"DAH besar nanti mesti cacat otak." Demikian kata-kata nista yang dilemparkan sesetengah orang apabila melihat bayi baru lahir dalam keadaan tidak normal walhal dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan bukanlah impian mana-mana individu mahupun ibu bapanya. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan main happy bawa bekal, siap pakai seragam sekolah tapi kenapa Aniq Firas menangis? Ibu dedah si bongsu pernah acu pisau sebab ‘no mainan’ ARTIKEL BERKAITAN: Sampai hati biarkan ayah usung tangki oksigen! 5 anak lali dimarah orang sekeliling... akui orang tua degil, mak pun pernah ditinggalkan Justeru, tidak wajar mereka dihina dan dicaci hanya kerana diri tidak kelihatan normal seperti manusia lainnya. Seperti yang dialami pasangan Nurahdirah Mohd Azahar dan Muhammad Irwan Shah Jamaluddin, anak sulung mereka yang menghidap sindrom dandy walker dengan kecacatan pelbagai telah dihina sejak dilahirkan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita kepada mStar, ujar ibu muda berusia 24 tahun itu, anaknya Nur Adhlina Dahlia yang kini berusia tiga tahun disahkan menghidap sindrom tersebut sejak di dalam kandungan. "Saya dapat tahu masa usia kandungan sudah 24 minggu. Saya buat details scan di klinik swasta dan doktor mengesahkan anak saya menghidap dandy walker syndrome. "Ia berikutan terdapat kelainan di kepala dia yang mana otaknya tidak bercantum, terbelah kepada dua. Bila turun ke bahagian anggota badan nampak tangan kiri dia pendek. Jari memang doktor tak dapat scan. Kaki kiri pula hanya sampai lutut sahaja manakala jari kaki kanan memang tiada. Nur Adhlina ditempatkan dalam NICU selama dua minggu. "Ekoran itu, klinik buat surat untuk saya rujuk ke pakar HTAA Kuantan, Pahang (Hospital Tengku Ampuan Afzan). Semasa saya rujuk pakar, memang tak dapat cari kaki kiri dia waktu dalam perut tapi saya bersangka baik mungkin terlipat," ujarnya tabah selepas melihat anak seperti yang dilahirkan sama seperti doktor scan. Menurutnya yang berniaga secara atas talian, semasa bertemu pakar, dia tidak ditanya sama ada hendak meneruskan atau menggugurkan kandungan kerana usia kehamilan sudah matang. Oleh itu, katanya dia bertahan sehingga bersalin dan sudah bersiap sedia dari segi mental mahupun fizikal untuk melihat anak sulungnya. Keadaan otak Nur Adhlina semasa dia dalam kandungan. "Suami saya teman saya bersalin. Dia menangis sampai terduduk waktu tengok anak saya tidak sempurna, dia bisik dekat telinga saya... 'sayang, anak kita memang cacat'. "Tapi pada masa tu tidak setitis pun air mata saya mengalir keluar. Memang betul-betul dah reda. "Anak saya duduk dalam NICU selama dua minggu untuk doktor pantau, saya tak boleh dukung dan hanya dibenarkan tengok dari jauh. Ketika ini baru saya menangis tak berhenti sebab sedih melihat keadaan anak yang penuh wayar. Alhamdulillah walaupun perlu rujuk pakar setiap bulan, anak saya sekarang membesar dengan sihat seperti anak orang lain. NURAHDIRAH MOHD AZAHAR "Saya ada maklumkan pada doktor, andai kata anak saya tidak mampu bertahan, saya reda sebab taknak dia terseksa macam tu. Dia minum susu pakai ryles tube tapi bila dah keluar hospital, saya ajar minum botol. Alhamdulillah dia boleh minum botol walau sedutan dia tak kuat... kesian asyik bertukar wayar hidung dengan mulut," ujarnya. Kata anak kelahiran Kuantan Pahang itu lagi, Adhlina pernah dibedah pada 3 Disember 2020 untuk jahit mulut dia dan buang lebihan isi di kaki. Tambahnya, anak istimewanya itu juga sudah mendapat kaki palsu untuk membantu dia berdiri namun dia enggan pakai dan mungkin kerana susah untuk bergerak berikutan kaki tersebut tidak mempunyai sendi. "Alhamdulillah walaupun perlu rujuk pakar setiap bulan, anak saya sekarang membesar dengan sihat seperti anak orang lain. Sambutan hari lahir diadakan semasa usianya 3 tahun. "Perkembangan dia mula-mula memang nampak sedikit lambat. Duduk lambat, meniarap pun lambat. Tapi umur dua tahun lebih dia dah pandai bercakap," katanya yang mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2018. Bercerita tentang video yang dimuat naiknya itu, ujar Nurahdirah, semasa anaknya masih bayi, bekas guru sekolahnya pernah berkata 'dah besar nanti mesti (anak) cacat otak'. Ujarnya, kata-kata nista seperti itu tidak sepatutnya diluahkan walaupun anaknya tidak sempurna seperti manusia biasa yang lain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI