suria

Ular sawa baik punya ‘lepak’ dalam bonet kereta, memang seriau! Tapi ada pula terbayang beg Christian Dior

Pemilik kenderaan menyedari kehadiran ular sawa berkenaan ketika membawa kereta ke bengkel.

SESEKALI jangan lupa periksa bonet kereta sebelum bergerak.

Mana tahu kemungkinan ada 'penumpang' tak diundang berada dalam ruangan berkenaan.

Perkara ini terjadi kepada pemilik akaun Twitter @nrsyhni atau Sya yang membuat hantaran video beserta gambar menyatakan dia terkejut apabila melihat seekor ular sawa berlingkar di dalam bonet kereta pakciknya.

"Pakcik saya bawa kereta dia ke bengkel dan terjumpa ini (ular sawa). Besar sangat, rasa nak menangis," ciapnya ringkas sambil menyatakan kereta tersebut ingin dibaiki kerana rosak.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara tak mau layan bunyi benda jatuh pukul 3 pagi, dua beradik tidur ditemani ular sawa - “Adik kata dia menjalar atas kaki kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar ular ‘naik’ pesawat ke Sabah! Penumpang sangka pendaratan kecemasan sebab cuaca, pelik bomba tunggu depan pintu

Dia juga turut berkongsi video pendek memaparkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) berusaha untuk mengeluarkan ular berkenaan dari bahagian bawah kereta.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan ular berkenaan sudah menyusur masuk ke bahagian enjin kereta.

Malah, saiznya yang besar menyukarkan proses untuk mengeluarkan reptilia itu sehingga terpaksa mengangkat kereta tersebut menggunakan lift jack bagi menarik keluarnya.

Difahamkan proses untuk mengeluarkan ular sawa berkenaan mengambil masa kira-kira satu jam.

Perkongsian beserta gambar reptilia berkenaan tular di media sosial sehingga diulang kicau lebih 12,700 pelayar Twitter di samping 33,000 tanda suka.

Kulit ular sawa berkenaan kelihatan berkilat.

Kulit ular sawa berkenaan kelihatan berkilat.

Walaupun hantaran yang dibuat bertujuan memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa memeriksa bonet kereta, namun netizen lebih tertarik dengan kulit haiwan tersebut yang kelihatan berkilat dan cantik.

Malah ada yang menyifatkan ular berkenaan sebagai model kerana posing yang kelihatan fotogenik.

"Fotogenik sangat, dia ingat dia model ke?

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Boleh buat beg kulit. Jangan bagi Christian Dior nampak ni.

"Cantiknya kulit siap ada RGB.

"Walaupun kulit dia lawa dan elok, tapi menakutkan bila membayangkan buka bahagian enjin dan ular sawa terus sambar muka," ujar beberapa netizen.

Antara sebab kenapa aku tak mahu ada lesen kereta mahupun kereta.

NETIZEN

Namun bagi sesetengah golongan wanita, kejadian tersebut mungkin akan meninggalkan trauma kepada mereka sehingga ada yang menyatakan sanggup untuk menjual kereta selain lebih rela menggunakan perkhidmatan e-hailing.

"Seramnya, saya sanggup jual kereta kalau macam ni... trauma dengan ular.

"Mak saya mesti tak naik kereta dah selepas ini. Antara sebab kenapa aku tak mahu ada lesen kereta mahupun kereta," ciap beberapa netizen wanita.

Ular juga pernah dilaporkan berada dalam kapal terbang.

Ular juga pernah dilaporkan berada dalam kapal terbang.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang meminta orang ramai membuat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan tambahan pula kebanyakan umat Islam sudah mula membuat persiapan raya dan ada yang akan pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

"Kena cek sebelum balik raya, buatnya muncul masa memandu kat lebuhraya... mahu terbabas kereta.

"Sebelum ni ada nampak video ular keluar dari lubang aircond," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain