suria

'Orang kaki robot' ejek budak 3 tahun, siswa undang-undang hanya mampu menangis dalam hati... tindakan mak kanak-kanak itu memang tak disangka

Sofwan menjalani pembedahan untuk memotong kakinya pada tahun 2019.

KUNJUNGAN pemuda ini ke Pasaraya Mydin di Alor Setar, Kedah pada Jumaat lalu meninggalkan memori yang berbeza buatnya.

Menurut Nek Muhammed Sofwan Najim Nek Ali, 21, dia sudah lali dengan pelbagai kata-kata dan pandangan orang kerana memakai kaki palsu sejak berusia 18 tahun.

Bagaimanapun, dia terharu apabila masih ada insan yang sangat memahami kelainan yang ada pada fizikal dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya satu kosong itupun diletak kerusi cop parkir, bapa anak istimewa bengang peniaga selamba minta alihkan kereta... kenapa nafikan hak OKU!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak mimpi dapat begini” - Tiada tangan, tiada kaki... peniaga OKU menangis terima gerai ‘mahal, cantik sangat’ sumbangan Ebit Lew

"Saya pergi ke Mydin dengan ibu petang tadi (Jumaat) dan ada budak kecil ni panggil mama dia dan cakap tengok tu mama, orang kaki robot. Budak tu nampak my prosthetic leg sebab saya pakai seluar singkat.

"Lepas tu mama dia pun tegur tak baik cakap macam tu, berdosa dengan nada yang tinggi bagi tujuan mengajar, bukan memarahi dan seterusnya mereka menolak troli jauh sikit dari tempat kejadian.

"Waktu mama budak tu tegur saya hanya mampu berpura-pura bermain phone walaupun dalam hati dah menitis air mata. Lepas settle my mom beli tudung kami ke parkir kereta, saya perasan family tadi sedang menunggu.

sofwan3

Sofwan kini sedang menyambung pengajian di UUM.

"Rupanya mama dia nak minta maaf atas percakapan anak kecil yang berusia tiga tahun tu. Budak tu pun tunduk je macam menyesal walaupun dia masih tak faham apa berlaku.

"Dalam hati, saya rasa terharu gila sebab sepanjang 21 tahun hidup, ni first time ada parents yang minta maaf atas apa yang anak dia cakap pada saya. Selalunya parents akan guna kekurangan saya sebagai 'pengajaran' untuk anak-anak mereka yang buas," ujarnya.

Senang disapa Sofwan, dia ketika dihubungi mStar sempat memperincikan semula kisah hidupnya sehinggalah dia menjalani pembedahan memotong kaki kanannya pada tahun 2019.

Sebenarnya pembedahan itu saya anggap macam titik permulaan hidup yang baharu. Sebelum ni asyik berdarah, asyik luka, ia banyak datangkan kesan buruk sehingga saya selalu demam dan sakit.

SOFWAN

Menurut pelajar bidang Undang-Undang di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, dia enggan bersedih dengan takdir sebaliknya menganggap ia sebagai titik baharu dalam hidupnya.

"Saya dilahirkan dengan penyakit spina bifida yang membuatkan kaki kanan saya lemah, tiada deria dan tidak berfungsi penuh. Dari kecil saya jalan seret kaki.

"Disebabkan kaki saya tiada deria, saya tak rasa sakit dan ia senang luka. Saya tak perasan luka sehingga ia menjadi jangkitan. Bila jumpa doktor, dia nasihatkan saya potong kaki lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

"Pada 2019, kaki kanan saya dipotong dari paras lutut. Sebenarnya pembedahan itu saya anggap macam titik permulaan hidup yang baharu. Sebelum ni asyik berdarah, asyik luka, ia banyak datangkan kesan buruk sehingga saya selalu demam dan sakit.

sofwan2

Sofwan akui dia sudah lali dengan pelbagai kata-kata mengenai keadaan kakinya.

"Jadi bila potong tu, saya rasa lega, rasa nak mulakan hidup baharu. Saya tak terasa dengan kehilangan kaki, cuma ada ketika saya terasa bila tengok kawan-kawan main bola. Tapi saya anggap ia keputusan terbaik," ujarnya yang berasal dari Alor Setar.

Menurut anak keempat daripada enam beradik itu, dia juga bersyukur apabila kisah yang berlaku di Mydin tempoh hari tular di Twitter, sekaligus membuka mata masyarakat terhadap Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Selepas kejadian itu, perspektif saya juga berubah. Selama ini saya fikir ibu bapa muda kurang kemahiran didik anak. Tapi saya silap. Saya terharu bila dia tegur anak dia macam tu.

"Saya juga terharu tweet itu viral dan berharap ia dapat beri pengajaran kepada ibu bapa di luar sana, semoga ia dapat memberi kesedaran kepaada orang di luar sana," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain