KELAHIRAN empat beradik kembar ini pada 21 tahun lalu ternyata membawa kebahagiaan berganda buat ibu bapa mereka. Adik-beradik kembar tidak seiras yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan itu sudah besar panjang, malah mempunyai minat dan hala tuju yang berbeza-beza. Kisah empat beradik dikenali sebagai Sharifah Nazira Syed Nurshadir, Syed Nazrin, Syed Nadzmi dan Sharifah Nadira itu tular di TikTok selepas si bongsu berkongsi video mengenai kehidupan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Kembar seiras ini sama kacak, sama pekerjaan tapi perangai tak serupa... enggan hanyut dengan pujian - “Pernah bergaduh, tapi sekejap saja” ARTIKEL BERKAITAN: Kembar kacak gembira bertugas di PPV! Kongsi hobi sama tapi ada satu perkara yang mereka ‘pantang’ - “Kami lain dari kembar lain” Senang disapa Nadira, dia yang mewakili adik-beradiknya mengakui pengalaman membesar sebagai quadruplet menyebabkan mereka tidak pernah berasa sunyi, malah hidup penuh warna-warni. "Saya rasa membesar sebagai kembar sangat istimewa. Saya bertuah sebab terpilih untuk melalui pengalaman ini. Ibaratnya, saya dah ada kawan baik dan geng sejak kecil lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya tak pernah rasa sunyi sebab sentiasa ada kembar di sisi. Kami berempat ada minat berbeza, tapi kami sangat rapat. Kami kembar tak seiras, tapi ada persamaan pada wajah. Biasa orang tengok, orang tak terfikir pun kami kembar, nampak macam adik-beradik biasa. "Nazira merupakan kakak sulung, diikuti dua abang saya iaitu Nazrin dan Nazmi, manakala saya yang bongsu. Kami hanya ada empat beradik," ujar Nadira kepada mStar. Dari kiri Nazrin, diikuti Nazira, Nadira dan Nadzmi. Bercerita lanjut, Nadira berkata mereka berempat tidak pernah berpisah sejak kecil, namun Ramadan dan Syawal kali ini pastinya kurang seri tanpa Nazmi di sisi keluarga tercinta. Jelas Nadira, abangnya yang juga seorang pelaut (seafarer) lepasan Akademi Laut Malaysia (ALAM) berada di Amerika Syarikat, sekaligus tidak dapat beraya dengan keluarga pada tahun ini. Dah lama saya terfikir nak buat dokumentari mengenai kembar. Idea ini sejak zaman sekolah lagi. NADIRA "Saya baru habis diploma. Sekarang saya bekerja sebagai content creator sambil tunggu untuk masuk Ijazah. Kami semua ada di sini kecuali Nazmi yang berada di Amerika. "Nazmi berangkat ke sana pada Februari dan dijangka pulang ke Malaysia pada Oktober nanti. Kali ini merupakan raya pertama kami tak lengkap sebagai kembar empat. "Memang agak sedih. Masa hantar dia di lapangan terbang pun semua bersedih. Tak boleh bayangkan Ramadan tanpa dia. Tak meriah tanpa Nazmi. Biasanya setiap kali buat persiapan raya, dia yang bertanggungjawab untuk kerja-krja berat, alih-alih perabot. Foto mereka berempat ketika masih kecil. "Masa kecil dulu, kami suka bersaing antara satu sama lain. Contohnya, siapa puasa paling penuh, siapa solat dulu... memang teringat kenangan bangun sahur masa kecil dulu," ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor. Dalam pada itu, Nadira turut terkejut apabila video dia dan kembarnya yang dikongsi ke aplikasi TikTok meraih hampir sejuta tontonan dalam tempoh singkat. Kata Nadira yang juga lepasan bidang Media Baharu, dia merancang untuk menghimpunkan kembar-kembar dalam Malaysia bagi menjayakan dokumentari khas, tidak lama lagi. Kembar empat yang menjadi penyeri utama keluarga ini. "Saya tak sangka video itu blow up. Dah lama saya terfikir nak buat dokumentari mengenai kembar. Idea ini sejak zaman sekolah lagi. Saya merancang untuk berjumpa dengan kembar-kembar lain dan tanya kisah serta pengalaman mereka. Ini merupakan passion project saya. "InsyAllah ia akan dimulakan Sabtu ini. Saya akan kumpulkan semua video sebelum ia dijangka siap menjelang akhir tahun ini. "Bila viral di TikTok, saya dapat kenal ramai lagi pasangan kembar lain. Ramai yang terbuka nak kongsi cerita," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI