MUNGKIN bagi kebanyakan orang di negara ini, Sindrom Tourette (tics) ialah satu perkara asing dan jarang didengari. Namun, siapa sangka perkongsian remaja berusia 18 tahun menerusi rakaman video melakukan pergerakan atau mengeluarkan bunyi dan kata-kata kesat secara tiba-tiba ini menarik perhatian ramai di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu tengok muka dia, tak sanggup nak terima” - Ibu anggap anak sindrom down anugerah terindah, video keletah comel raih jutaan tontonan ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak sindrom down jadi mangsa komen jahat di TikTok, disyaki kerja budak sekolah rendah... ramai terkilan sampaikan Neelofa titip pesanan buat Puteri Bulan Menurut Fikri Syah, dia mula mengalami dan menyedari sindrom ini semasa bekerja di sebuah restoran makanan segera, KFC (Kentucky Fried Chicken). "Semasa saya SPM pada 2021, saya menghadapi masalah keluarga. Jadi saya sebagai anak bongsu menjadi penguat semangat mereka dengan memberi nasihat dan menjadi pendengar walaupun saya juga bersedih atas apa yg berlaku. Saya cuba untuk kuat walaupun pada orang lain ia masalah kecil tapi impaknya besar dalam hidup saya. "Setelah tamat SPM, saya bekerja part-time di KFC untuk mencari duit poket sementara keputusan peperiksaan diumumkan. Setelah bekerja lebih lima bulan, pada suatu hari kira-kira pukul 5 petang, saya masuk kerja seperti biasa tetapi keadaan badan saya tidak begitu baik. Sebenarnya dah dua minggu saya pening kepala dan rasa ingin muntah ni. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya memulakan kerja membuat mashed potato. Pada waktu itu saya agak sesak nafas dan kepala sangat pening tetapi tetap cuba untuk teruskan kerja. Semasa pergi ke stor untuk mengambil stok barang secara tiba-tiba saya gagap dan kemudian tersedu-sedu," jelasnya yang mesra disapa Fik. Menurut jejaka yang berasal dari Johor Bahru, Johor ini, dia cuba untuk menenangkan dirinya dan tidak menghiraukan rasa kurang selesa itu lalu meneruskan kerja seperti biasa namun gagal. Imbas anak bongsu daripada tiga beradik ini, dia kemudiannya memaklumkan keadaan dirinya kepada pengurus restoran yang bertugas pada hari tersebut. Jejaka ini pada mulanya sudah mula sakit kepala dan rasa ingin muntah selama dua minggu sebelum mengalami penyakit tics. "Manager dan kawan-kawan lain panik melihat keadaan saya tetapi sebenarnya saya sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku pada diri saya. Kemudiannya saya ke klinik dan malangnya doktor juga tidak dapat mengesahkan sakit saya. "Di klinik, doktor menyuntik dan memasukkan air ke dalam badan untuk menambahkan tenaga. Doktor pun masih tidak tahu saya sakit apa. "Sebulan kemudian saya ke hospital swasta membuat MRI dan keputusannya negatif untuk penyakit yang berbahaya tetapi pakar saraf mengesahkan saya menghidap penyakit sindrom tourette," jelasnya yang sedih hingga sukar menerima kenyataan dirinya mempunyai kekurangan seperti itu. Susulan itu juga, jejaka ini mula berazam untuk pulih dan memberi kesedaran kepada orang ramai, selain ingin bantu mereka yang alami nasib sepertinya untuk terus kuat dalam menghadapi cabaran. Malah, Fikri yang tidak menjalani apa-apa rawatan secara berkala hanya bertahan dengan mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor iaitu Risperidone dan Sertraline. Fikri (kanan) tidak menjalani sebarang rawatan namun masih mengambil ubat-ubatan demi kesembuhan dirinya. "Bukanlah mudah untuk saya terima tetapi akhirnya saya reda setelah lima bulan menghidap penyakit ini. Doktor di hospital pun bangga setelah melihat saya mula menerima kekurangan diri kerana pendiirian itu membolehkan penyakit itu perlahan-lahan berkurangan walaupun dia tidak akan pulih seperti sediakala. "Saya OK je bila berhadapan dengan orang kerana sebelum ini saya cuba lawan anxiety dengan memberanikan diri semasa ingin berjumpa seseorang. Kawan dan keluarga terima saya semasa mereka dapat tahu yang saya sakit. Layanan mereka juga OK walaupun saya seorang sahaja yang menghidap penyakit ini," kata penuntut bidang multi media ini. Bukanlah mudah untuk saya terima tetapi akhirnya saya reda setelah lima bulan menghidap penyakit ini. FIKRI SYAH Malahan, katanya bidang yang dipelajarinya itu dianggap sesuai dan selamat untuk dirinya jika sindrom itu menyerang secara tiiba-tiba. "Saya bercadang untuk bekerja dalam bidang editing dan mungkin motivator. Jika saya dapat melakukan kedua-duanya... mungkin saya boleh membuat video motivasi menggunakan kelebihan editing saya untuk memberi semangat kepada semua penghidap tics," jelasnya. Dalam pada itu, Fikri juga tidak terlepas daripada menerima kecaman warganet yang beranggapan dirinya sengaja berseloroh dengan memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat tersebut. Walaupun menerima kecaman, Fikri (kiri) tetap meneruskan niat baiknya berkongsi mengenai kesedaran berkaitan penyakit sindrom dirinya. "Dalam hidup ini kita tidak akan lari daripada dikecam tak kira melakukan kebaikan mahupun keburukan. Ada yang menyokong dan ada yang menghina mahupun mengecam saya. "Ada yang cakap saya tipu dengan pura-pura ada tics sebab kadang-kadang bila saya buat live dekat TikTok saya kelihatan seperti OK saja. "Jadi saya nak ambil peluang ni beritahu penyakit ni bukan jadi 24 jam. Macam kita batuk pun ada masa berhenti juga," jelas Fik menutupi kisahnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI