekali dengan pelajar di peringkat sekolah menengah.

Sudah semestinya setiap 'pasangan kekasih' pada zaman itu memiliki kenangan manis dengan berbalas surat cinta dan bertukar hadiah.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan cinta monyet, pelajar berkurung selepas awek lesap... ibu juga jadi penyelamat, “Saya terdiam, faham apa yang mama sampaikan”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan ini buktikan ‘cinta monyet’ inspirasi untuk berjaya - “Pertama kali bakal berjauhan, dia akan terbang...”

Bagaimanapun setelah meningkat dewasa sudah pastinya kita merasakan momen zaman cinta monyet itu sebagai sesuatu yang lucu dan mungkin juga memalukan.

Begitulah apa yang terjadi kepada Siti Solehah Ismail Shah, 31, apabila menjumpai surat-surat cinta di zaman persekolahan milik suaminya, Muhammad Hafiz Adnan, 31, semasa mereka berdua mengemas rumah.

“Masa tu kami balik kampung belah suami dekat Kuantan. Saya dan suami nak tolong mak dan ayah mentua saya kemas barang untuk pindah. Mereka nak pindah rumah di Melaka.

“Jadi masa balik tu saya tolong kemas di bahagian bilik. Kemudian terjumpa satu kotak yang agak buruk. Jadi saya pun keluarkan nak tengok apa ada dalam tu.

“Bila buka kotak tu saya tengok ada surat-surat cinta, kad raya, hadiah, dan patung kecil. Macam-macam jenis hadiah ada dalam tu,” jelasnya yang mesra disapa Siti.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, segala barang di dalam kotak tersebut adalah milik suami, kakak dan abang iparnya pada zaman mereka bercinta di sekolah.



Suami Siti dikatakan mempunyai ramai bekas kekasih semasa di zaman persekolahannya.

Menurut Siti, kebanyakan surat yang dijumpai itu sebenarnya adalah milik suami yang dipulangkan semula oleh bekas-bekas kekasih setelah mereka putus cinta.

“Saya jumpa banyak barang milik suami dan adik-beradiknya yang lain. Jadi masa kemas tu ada diari dan surat cinta. Biasalah orang dulu-dulu bercinta ni sentimental sikit sebab main tukar-tukar hadiah dan surat.

Cuma dia ada beritahu yang dia ada banyak bekas kekasih sebab ramai yang tergila-gilakan dia dulu.

SITI

“Saya tak usik barang yang lain cuma buka surat cinta suami tulis dekat ex dia saja. Saya baca satu per satu surat tu dengan nada kuat sebab kelakar. Mak mentua yang dekat dapur masa tu terdengar dan menyampuk tanya surat siapa tu. Itu yang saya tergelak sampai tak boleh kawal dalam video tu.

“Saya OK je baca semua surat tu. Saya rasa terhibur sangat baca penulisan suami sebab dulu masa sekolah saya tak ada main surat-surat cinta macam ni. Tapi suami pun OK je saya baca depan dia cuma terpaksa tahan malu kena bahan sajalah,” jelas Siti.

Menurut Siti yang tinggal di Seri Kembangan, Selangor ini, kotak yang dijumpai itu dianggarkan disimpan sejak sekitar 2007 semasa suaminya di sekolah menengah.

Tambah wanita yang bekerja di agensi takaful ini, dia sendiri tidak tahu berapa ramai sebenarnya bekas kekasih suaminya di zaman persekolahan.

Malah, wanita ini turut menceritakan bahawa dia sendiri merupakan salah seorang bekas kekasih suaminya suatu ketika dahulu.



Pasangan ini telah berkahwin pada 16 Februari 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata.

“Saya tak tahu berapa orang ex suami ada dulu sebab dia tak pernah pula cerita satu per satu. Cuma dia ada beritahu yang dia ada banyak bekas kekasih sebab ramai yang tergila-gilakan dia dulu.

“Sebenarnya saya pun salah seorang bekas kekasih suami. Kami bercinta masa tingkatan 2 pada 2005 sebab pernah pergi kelas tambahan yang sama. Tapi biasalah cinta monyet jadi beberapa bulan saja bertahan lagipun kami berbeza sekolah.

“Selepas lost contact tu, kami dah tak berhubung sampai saya bekerja di Kuala Lumpur. Kebetulan masa 2017 kami jumpa semula sebab dia nak jual insurans Takaful dekat saya jadi kami pun berkawan semula. Dua bulan lepas tu dia terus ajak saya bertunang,” jelas Siti yang telah melangsungkan perkahwinan pada 16 Februari 2018.



Suami Siti membakar semua surat-surat cinta tersebut sebagai tanda tidak mempunyai perasaan terhadap bekas-bekas kekasihnya lagi.

Mengenai video yang menjadi tular di TikTok, wanita ini tidak menyangka rakaman tersebut mendapat perhatian warganet.

Bagaimanapun, jelas Siti, segala surat dan barangan tersebut telah ‘selamat’ dibakar oleh suaminya sendiri sebagai bukti yang dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap bekas-bekas kekasihnya dahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain