suria

Pemuda tawar hantaran 20K nak pinang GF, bakal bapa mentua tanya ‘tak rasa tinggi sangat ke?’ Selepas nego jimat RM5,000

Fariz berkongsi kisah ketika berunding dengan bakal menantunya mengenai wang hantaran. Gambar hiasan

MUNGKIN bagi sesetengah ibu bapa, jumlah hantaran menjadi antara perkara yang diutamakan dan dinilai terlebih dahulu sebelum bersetuju 'menyerahkan' anak perempuan untuk dinikahi pasangannya.

Lebih-lebih lagi masyarakat Melayu di negara kita sejak dahulu lagi terbiasa mendedahkan jumlah hantaran, ibarat lambang status pendidikan atau latar belakang keluarga si gadis.

Jangan terkejut jika dikatakan ada lelaki yang sanggup membuat pinjaman peribadi demi memenuhi permintaan jumlah wang hantaran dan melangsungkan sebuah majlis perkahwinan yang 'grand'.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa letak hantaran RM7,000... wanita ada master, kerja stabil tak kisah suami bergelar pelajar buat part-time rider Foodpanda

ARTIKEL BERKAITAN: Awak sangat ‘limited edition’! Wanita ini dipuji tak pilih rupa, bahagia kahwin jejaka Pulau Pinang wajah penuh parut

Namun perkongsian Fariz Ahmad yang juga Ketua Pegawai Pemasaran, Mynic Berhad, mengenai bagaimana dia membuat keputusan bersabit jumlah hantaran anak perempuannya, benar-benar membuatkan warganet kagum.

"Nak kongsi cerita masa anak perempuan dipinang orang. A week before (seminggu sebelum) rombongan sampai, bakal menantu dah datang nak bincang pasal duit hantaran.

"My wife and mum serahkan bulat-bulat pada saya to decide. So menantu cakap nak bagi RM20,000 hantaran. Saya tanya balik, 'pasti ke?'

"Then dia tanya balik 'rendah sangat ke uncle?'. Saya cakap 'awak tak rasa tinggi sangat ke? Tak nak nego?'. Dia dah terperanjat," kongsinya menerusi satu bebenang di Twitter.

tweet

Fariz berkongsi kisah wang hantaran anak perempuannya menerusi satu bebenang di Twitter.

Menurut Fariz, selepas beberapa kali mendapatkan kepastian daripada bakal menantunya berhubung jumlah wang hantaran yang ingin diserahkan, akhirnya lelaki tersebut menetapkan jumlah sebanyak RM15,000.

"Dia kata 'dah uncle, ni final. Tak nak nego dah'. Saya pun cakap 'if this is yang awak sanggup, uncle terima'. So tetaplah duit hantaran tu pada RM15,000.

"Kalau masa tu dia nak nego, i still accept sebab yang penting bersyukur jodoh anak dah sampai dan ada yang sanggup terima anak seadanya.

"Keduanya, memang lepas kahwin akan pakai duit yang banyak jadi biarlah duit simpanan mereka digunakan untuk bina kehidupan.

"Saya tak bagi diskaun. Saya cuma minta berapa yang menantu mampu dan ikhlas," kongsinya lagi.

kahwin 1

Sesetengah individu sanggup membuat pinjaman peribadi demi melangsungkan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Gambar hiasan

Menurut Fariz, dia berpandangan ibu bapa seharusnya memahami situasi kewangan anak masing-masing dan memudahkan urusan mereka untuk membina masjid.

"Kita faham bukan mudah untuk peringkat 20an sediakan jumlah hantaran yang besar. Bapa kena mainkan peranan yang besar sebagai wali dan ketua keluarga.

"Pendapat dari isteri dan keluarga perlu didengar tapi keputusan di tangan bapa. Dapat menantu dan besan yang baik adalah sebesar-besar rezeki, rahmat dan barokah.

"Tak payah nak letak harga hantaran mahal-mahal. Yang penting selesaikan yang wajib. Akhirnya, settle majlis kahwin bulan Disember 2021," kongsinya lagi.

Saya tak bagi diskaun. Saya cuma minta berapa yang menantu mampu dan ikhlas.

FARIZ AHMAD

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih melebihi 8,000 retweet selain dibanjiri dengan komen netizen yang melontarkan pelbagai reaksi.

Rata-ratanya memuji tindakannya dan bersetuju bahawa jumlah hantaran tidak semestinya tinggi memandangkan pelbagai keperluan lain yang harus disediakan untuk memulakan kehidupan berumah tangga.

"Setuju sangat tuan. Manalah nak jumpa bapa mentua baik macam ni.

nikah 2

Bagi Fariz, ibu bapa perlu bersikap terbuka berhubung hantaran kerana yang lebih penting adalah kehidupan selepas berumah tangga. Gambar hiasan

"Uncle sama dengan abah saya. Abah saya pun tak tetapkan nilai hantaran. Antara suami dan abah saja tahu. Sehari sebelum tarikh nikah, tiba-tiba dapat duit banyak dalam akaun dan abah tak nak satu sen pun dari duit hantaran tu.

"Sementara tu kakak pertama saya RM18,000, kakak kedua RM25,000. Tutup muka saja kakak saya waktu proses meminang tu. Punca sebab pakcik makcik bawang 'take over', alasan mereka kami anak yatim piatu," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain