"JANGAN ajar anak-anak main magik." Itu antara pesanan yang diutarakan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Dr Mohd Shaiful Nizam kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak kecil. Jelas beliau, ia berikutan aksi silap mata yang menghilangkan objek dengan memasukkannya ke dalam mulut amat merbahaya kerana mudah mengakibatkan kanak-kanak tertelan. ARTIKEL BERKAITAN: Mi sup juadah terakhir, ibu maut selepas tertelan gigi palsu ARTIKEL BERKAITAN: Tertelan 23 magnet, kanak-kanak perempuan hampir maut Menerusi perkongsiannya, selain aktiviti berkenaan, ibu bapa juga perlu mengelakkan memberi mainan kecil kepada anak-anak yang suka memasukkan apa sahaja barang ke dalam mulut. Malah katanya, bergurau ketika terdapat sebarang benda di dalam mulut juga perlu dielakkan. Beliau berkata demikian susulan kes pembedahan yang perlu dilakukannya selepas budak berusia tujuh tahun tertelan duit syiling 50 sen. Duit syiling berjaya dikeluarkan dalam tempoh lima minit. Memulakan cerita di akaun Twitter rasminya, ujar beliau, dia menerima panggilan daripada hospital yang menyatakan terdapat kes kecemasan seorang kana-kanak tertelan duit syiling. Ekoran itu, dia yang lebih dikenali sebagai Dr Shaiful bertanyakan tentang kondisi pesakit berkenaan. "Bagaimana keadaan pesakit? Ada susah nafas dan apa keputusan x-ray dia?," ajunya yang kemudian mengucapkan syukur kerana objek berkenaan berada di esophagus. Menurutnya, antara kerisauan utama pakar ENT adalah bendasing yang termasuk ke dalam mulut itu berada di saluran pernafasan dan bukan saluran pemakanan (esophagus). Sinaran x-ray menunjukkan lokasi duit syiling yang termasuk dalam mulut pesakit. "Jika termasuk saluran pernafasan, pesakit boleh mengalami sesak nafas yang boleh membawa kematian. "Untuk pesakit ini, urusan pembedahan mengeluarkan duit syiling yang tersangkut di saluran esophagus dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi yang serius. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di bawah bius penuh (GA)," ujarnya. Dalam pada itu, beliau menasihatkan supaya ibu bapa segera membawa anak-anak ke hospital jika ternampak insiden seperti itu. Saya dulu pernah kena bedah masa kecil sebab masukkan plastik gula-gula ke dalam lubang hidung. NETIZEN Tambahnya, jika kejadian tidak disedari, ibu bapa perlu mengenal pasti gejala awal yang biasa iaitu anak-anak muntah dengan tiba-tiba sambil menjolok tangan ke dalam mulut. Perkongsian yang bermanfaat itu menyebabkan warganet turut serta menceritakan insiden seumpamanya yang pernah dialami. "Saya dulu pernah kena bedah masa kecil sebab masukkan plastik gula-gula ke dalam lubang hidung." Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing. "Adik saya biji asam masuk hidung." "Hari tu anak tertelan bateri jam tangan jenis bulat... hantar hospital tapi doktor kata kena pantau dulu. Kalau tidak keluar ikut najis baru buat pembedahan. Alhamdulillah keluar sendiri ikut najis selepas doktor bagi ubat." "Adik sepupu saya pernah tertelan buah rantai emas, setiap kali dia berak mesti kena periksa najis. Alhamdulillah selamat keluar." Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI