suria

Ibu sindir anak sendiri, tolong kemas meja dikata mahu kerja KFC... Larang buang sampah dalam tong, harap staf kutip!

Kisah itu dikongsi oleh seorang wanita menerusi Twitter. (Gambar Hiasan)

MELENTUR buluh biarlah daripada rebungnya.

Begitulah juga ibu bapa yang perlu mendidik anak-anak sebelum mereka melangkah ke alam dewasa.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan pasangan suami-isteri ini yang didakwa melarang anak mereka untuk melakukan kebaikan ketika berada di sebuah restoran makanan segera popular, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Baju raya si comel dah siap, hajat bergelar ibu Aidilfitri kali ini tak kesampaian... Bayi sulung ‘pergi’ selepas 7 hari keluar hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Anak disangka hilang dibawa ke Australia, kering air mata wanita ini 8 tahun menanggung rindu... benarlah doa ibu tiada hijab

Kisah tersebut diceritakan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Zyraroxx sehingga meraih 10,000 ulang kicau (retweet) di platform berkenaan.

"Saya terjumpa satu keluarga di KFC (Kentucky Fried Chicken). Lepas makan anak kecil tu nak buang tisu dalam tong sampah, mak dia larang, letak je atas meja nanti orang kutip.

"Anak dia pergi juga, kemudian mak dia cakap... nak jadi pekerja KFC ke?" imbas Zyraroxx mengenai kejadian yang disaksikannya itu.

Cerita pelayar Twitter itu lagi, dia yang kebetulan mahu membuang sampah sempat tersenyum kepada kanak-kanak berkenaan.

kfc2

Menurut saksi, ibu bapa berkenaan melarang anaknya membuang sampah sendiri ketika berada di restoran itu. (Gambar Hiasan)

"Hanya kerana kau bayar dalam RM30, kau rasa berhak ke? Kebetulan aku dah siap makan kemudian kemas dan pergi buang sampah sendiri.

"Senyum dan kenyit mata kat anak dia. Harapnya dapat sampaikan mesej bahawa tiada apa yang nak dimalukan apabila kita kemas kekotoran sendiri.

"Saya rasa pengasuh yang ajar adab kat anak dia, sebab tengok mak bapa hauk. Anak siap cakap terima kasih setiap kali dihulur makanan, tapi mak bapa tak pandang pun," imbasnya lagi.

Menurut wanita itu, dia juga sedih melihat suadara seagama sendiri yang berkelakuan seperti itu.

Kalau kau mudahkan urusan orang lain urusan kau juga akan dipermudahkan.

ZYRAROXX

Malah katanya, tiada apa yang salah jika kita semua cuba untuk memudahkan urusan orang, terutamanya untuk mereka yang bekerja di restoran mahupun pusat beli-belah.

"Kalau pun tak nak ajar adab, janganlah rosakkan adab yang orang lain ajarkan. Sedih tau bangsa lain anak berebut-rebut nak bersihkan meja tapi muslim yang kebersihan adalah sebahagian dari iman sibuk nak buat kekotoran sebab ada orang lain yang dah dibayar untuk bersihkannya.

"Sama juga dengan orang yang buat sepah masa pilih baju kerana ada orang yang dibayar untuk lipat balik. Saya tak tahu, mungkin sebab tu hidup anda susah sebab suka menyusahkan orang lain?

"Pernah dengar tak? Kalau kau mudahkan urusan orang lain urusan kau juga akan dipermudahkan. Sekecil-kecil amalan kebaikan boleh jadi sangat bermakna untuk orang lain.

file7e4ho3fhjna1f55ii936

Ujar netizen, kanak-kanak itu ternyata lebih berbudi pekerti berbanding kedua ibu bapanya. (Gambar Hiasan)

"Semua orang berpuasa, letih, tak jatuh martabat kau kalau tolong mudahkan kerja orang," cerita wanita itu panjang lebar.

Di ruangan balas, ramai netizen turut memberikan pendapat masing-masing, tak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.

"Anak makcik tu bukan nak jadi pekerja KFC la makcik. Dia tu sedang mengajar dirinya sendiri menjaga kebersihan serta mengenal erti common sense.

"Saya ajar anak-anak makan kat mana pun, sampah buang dalam tong sampah supaya dah besar, hati perut tu lembut dengan orang dan keadaan sekeliling. Nampak macam tak ada-apa tapi penting.

"Rasanya anak dia lagi berpelajaran tinggi daripada mak dia yang kelihatan dungu di situ," tulis beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain