suria

Raya sakan! Pencarum tak lengah keluar RM10,000 KWSP, doa panjang umur... Harap sempat nikmati saki-baki wang selepas pencen

Menerusi pengeluaran khas ini, ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50.

PENGUMUMAN mengenai pengeluaran khas one-off simpanan RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ternyata memberi kelegaan buat sebilangan besar pencarum.

Sejurus permohonan dibuka bermula 1 April, laman sosial seperti Facebook dan Twitter turut 'meriah' dengan pelbagai perkongsian serta komen netizen mengenai pengeluaran tersebut.

Selain menzahirkan rasa syukur, ada yang turut meninggalkan komen sayu dengan memohon doa dipanjangkan umur agar dapat menikmati saki-baki caruman mereka suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai semak baki... laman web KWSP, aplikasi i-Akaun tiba-tiba ‘loading’ tak berhenti, pencarum gagal akses

ARTIKEL BERKAITAN: Pencarum KWSP dibenarkan keluar simpanan cecah RM10,000... PM minta rakyat fikir masak-masak!

"Semoga kita berjumpa lagi pada usia 55 tahun jika panjang umur. Selamat tinggal KWSP buat kali terakhir. Terima kasih kepada pejuang KWSP," tulis A Muhaimil Muhamad Jaafar menerusi ruangan komen di Facebook KWSP.

"Alhamdulillah. Umur 50 ke 55 tahun boleh keluar lagi KWSP. Blur sekejap. Ya Allah, panjangkan umur dan murahkan rezeki semua pencarum KWSP.

"Alhamdulillah, terima kasih kerajaan dan pasukan KWSP. InsyaAllah akan bekerja dengan lebih rajin untuk top up semula," tulis beberapa individu lain.

file7dg8mfdchphi2gyi9j4

Pengeluaran khas itu boleh dibuat bermula 1 April.

Menjengah ke laman Twitter, semakan kata kunci KWSP turut membawa kepada ratusan ciapan mengenai topik itu sejak lewat malam Khamis.

Malah, ada yang turut menganggap pengeluaran khas itu sebagai rezeki sempena kedatangan bulan suci Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.

"Selesai mohon pengeluaran KWSP. Boleh la bagi duit raya lebih sikit.

"Bukan main rancak budak-budak ni cakap fasal KWSP lepas tu tahu-tahu keluar lagu raya.

"Raya sakan la masing-masing keluarkan KWSP," tulis beberapa individu di Twitter.

file7fi9efl6c2b2g6yacgp

Pengeluaran khas itu turut dianggap sebagai rezeki raya oleh segelintir netizen.

Untuk rekod, pengumuman mengenai pengeluaran khas itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu.

Permohonan pengeluaran khas itu boleh dibuat bermula 1 April yang mana ia dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun sahaja.

KWSP dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, permohonan tersebut juga akan ditutup pada penghujung bulan depan dan pembayaran dibuat bermula 20 April depan.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain