suria

Melulu kaitkan anak autisme, speech delay dengan gangguan jin... ustazah teruk kena ‘sekolah’, pakar psikiatri pun bersuara

Hantaran seorang ustazah mengenai autism di Facebook yang menimbulkan kontroversi.

GARA-GARA mengaitkan situasi kanak-kanak yang menghidap autisme dengan gangguan jin, seorang wanita menerima kecaman hebat oleh pelbagai pihak.

Wanita tersebut yang bergelar seorang 'ustazah' pada mulanya memuat naik satu hantaran (posting) di Facebook miliknya pada Sabtu.

"Anak autisme, speech delay ada kaitan dengan gangguan jin. Jin mengganggu dan mendatangkan penyakit pada anak-anak ini kerana mereka lemah," demikian tulisnya pada hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam's Family akur kontrak rumah sewa tak diperbaharui, percaya ada yang tak senang dengan anak autisme - “Dia takkan ganggu kamu lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tenang galas tanggungjawab besarkan 4 anak autisme, seorang sakit jantung berlubang... ilmu Sains anak lelaki sulung memang power!

Bagaimanapun wanita berkenaan tidak menghuraikan lebih lanjut bagi menyokong atau membuktikan kenyataan yang dibuatnya.

Menyoroti Facebook miliknya, wanita tersebut difahamkan merupakan seorang pendakwah bebas, pengasas sebuah tadika dan juga perawat rawatan Islam, sebagaimana yang ditulis pada bahagian 'bio' di laman sosial tersebut.

autism 2

Hantaran yang menimbulkan kontroversi di laman Facebook milik 'ustazah' berkenaan.

Malahan, hantaran tersebut turut mendapat perhatian dan teguran daripada seorang doktor psikiatri yang juga penasihat kesihatan mental, Dr Rozanizam Zakaria.

Menerusi ruangan komen, Dr Rozanizam berkata tindakan 'ustazah' berkenaan boleh menyebabkan masyarakat salah faham malah membibitkan sikap prejudis terhadap anak-anak yang menghidap autisme.

"Saya Dr Rozanizam Zakaria, pakar psikiatri dan Felo Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja UIAM. Posting ustazah ini sangat tidak tepat dan melanggar disiplin ilmu.

autism 1

Laman advokasi kesihatan, PHM turut mengulas mengenai hantaran ustazah berkenaan.

"Berbahaya bagi ibu bapa di luar sana yang salah faham, prejudis terhadap anak-anak autisme dan seluruh terapis yang berkerja siang malam membantu anak autisme.

"Boleh belajar tentang autisme, sejenis 'neurodevelopmental disorder' melalui pelbagai sumber, rujuk Prof Hasnah Toran pakar intervensi awal autisme yang juga ada anak autisme, boleh rujuk video saya di channel saya.

"Kalau ada yang masih kurang jelas boleh hubungi saya untuk diskusi ilmiah," tulisnya sambil meminta agar hantaran tersebut dipadamkan.

Berbahaya bagi ibu bapa di luar sana yang salah faham, prejudis terhadap anak-anak autisme dan seluruh terapis yang berkerja siang malam membantu anak autisme.

DR ROZANIZAM ZAKARIA

PAKAR PSIKIATRI

Selain Dr Rozanizam, laman advokasi kesihatan, Public Health Malaysia (PHM) turut mengulas hantaran 'ustazah' tersebut.

"Besar sungguh dugaan ibu bapa dengan anak anak autisme. Bermacam-macam tohmahan terhadap mereka. Ada yang kata tidak pandai menjaga anak, ada yang kata akibat beri terlalu banyak gajet dan terkini dikaitakan dengan gangguan jin.

"Kami bersolidariti kepada ibu bapa yang terkesan dengan dakwaan ini," tulis laman berkenaan pada satu hantaran di Facebook dengan kapsyen 'Hentikan Stigma Autisme'.

autism 3

Teguran Dr Rozanizam Zakaria di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet meluahkan rasa geram kerana hantaran 'ustazah' tersebut dibuat tanpa didasari fakta Sains.

"Autisme bukan penyakit yang boleh disembuhkan. Autisme ni kecelaruan atau kelainan fungsi neuron yang hanya boleh 'dikawal' dengan terapi dan intervensi.

"Jangan terlampau percaya dengan golongan-golongan ada gelaran ustazah ustaz ni. Apa kaitan pengetahuannya dengan anak-anak yang ada autism. Ustaz ustazah bidangnya agama, bukan masalah autisme.

autism komen

Antara komen netizen yang mengecam 'ustazah' berkenaan.

"Allahuakbar ustazah. Sampai hatinya kata macam tu. Anak saya speech delay Alhamdulillah sihat walafiat. Tujuh tahun ulang alik ke speech therapist, sekarang lebih dari saya bercakap dan setiap tahun akademiknya dapat keputusan yang baik," demikian antara komen netizen.

Hasil carian mStar, hantaran tersebut didapati sudah dipadamkan wanita berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain