suria

Selepas ‘berani habis’ jadi Spiderman panjat apartmen nak ambil kunci, baru lelaki ini menyesal dan fikir bahaya

Ayien masuk ke rumahnya menerusi tingkap tandas.

PASTI rata-rata daripada kita pernah mengalami insiden tertinggal kunci di dalam rumah kerana terlupa ataupun disebabkan pelbagai alasan lain.

Begitu juga dengan kisah yang dialami oleh pemuda ini gara-gara 'miscommunication' antara dirinya dengan rakan serumah.

Disebabkan masing-masing beranggapan bahawa salah seorang daripada mereka membawa bersama kunci ketika keluar, maka kedua-duanya tidak dapat masuk ke dalam rumah sehingga nekad untuk 'memecah masuk' kediaman sendiri menerusi tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah’ nak tunjuk stunt paling gempak, pengakhirannya amat menyedihkan - “Dia suka acah-acah samseng tapi tak ada yang takut”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah panjat signboard ‘Ipoh’, 5 kali masuk lokap... apa sebenarnya pemuda ni nak tunjuk kepada masyarakat? - “Mak ayah mana tak sayang anak”

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Ayien berkata, dia dan rakannya hanya menyedari mereka tertinggal kunci ketika mahu masuk ke dalam rumah selepas masing-masing pulang daripada menikmati makan malam bersama-sama.

"Kami balik dalam pukul 11 lebih. Waktu saya dalam kereta, housemate yang kebetulan dah naik ke rumah inform kunci tertinggal dekat dalam rumah.

"Dia ingat saya ada bawa kunci tapi sebenarnya kunci rumah saya pun dekat dalam rumah. Ini memang first time terjadi sebab selalunya memang kami berdua bawa kunci masing-masing," ceritanya yang menyewa di sebuah kondominium di Shah Alam, Selangor.

panjat 3

Ayien berkata insiden tersebut berlaku kerana salah faham antara dia dan rakan serumahnya.

Pemuda berusia 30 tahun ini berkata, mereka berdua berusaha mengumpil mangga kunci (padlock) berkenaan namun gagal kerana peralatan yang terhad, ditambah pula ia sejenis mangga kunci berkualiti tinggi.

"Then saya minta housemate inform guard untuk minta tolong pecahkan mangga, tapi pengawal keselamatan tak ada peralatan... dan tak boleh nak tolong.

"Masa itu saya perasan tingkap toilet saya terbuka, dan saya memang yakin boleh panjat grill ikut bahagian dapur tu. Lagipun rumah saya tak tinggi sangat, so agak berani untuk lalu grill tu.

"Rumah saya tingkat 5 tapi lantai dekat tingkat 3, selang satu rumah saja jadi memang tak nampak tinggi sangat. Saya pula memang dah biasa memanjat.

panjat 1

Ayien bertindak memadam videonya memanjat dan membuat permohonan maaf atas kesilapannya.

"Walaupun boleh lalu grill tu, tapi ada la juga rasa gayat sikit-sikit," katanya yang merupakan pekerja sektor swasta.

Ayien menambah, selepas kira-kira tiga minit berusaha dan berhati-hati melalui grill, dia berjaya masuk menerusi tingkap tandasnya yang terbuka.

Bagaimanapun dia mengakui tindakan tersebut sememangnya membahayakan nyawa dan dilakukan dengan fikiran yang terburu-buru.

Saya tak pernah tahu ada servis locksmith untuk kes seperti ini, bila buka Twitter baru tahu ada orang inform.

AYIEN

"Ramai yang marah tengok video saya tapi tak apa, saya tak marah semula sebab memang terang-terang salah saya.

"Saya tak pernah tahu ada servis locksmith untuk kes seperti ini, bila buka Twitter baru tahu ada orang inform.

"Kalau tak, memang saya takkan teruskan untuk panjat. Confirm saya hubungi locksmith service tu saja.

"Apa-apa pun pun memang kesilapan dari pihak saya sebab berani sangat nak panjat grill tu. Saya minta maaf upload video tu dalam Twitter dan Instagram Story. Ramai yang terkesan dan seriau dengan aksi saya tu," katanya lagi sambil menambah, dia akhirnya mengambil keputusan untuk memadamkan video berkenaan di laman sosial.

panjat 2

Antara komen netizen pada perkongsian Ayien.

Ayien bagaimanapun berharap agar perkongsiannya dapat dijadikan pengajaran buat orang lain agar tidak melakukan perkara yang sama sepertinya jika berdepan kes seumpama itu.

"Pengajaran dari kisah saya, pertama, jangan cuba-cuba panjat walaupun rasa berani nak panjat.

"Keduanya, maklumkan guard house atau resident management dahulu sekiranya pihak mereka boleh tolong. Ketiga, gunakan perkhidmatan locksmith. Bayar saja daripada nak buat aksi panjat-panjat macam tu.

"Dan akhir sekali, wajib duplicate kunci banyak-banyak," katanya sambil berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain