suria

Teguran jutawan internet kepada TV AlHijrah sempoi tapi ‘deep’! Dalam masa sama intai slot Kak Long 7E

Irfan merupakan seorang jutawan internet yang kini berhijrah ke Dubai.

PELBAGAI pihak tampil meluahkan kecaman susulan stesen televisyen AlHijrah menjemput wanita yang dikenali sebagai Kak Long 7E sebagai tetamu sebuah program.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, pihak stesen tv berkenaan tampil dengan kenyataan rasmi menjelaskan isi kandungan program tersebut bertujuan memberi teguran kepada Kak Long.

Ini kerana program tersebut menampilkan penceramah iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki serta Pencetus Ummah (PU) Amin yang bertindak sebagai pengacara.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja-saja... AlHijrah jemput Kak Long 7E untuk beri teguran, tangguh siaran selepas teruk dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dijemput masuk TV, ibu tampil ‘back up’ Kak Long... yakin anaknya dapat harumkan nama negara!

Akur dengan kecaman bertalu-talu, stesen tv berkenaan juga mengambil pendekatan untuk untuk menangguhkan siaran episod yang menampilkan Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura.

Kontroversi tersebut turut mengundang perhatian seorang jutawan internet yang tidak asing lagi di Malaysia, Irfan Khairi.

Apa yang menariknya, teguran jutawan berusia 45 tahun itu terhadap TV AlHijrah disampaikan dalam nada humor namun mempunyai maksud yang mendalam.

"Saya ni tak suka buat content-content yang macam ini. Tapi saya ada pesanan untuk TV AlHijrah.

hijrah 1

TV AlHijrah menangguhkan episod program yang menampilkan Kak Long (tengah) sebagai jemputan.

"Dengar cerita episod ini dah ditunda, jadi ada la slot kosong. Saya ni dah 10 tahun tak masuk TV. Calling-calling la," katanya menerusi satu perkongsian video di TikTok.

Sehingga kini video tersebut meraih sehingga 1.1 juta jumlah tontonan selain dibanjiri lebih daripada 6,000 komen.

Rata-rata netizen bersetuju dengan 'teguran' yang disampaikan Irfan malah mereka berpandangan adalah lebih bermanfaat sekiranya menjemput individu yang berjaya sebagai tetamu program TV.

Kami mahu idola macam tuan untuk input yang lebih membina untuk masyarakat.

NETIZEN

"Lagi bagus TV AlHijrah panggil abang... ada juga manfaat daripada panggil kakak tu.

"Tuan masuk TV banyak ilmu dan manfaat untuk orang ramai.

"Betul... kami mahu idola macam tuan untuk input yang lebih membina untuk masyarakat," demikian antara komen-komen netizen.

komen

Antara komen netizen pada perkongsian video Irfan.

Irfan pernah mencipta fenomena sekitar tahun 2005 kerana berjaya bergelar jutawan internet muda pada usia 25 tahun menerusi bisnes online.

Menetap di Dubai sejak lima tahun lalu, kini Irfan memiliki lebih 15 perniagaan berstatus multijuta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain