CABARAN utama buat mereka yang bekerja di restoran sudah semestinya berdepan dengan pelbagai jenis ragam pelanggan. Sudah pasti tahap kesabaran tentu lebih teruji apabila dimarahi pelanggan di bulan puasa ini. Turut merasai pengalaman pahit berdepan situasi itu ialah Wafa Aishah Shaiful Rizam, 18, yang dimarahi seorang pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Pekak ke apa kau ni?” - Selamba kongsi video tengking pekerja McD ketika drive-thru, lelaki ini teruk dikecam ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah terkejut tangga jatuh kena kereta baharu, tak jadi marah banding dirinya dengan pekerja kontrak - “Mungkin uncle tu kerja teruk” Bercerita kepada mStar, gadis yang mesra disapa Wafa berkata insiden berkenaan melibatkan seorang pelanggan lelaki yang kelihatan sudah lanjut usia. "Baru tiga hari Saya kerja dekat restoran tu. Kejadian tu berlaku kira-kira pukul enam petang. Saya tengah lekatkan sticker dekat kotak piza. Lepas siap tu saya susun kotak untuk delivery order. Wafa kecewa dengan sikap pelanggan yang tidak tahu sabar. "Kebetulan masa saya letak kotak dekat kaunter, ada pakcik ni berdiri depan kaunter sebelah. Saya pun ambil pesanan pakcik ni macam biasa. Apabila selesai order, saya tanya dia boleh ke tunggu lagi 45 minit. "Saya beritahu pekerja bahagian dapur suruh tutup order untuk siapkan banyak pesanan penghantaran. "Tiba-tiba pakcik ni tengking saya, siap tuduh saya kurang ajar dan halau dia. Dia marah saya dalam bahasa Inggeris," jelas Wafa kepada mStar. Saya terus pergi solat, tapi sebelum sembahyang saya sempat menangis dulu dekat dalam tandas. WAFA AISHAH SHAIFUL RIZAM Menurut gadis yang tinggal di sekitar kawasan Kepala Batas itu lagi, dia hanya terdiam kaku sehingga tidak dapat memberi sebarang respons setelah dimarahi oleh lelaki berkenaan. Berikutan kekecohan ketika hampir waktu berbuka itu, salah seorang pekerja lain dikenali sebagai Fikri tampil ke kaunter untuk meredakan keadaan. "Tak sangka pula boleh jadi macam tu. Saya tak jawab apa-apa dah lepas kena marah dengan pakcik tu. Pekerja lain dekat bahagian dapur datang dan tanya saya kenapa. Belum sempat buka mulut, pakcik tu menyampuk cakap saya tak ada adab sampai dia nak jumpa pengurus. Antara komen netizen di TikTok. "Dia juga tak puas hati masa Fikri cuba tolong pertahankan saya. Dia tak bagi Fikri bela saya sampai dia cakap ‘I am a doctor you know, I have a PHD (Doctor of Philosophy)’. "Saya terus pergi solat lepas tu, tapi sebelum sembahyang saya sempat menangis dulu dekat dalam tandas,” imbas Wafa. Menerusi perkongsiannya di TikTok, ramai warga maya turut bersimpati malah ada juga yang berkongsi kisah sedih yang sama dihadapi mereka ketika bekerja di restoran makanan segera. "Walaupun tak bersalah tapi kami semua kena minta maaf dekat dia termasuk saya sendiri. Insiden dimarahi pelanggan tidak akan mematahkan semangat Wafa untuk bekerja. “Sebelum ni saya pernah juga kerja di kedai makan lain. Tapi ini kali pertama saya kena marah dan dimalukan sampai macam tu sekali depan orang lain. Tapi saya tak menyesal pun buat kerja ni. Tujuan asal saya kerja pun nak cari duit untuk sambung pengajian. “Niat saya post video dekat TikTok tu pun bukan nak malukan sesiapa. Saya cuma nak luah rasa terkilan supaya orang-orang macam ni berhenti rasa diri mereka hebat. "Belajar tinggi-tinggi pun kalau tak ada adab dengan orang sekeliling tak guna juga,” jelasnya penuh rasa kecewa dengan apa telah terjadi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI