TULAR di Facebook baru-baru ini mengenai seorang guru yang juga aktivis sosial, Mohd Fadli Salleh menyatakan rasa tidak senang dengan sikap segelintir guru yang bertegas dalam memaksa murid di sekolah rendah berpuasa. Menurut Fadli, cara sebegitu tidak sepatutnya diamalkan dalam usaha mendidik atau melatih kanak-kanak berpuasa. Menerusi posting pendidik di Sekolah Kebangsaan Gombak 1, Selangor ini, Fadli berkongsi pula kisah seorang murid, Amy (bukan nama sebenar) yang terpaksa berbuka puasa lebih awal kerana sudah tidak berdaya meneruskannya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu cemas ustaz tiba-tiba marah di dewan makan menjelang waktu berbuka, dedah anak pertama kali sambut birthday tanpa bapa ARTIKEL BERKAITAN: Kantin tutup bulan Ramadan, ibu bapa bukan Muslim sangka anak dipaksa puasa! Guru jelaskan situasi sebenar, boleh je bawa bekal “Amy ni seorang murid yang aktif dan becok tidak terkira. Dia rajin membantu guru. Kelas biasanya meriah dengan suaranya kerana dia seorang yang sangat ceria. “Tapi semalam murid ni mendiamkan diri saja tidak seperti selalunya. Dia kelihatan lemah longlai dan tidak bermaya. Masuk kelas pun dia hanya letak kepala atas meja. Mata terkebil-kebil memandang kosong. “Bimbang dengan perubahan sikap Amy, saya pun cuba mendekati dan bertanya sendiri kenapa dia kelihatan lemah saja hari ni seperti tidak berdaya,” katanya. Mendengar jawapan jujur Amy ‘Saya lapar sangat-sangat cikgu’ itu telah membuatkan hatinya bersimpati dengan keadaan anak muridnya yang sudah tidak berdaya. Tangkap layar posting seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Gombak 1, Selangor. Menurut Fadli yang sangat simpati terhadap murid perempuan ini, Amy tidak dibekalkan makanan mahupun botol air ke sekolah pada hari tersebut kerana berpuasa. Fadli kemudian memberitahu guru kelas Amy lalu menghubungi ibu bapanya bagi meminta izin untuk Amy berbuka.. Setelah diberitahu mengenai keadaan anak mereka yang lemah longlai, ibu bapa Amy memberi keizinan untuk anaknya berbuka dan tanpa berlengah Fadli cuba mendapatkan makanan untuk mengembalikan tenaganya. Namun, menurut Fadli, timbul masalah lain apabila kantin sekolah tidak dibuka sepanjang bulan Ramadan. “Saya cuba dapatkan makanan Amy dengan membuat pengumuman dalam kelas ‘Siapa boleh kongsi bekal dengan Amy rehat nanti? Kesian Amy dia tak bawa bekal dan botol air’ dengan harapan ada yang sanggup berbuat demikian. Fadli mengambil inisiatif untuk bantu Amy (bukan nama sebenar) mendapatkan makanan dengan membuat pengumuman di kelas. Menurut Fadli, respons diterima cukup menyentuh hatinya kerana ramai yang mengangkat tangan dengan rela hati ingin berkongsi bekal makanan dengan Amy. “Awak ambil nugget saya satu ya. Saya ada tiga nugget. "Nanti makan roti kita. Kita ada dua roti. "Nanti makan nasi dengan kita ya. "Awak minum air kotak saya ya. Saya ada botol air dah ni,” demikian reaksi beberapa murid lelaki dan perempuan yang berebut ingin berkongsi makanan masing-masing. Guru yang berasal dari Kelantan ini sengaja membiarkan sahaja mereka berinteraksi sambil memandang dengan penuh kebahagiaan momen manis itu. Malah, guru ini turut meluahkan rasa bangga dan kagumnya terhadap ibu bapa yang dianggap berjaya mendidik anak mereka dengan baik. Guru dan aktivis sosial ini bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh murid-muridnya dalam berkongsi bekal dengan Amy. “Inilah dia kemenjadian murid. Satu ilmu yang tidak diajar dalam buku teks, namun berguna sepanjang hayat. “Tahniah ibu bapa yang mendidik anak-anak di rumah untuk sentiasa hormat, cakna, dan mengambil berat sesama manusia. “Sesungguhnya insan itu ramai, namun sifat keinsanan makin hilang. Kita pupuk semula sifat ini dan terapkan dalam jiwa anak-anak kita," katanya. Untuk rekod, posting di Facebook guru ini telah mendapat hampir 30,000 tanda suka dan rata-rata warganet turut memuji sikap prihatin dah bersetuju dengan tindakan guru ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI