suria

Sekali pandang macam arwah Siti Sarah, dua kali pun tetap sama... Tapi buka mulut nyanyi lagu ‘Kesetiaan’ terus jadi lain!

Amera dikatakan iras Allahyarham Siti Sarah ketika menyanyikan lagu Kesetiaan di majlis kahwin.

SEORANG gadis mencuri tumpuan ramai apabila video dia menyanyikan lagu popular Allahyarham Siti Sarah Raissuddin berjudul Kesetiaan menjadi tular.

Rakaman di sebuah majlis perkahwinan itu tular kerana wajahnya dikatakan mirip dengan penyanyi berkenaan.

Namun apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat komen segelintir netizen yang membandingkan suaranya dengan arwah Siti Sarah.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ada wanita senyum pandang saya dari jauh" - Pemuda ini akui mukanya iras Bell Ngasri, bezanya cuma badan lebih sado

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif berborak di TikTok, followers sedar jejaka mix Melayu-Itali ini ada persamaan dengan Syamsul Yusof - "Rasa kelakar bila ramai tak percaya"

"Muka ada iras tapi suara tak.

"Wow sekali pandang memang sama. Dua kali pandang masih sama. Tapi terperanjat sebab suara lain,” demikian antara komen netizen.

Gadis berkenaan, Nurul Amera Sulaiman mengakui dia amat terkejut apabila wajahnya dikatakan iras dengan arwah Siti Sarah.

Jelasnya, video yang tular dirakamkan ketika dia menyanyikan beberapa lagu di majlis perkahwinan seorang rakannya di Puchong, Selangor pada akhir Mac lalu.

"Saya merupakan salah seorang bridesmaid (pengiring) pengantin, jadi pada hari tu saya berada sehingga selesai majlis. Masa tu nak dekat pukul 4 petang dan ramai tetamu dah balik.

"Jadi, saya luangkan masa untuk menyanyikan beberapa lagu termasuk Kesetiaan yang dipopularkan oleh arwah Siti Sarah," kata gadis berusia 21 tahun itu kepada mStar.

iras siti sarah 2

Amera (kanan) bersama pengantin (tengah) dan seorang rakan yang juga pengiring.

Amera yang lebih mesra disapa Meyy bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa wajahnya tidak seiras dengan Allahyarham Siti Sarah seperti yang diperkatakan netizen.

"Rakaman tu daripada sudut sisi saya menyanyi. Masa tu saya pakai bulu mata palsu, termasuk memakai tudung gaya seperti arwah.

"Jadi, sekali pandang mungkin saya nampak macam arwah. Sebenarnya tak seiras dan ini pertama kali saya disamakan dengan arwah," ujarnya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

iras siti sarah 3

Amera (duduk) menyanyikan lagu bersama rakan.

Menurut pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Raudhah College di Cyberjaya itu lagi, walaupun tidak seiras tetapi persamaan yang diperkatakan itu dianggap sebagai penghargaan.

"Memang tak sama, tapi apabila pandangan orang luar menyamakan dengan arwah sudah tentu saya terharu. Arwah Siti Sarah merupakan seorang penyanyi yang begitu disegani.

Orang lain menyanyi mesti ada perbezaan. Janganlah bandingkan suara saya dengan Siti Sarah yang hebat dan mempunyai aura tersendiri.

NURUL AMERA SULAIMAN

"Mengikuti perkembangan Siti Sarah semasa hayatnya, saya suka dengan keperibadian arwah yang merendah diri," katanya yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah tadika.

Menjadikan karya Allahyarham Siti Sarah seperti Kesetiaan dan Semakin sebagai lagu wajib dinyanyikan ketika berkaraoke, Amera akur personalitinya yang ceria merupakan satu-satunya persamaan dengan penyanyi itu.

iras siti sarah 5

Amera kagum dengan sifat rendah diri Allahyarham Siti Sarah.

Dalam pada itu, Amera menyedari beberapa komen membandingkan suaranya dengan Allahyarham Siti Sarah, namun dia tidak berkecil hati.

"Sudah tentu tak sama, orang lain menyanyi mesti ada perbezaan. Janganlah bandingkan suara saya macam Siti Sarah yang hebat dan mempunyai aura tersendiri.

"Saya menyanyi sebagai Amera, bukan dibuat-buat untuk menyanyi seperti arwah Siti Sarah. Biarlah saya menyanyi apa saja lagu dengan cara tersendiri.

"Cuma satu yang saya mahu seperti arwah Siti Sarah, iaitu persembahannya yang begitu berkeyakinan dan memukau," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan