SIAPA yang tidak panik dan berdebar apabila nama tiba-tiba dipanggil oleh seorang guru di sebuah dewan makan asrama yang dipenuhi dengan ramai pelajar. Menerusi satu video, guru berkenaan dengan nada tegas menyebut nama seorang pelajar perempuan dalam ratusan penghuni asrama, menjelang waktu berbuka puasa. "Awal-awal lagi ada komplen daripada waris lain. Mana Puteri Fasyah Lydia? Bangun!" kata guru tersebut yang kemudian menyanyikan lagu hari jadi sebaik pelajar yang dipanggil itu bangun dari tempat duduk. ARTIKEL BERKAITAN: Guna teknik 'pulas' kejut pelajar liat bangun pagi, cikgu penyayang dedah hari 'malang'... koridor asrama tiba-tiba sunyi ARTIKEL BERKAITAN: "Saya mahu hidupkan suasana menyeronokkan" - Pulas minyak motor terhad di tingkat bawah saja, terbaharu cikgu usung speaker sampai tingkat 3 kejut pelajar Berkongsi pengalaman, ibu kepada pelajar berkenaan, Siti Hajar Ahmad berkata, kejutan itu dibuat sempena hari ulang tahun anak perempuannya yang ke-14 pada Isnin lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Wanita berusia 41 tahun itu bagaimanapun mengakui dirinya sendiri terkejut sebaik menerima video melibatkan anaknya, yang dikirimkan oleh seorang guru. "Ustaz ni selalu update perkembangan sekolah dalam grup WhatsApp ibu bapa. Selepas update juadah berbuka puasa, saya kemudian mesejnya secara terus. "Saya cakap 'Jika berkesempatan, mohon sampai salam ucapan selamat hair lahir untuk anak saya'. Bila dapat video daripada ustaz, saya cuak untuk beberapa saat pertama bila tengok ustaz nak marah, memang muka saya merah masa tu," katanya kepada mStar. Siti Hajar (kiri) ketika menyambut hari jadi anaknya lebih awal, minggu lalu. Namun perasaan cemasnya bertukar gembira dan terharu sebaik meneruskan tontonan klip video berdurasi 49 saat yang dihantar oleh guru berkenaan di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, selepas waktu berbuka puasa. "Saya memang tak sangka, sebab ada beratus-ratus pelajar asrama. Nak cari lagi dalam ramai-ramai kat dewan makan tu, jadi saya tak letak sebarang harapan untuk wish birthday. "Tapi saya sendiri pun terkejut sebab yang panggil macam nak marah tiba-tiba tu adalah idea ustaz. Saya amat berterima kasih di atas usahanya, rasa terharu. "Kata anak, ustaz ni memang garang waktu perhimpunan, tapi dalam kelas dia okay. Sangat sporting dan suka bergurau dengan pelajar," ujar Siti Hajar yang berasal dari Bukit Mertajam. Kenangan... Siti Hajar (kanan) dan anak-anak bersama arwah suami (kiri). Lebih dikenali sebagai CT Rano, dia berkata, tahun ini pertama kali anaknya yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu menyambut ulang tahun sebagai anak yatim. Menurut penasihat mahkamah itu, suaminya meninggal dunia pada usia 41 tahun akibat pembuluh darah dalam otak pecah atau aneurisme pada 27 Mei lalu bersamaan 15 Syawal. Ustaz ni memang garang waktu perhimpunan, tapi dalam kelas dia okay. Sangat sporting dan suka bergurau dengan pelajar. SITI HAJAR AHMAD "Tahun lepas masa birthday anak, arwah daddy dia koma terlantar atas katil di rumah. Anak takkan tunjuk perasaan sedih dia dan akan menangis sendiri. "Jumaat minggu lalu saya sambut birthday dia lebih awal sebelum dia masuk asrama semula. Dia cakap 'Tahun lepas masa birthday dia, daddy atas katil. Birthday tahun ni pula daddy tak ada langsung. Tapi dia tahu daddy tenang di sana sebab dia baca al-Quran dan doakan daddy hari-hari'. Masa tu saya bergenang air mata," ujarnya dengan nada sebak. Siti Hajar (kiri) bersama dua anak perempuannya. Siti Hajar yang mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 17 tahun belajar di sekolah sama menyifatkan anak bongsunya sebagai serius, pendiam tetapi suka menegur orang. Walaupun dua anaknya kehilangan seorang bapa di usia muda, perunding motivasi itu mengakui mereka lebih tabah dan sentiasa bersikap positif. "Anak-anak sangat positif. Mereka sebelum ini pernah nasihatkan saya supaya 'mama kena kuat selagi daddy masih bernafas, nadi masih berdenyut'. "Bila arwah daddy mereka dah pergi, kami anak beranak reda. Memang sedih kehilangan orang yang kita sayang tapi reda dengan ketentuan Ilahi," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI