suria

Ibu tahan sebak kongsi cerita anak hidap jantung berlubang... Netizen pula ‘cair’ tengok bayi comel tersengeh, pakat doa cepat sembuh

Fitriah menerima berita mengenai penyakit anaknya, Nur Nayla Fatihah sehari selepas beralin.

ANAK adalah harta yang tidak ternilai terutama sekali bagi insan yang bergelar ibu.

Justeru menerima khabar duka tentang kesihatan anak sudah pasti membuatkan si ibu tidak senang.

Berkongsi kisahnya bersama mStar, Nur Fitriah berkata anaknya Nur Nayla Fatihah yang baru berusia enam bulan disahkan mengalami masalah jantung sehari lepas dia dilahirkan pada 13 Oktober tahun lalu di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Degupan jantung bayi menurun, doktor beritahu tali pusat terbelit di leher! Nasib baik Iman Suhana sempat ‘push’ elak dibedah

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi usia lebih 4 bulan duduk wad sejak lahir, bapa tabah ulang alik ke hospital hantar susu ibu - “Kalau masih sama, dia terpaksa dilepaskan”

"Saya tahu anak saya ada sakit jantung sehari selepas bersalin. Pakar kanak-kanak datang jumpa untuk tengok keadaan bayi sebab waktu lahir dia tak menangis. Apabila doktor tu periksa, jantung anak saya ‘diam’ seketika.

"Kemudian ada jururawat datang ambil anak ke NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal) untuk semak bacaan oksigen. Apabila dah dapat keputusan, pakar suruh saya pergi ke wad tu untuk tengok anak saya.

"Tak cukup dengan tu, mereka bawa pula anak saya untuk scan jantung lebih terperinci. Dekat situ pakar jantung beritahu anak saya ada masalah jantung. Saluran jantung dia terbalik, ada lubang kecil dan saluran tu sempit," jelasnya yang mesra disapa Fitriah.

Menurut wanita yang menetap di Gombak, Kuala Lumpur ini, pada ketika itu sukar baginya menerima hakikat tentang keadaan kesihatan anaknya.

8d81331a-4e7c-4e1c-aaf8-d9008a6dc40f

Bayi ini terpaksa membuat pemeriksaan secara berkala setiap empat bulan sekali.

Hampa hati seorang ibu apabila mendapat perkhabaran mengenai anaknya yang baharu ingin melihat dunia.

Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini, walau bagaimanapun dia harus cekal dan tabah demi puteri sulungnya.

"Lama juga saya ambil masa nak ‘hadam’ semua ni. Lepas empat bulan barulah saya terima dengan hati yang terbuka dan reda dengan penyakit anak saya.

Dia memang mengharapkan lubang tu untuk bernafas... kalau tertutup memang dia jadi susah bernafas.

NUR FITRIAH

IBU

"Sekarang anak saya kena buat check-up jantung empat bulan sekali dekat hospital. Pembedahan dia akan dibuat masa umur empat atau lima tahun tapi lepas kejadian anak saya jadi ‘biru’ terus doktor nak percepatkan pembedahan dia masa umur dua atau tiga tahun nanti.

"Tapi saya bersyukur kerana penjagaan dia sangat mudah. Disebabkan ekonomi keluarga pun tak stabil, saya tak hantar ke rumah pengasuh. Saya risau sebab kadang-kadang kena perhatikan nafas atau seluruh badan untuk mengelakkan nafas dia laju dan jadi biru satu badan,” ujarnya.

IMG_0770

Pesanan Fitriah kepada netizen di TikTok.

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib si comel ini dan mendoakan kesihatannya.

Walau bagaimanapun, meninjau ke ruangan komen Fitriah membalas ucapan netizen dengan berharap agar orang ramai tidak mendoakan agar lubang pada jantung anaknya ini tertutup.

Menjelaskan lanjut tentang permintaannya itu, Fitriah berkata lubang pada jantung anaknya itulah yang berfungsi memudahkan dia untuk bernafas.

"Saya diberitahu penyakit anak saya ni jarang berlaku dekat negara kita. Dalam setahun tu cuma ada lima peratus saja cenderung bayi nak kena penyakit macam anak saya ni.

e2a589bc-c2e2-42db-a446-59dd2cdd849f

Doktor merancang untuk melakukan pembedahan pada usia tiga hingga empat tahun.

"Saya cakap fasal jangan doakan untuk lubang tu tertutup sebab doktor cakap lubang tu yang bantu anak saya bernafas.

"Jadi dia memang mengharapkan lubang tu untuk bernafas. Jadi kalau lubang tu tertutup memang dia jadi susah nak bernafas.

"Baru-baru ni doktor cakap memang tak ada perubahan dekat saluran yang tersumbat tu. Kalau bahagian tu dah kembali normal, anak saya boleh bernafas macam biasa. Nak tak nak, nanti anak saya memang kena buat juga pembedahan dengan kos RM15,000 hingga RM30,000 tu,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain