GELAGAT seorang cikgu 'berunding' dengan anak muridnya di tadika kemas mencuit hati warganet. Mana tidaknya, video tular itu memaparkan guru wanita sedang memujuk anak muridnya yang enggan memakai baju seragam tadika berwarna biru seperti murid lain. Malah, 'rundingan' yang berlangsung kira-kira lima minit berlaku dalam keadaan yang tenang dengan semua murid-murid lain berada dalam keadaan terkawal dan melakukan aktiviti masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan main happy bawa bekal, siap pakai seragam sekolah tapi kenapa Aniq Firas menangis? Ibu dedah si bongsu pernah acu pisau sebab ‘no mainan’ ARTIKEL BERKAITAN: Umur 6 tahun dah tunjuk bakat mekap, ibu berhenti marah anak main gincu, bedak selepas tengok hasilnya... rela wajah jadi ‘kanvas’ Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak lelaki terbabit menangis sambil berpeluk tubuh selepas diminta menyarung baju seragamnya. Ia berikutan dia hanya mahu memakai baju-T berwarna putih yang sepatutnya dipakai pada hari Khamis untuk acara sukan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Hari ni hari Rabu pakai baju ni (seragam), esok hari Khamis baru pakai baju white (putih)," ujar cikgu tersebut yang cuba memujuk anak muridnya. Bagaimanapun aksi kanak-kanak tersebut yang seakan-akan merajuk dan tiba-tiba berpeluk tubuh sambil menyatakan 'bukan... tak mahu' membuatkan cikgu itu tampil dengan idea lain. Dia yang masih cuba memancing perhatian murid tersebut kemudiannya mengambil sekotak barang mainan dan 'mengugut' untuk menyarung baju tersebut jika mahu bermain. Kesabaran cikgu tersebut mendapat pujian ramai. "Tak nak main? Hari-hari selalu main... nak main tak mahu? Kalau nak main kena pakai baju biru, tak payah buka baju putih. "Cikgu simpan ya! Kalau awak nak main kena pakai baju ni (seragam)... kalau awak pakai cikgu bagi semua ni (sambil menunjukkan kotak putih berisi mainan)," katanya yang tidak sedikit pun menaikkan nada. Selepas hampir empat minit berlalu, kanak-kanak lelaki tersebut akur untuk mengenakan pakaian seragam. Kanak-kanak tersebut menangis kerana enggan memakai baju seragam sekolah. Ia susulan cikgu yang dianggarkan berusia awal 20-an itu menyatakan hanya perlu memakai baju tersebut di sekolah dan dia boleh bermain permainan yang diinginkan. Malah, kanak-kanak tersebut membiarkan guru berkenaan menyarungkan baju dan memasukkannya ke dalam seluar supaya kelihatan kemas. Tahap kesabaran cikgu melayan karenah anak murid... saya respect. NETIZEN Tingkah laku guru tersebut mendapat pujian warganet dan rata-ratanya menyifatkan dia sebagai seorang penyabar. "Terbaik cikgu... memang layak jadi pendidik, sabar dan tidak putus asa. Aku pun sabar juga tengok video ni sampai habis." "Terbaik cikgu! Bukan senang nak pujuk Izz ni kalau dia cakap 'no', apapun terima kasih cikgu sebab layan adik saya dengan baik," ujar seorang netizen yang dipercayai abang kepada kanak-kanak lelaki berkenaan. "Tahap kesabaran cikgu melayan karenah anak murid... saya respect." Netizen menyatakan wanita terbabit layak menjadi seorang pendidik. "Gelagat anak-anak, sabar lah cikgu... emak sendiri pun belum tentu sabar." "Gembiranya dapat cikgu macam ni, anak-anak mesti suka pergi sekolah." Kelembutan cikgu tadika kemas itu memujuk anak muridnya membuatkan video yang dikongsikan dalam itu tular di ruangan TikTok sehingga ditonton lebih 423,000 pelayar dalam tempoh kurang 24 jam. Malah, video tersebut turut mendapat 21,100 tanda suka dan dikongsi hampir 500 individu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI