suria

Bapa sakit, wanita ‘angin’ dihalang masuk wad kecemasan sebab pakai skirt pendek... Dr Noor Hisham beri respons!

Seorang wanita mendakwa dia dihalang daripada memasuki wad kecemasan.

ETIKA pemakaian di premis kerajaan termasuk hospital yang digariskan untuk pelawat telah lama diwujudkan.

Malah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga pernah memberi penjelasan sebelum ini berikutan kes seorang wanita yang memakai seluar pendek dihalang daripada memasuki kawasan wad.

Katanya, kod pemakaian di hospital adalah garis panduan untuk menasihati pelawat namun ia bukanlah mandatory.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan terharu pensyarah bertindak ‘sweet’ jadi pengganti keluarga di majlis konvo... sanggup berpanas, tunggu sejak pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar mengeluh ada halangan, gangguan tak patut wujud ketika rakam detik bersejarah pengantin

Bagaimanapun, kejadian seumpama itu berlaku sekali lagi selepas kira-kira tujuh tahun berlalu.

Kes hampir sama yang dipercayai berlaku di Hospital Selayang itu mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan selepas wanita terlibat membuat hantaran di media sosial pada 16 Mac lepas.

Menerusi ciapannya, dia mendakwa pengawal keselamatan menghalangnya untuk memasuki wad kecemasan, namun ia bukan disebabkan wabak Covid-19 sebaliknya kerana dia memakai pakaian yang tidak bersesuaian.

Katanya, pada ketika itu, dia memakai blaus pendek paras lutut.

Wanita terbabit turut mendakwa terdapat individu lain yang memakai seluar pendek tapi dibernarkan masuk.

Wanita terbabit turut mendakwa terdapat individu lain yang memakai seluar pendek tapi dibenarkan masuk.

Menjelaskan mengenai kejadian tersebut, ujarnya, dia tidak sempat berfikir tentang kod dan etika pemakaian ke hospital pada masa itu susulan bapanya berada dalam keadaan kecemasan.

Malah, dia juga mendakwa terdapat beberapa pelawat lain yang memakai seluar yang lebih pendek berbanding skirt yang dipakai, namun dibenarkan masuk.

"Pengawal keselamatan wanita itu terlampau berkeras ketika bercakap dan saya sekarang dihalang untuk masuk. #selayanghospital terbaik dalam memilih pengawal keselamatan yang mempunyai penuh belas kasihan berbanding etika.

"Saya tidak terfikir bahawa seseorang akan dihalang untuk masuk dalam keadaan kecemasan. Bagaimana kalau dia (ayah) sedang nazak dan ini adalah peluang terakhir saya untuk berjumpa... hanya sebab saya berpakaian kurang seinci dari paras lutut?" ciapnya yang turut mengucapkan terima kasih selepas tindakan tegas diambil terhadap pengawal keselamatan berkenaan.

Antara reaksi netizen terhadap pemakaian wanita terbabit.

Antara reaksi netizen terhadap pemakaian wanita terbabit.

Statusnya itu dikongsi pelayar Twitter yang lain dan rata-ratanya menyifatkan pengawal keselamatan wanita itu mematuhi peraturan secara membuta tuli.

"Mereka mematuhi etika pemakaian secara membuta tuli dan tidak guna akal. Syukur tiada yang menghalang pemberian suntikan (vaksin) Covid-19 kerana saya memakai baju tanpa lengan seperti di PCK," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pelayar yang menggunakan akaun bernama Ahmad Danial memberitahu, terdapat ramai yang memakai seluar pendek di hospital malah dia turut menyatakan tidak memahami polisi hospital pada masa ini.

Bagi individu yang pernah berdepan situasi sama seperti pemilik akaun @Belpacino, dia meluahkan rasa kesal kerana wanita terbabit perlu melalui situasi berkenaan.

"Saya dah banyak kali melaluinya dan sekali di balai polis. Pada masa itu, saya dalam keadaan kecemasan juga... sangat menimbulkan kemarahan saya dan tidak masuk akal!" ciapnya.

Jabatan Keselamatan Hospital Selayang telah mengambil tindakan penambahbaikan dengan memberi teguran kepada pengawal keselamatan tersebut agar mengamalkan tatacara komunikasi yang sesuai ketika berurusan.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Mengulas tentang isu yang berlaku itu, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Jabatan Keselamatan Hospital Selayang telah mengambil tindakan penambahbaikan berhubung tatacara menegur pelawat.

Beliau juga berharap perkara seumpama itu tidak akan berulang pada masa hadapan.

"Jabatan Keselamatan Hospital Selayang telah mengambil tindakan penambahbaikan dengan memberi teguran kepada pengawal keselamatan tersebut agar mengamalkan tatacara komunikasi yang sesuai ketika berurusan bersama pesakit mahupun waris agar perkara yang sama tidak berulang di masa hadapan," katanya ringkas pada petang Jumaat.

Noor Hisham menyatakan tindakan sewajarnya telah diambil.

Noor Hisham menyatakan tindakan sewajarnya telah diambil.

Terdahulu, Dr Noor Hisham memberi respons pada kenyataan yang dikeluarkan All Women’s Action Society (AWAM) yang memetik ciapan pengadu wanita berkenaan.

Pada Khamis, AWAM menyatakan, Ketua Pengarah Kesihatan ketika itu pernah menjelaskan isu berkenaan pada 2015 yang mana etika pemakaian di hospital hanyalah sekadar garis panduan.

"Polisi pemakaian tidak diperlukan dan ia adalah pelanggaran kepada hak asasi untuk mengakses kemudahan kesihatan," tambahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain