suria

Anak senang tidur, lambat bercakap mak ayah anggap normal! Dah besar baru tahu ada masalah pendengaran sejak bayi

Amsyar perlu memakai alat bantuan pendengaran di kedua-dua belah telinganya.

JIKA dilihat dari segi luaran, anak kecil ini aktif dan keletahnya sama seperti kanak-kanak lain yang sebaya usia.

Namun hakikatnya, anak kecil yang hampir menginjak usia tiga tahun ini disahkan mempunyai masalah pendengaran, iaitu tidak mampu untuk mengesan sebarang bunyi di kedua-dua belah telinganya (profound hearing loss)!

Kisah menyayat hati si kecil bernama Amsyar Durrani ini dikongsikan oleh ibunya, Nabielah Ramlan sebagai panduan dan dan pengajaran untuk ibu bapa di luar sana agar lebih peka dengan perkembangan anak sedari masih bayi.

amsyar 2

Amsyar kini merupakan pemegang kad OKU.

Menurut Nabielah, dia dan suami sama sekali tidak menyangka bahawa tingkah laku yang ditunjukkan oleh Amsyar sejak bayi rupa-rupanya adalah petanda kepada masalah pendengaran.

"Amsyar sejak baby lagi sangat mudah untuk tidur dan langsung tidak terganggu dengan apa-apa bunyi. Kami fikir itu normal, mungkin dia jenis tidak sensitif terhadap bunyi.

"Namun bila dah semakin besar, kita panggil nama kadang-kadang macam tiada respons, macam tak dengar. Bila check-up di klinik perkembangan dia yang lain semua okay. Tapi bab pendengaran tu kami masih tak pasti dan kami anggap itu tiada apa-apa," ujar wanita berusia 31 tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik derita skoliosis, ada hikmah kakak buat live... dana kos pembedahan cukup tak sampai 2 hari - “Saya beritahu dia, saya tak boleh reda...”

ARTIKEL BERKAITAN: Video isteri tolak motor roda tiga bawa suami kudung kaki, anak kecil bikin ramai sayu... Wanita dedah cerita di sebaliknya

Bagaimanapun tanda tanya yang membelenggu Nabielah dan suaminya, terjawab selepas mereka mengambil keputusan untuk membawa Amsyar melakukan pemeriksaan pada tahun lalu.

"Amsyar masih tiada satu pun perkataan yang keluar dari mulutnya dan kami fikir ia masih okay kerana abangnya, Akief Durrani, 5, pun lambat cakap juga.

amsyar 3

Amsyar (kiri) bersama abangnya, Akief Durrani.

"Maka setelah melalui ujian demi ujian, sahlah anak kami Amsyar Durrani rupa-rupanya langsung tidak berkeupayaan untuk mendengar sebarang bunyi pun!

"Allahuakbar, berat sungguh ujian ini. Kami tak sangka boleh jadi seteruk ini tahapnya. Tak dapat bayangkan bagaimana anak sekecil ini boleh hidup tanpa sebarang bunyi langsung selama ini," ujarnya yang menetap di Tanjung Karang, Selangor.

Tambah Nabielah, sejak didiagnos oleh doktor, Amsyar perlu menjalani terapi audio dan 'speech' di hospital hampir setiap minggu.

Harapan kami sudah tentu agar dia boleh mendengar dan bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain. Biar lambat, asalkan ada perkembangan yang baik.

NABIELAH RAMLAN

IBU

Buat masa ini ujarnya, doktor mencadangkan Amsyar memakai hearing aid atau alat bantuan pendengaran di kedua-dua belah telinganya.

"Perkembangannya semua baik, cuma tak boleh mendengar sahaja. Dia jenis aktif, tak boleh duduk diam. Budaknya sangat ceria dan suka menyakat. Dialah yang menghiburkan kami semua.

"Kesukaran dari segi komunikasi tu dah tentu, kami hanya boleh tunjuk saja pada Amsyar berharap dia faham. Jadi untuk meningkatkan lagi tahap pendengarannya, Amsyar mesti menjalani pembedahan cochlear implant.

amsyar 1

Sungguhpun mengalami masalah pendengaran, Amsyar merupakan kanak-kanak yang aktif dan ceria.

"Dan sudah tentu kesukaran paling besar adalah untuk mendapatkan dana sebanyak RM120,000 untuk pembedahan cochlear implant dia. Doktor kata even pakai cochlear implant pun sebenarnya tak menjanjikan akan pulih 100 peratus.

"Lagi-lagi keadaan dia yang mengalami tahap pendengaran yang sangat teruk. Tapi tetap kena usaha untuk buat pembedahan tersebut kerana itu sahaja jalan agar dia boleh mendengar dan belajar bercakap sekurang-kurang sebelum dia berumur empat tahun kerana ini adalah golden age untuk anak belajar bercakap," ujar yang membantu bisnes kecil-kecilan suaminya dalam bahagian pemasaran.

Menurut Nabielah, dia dan suami nekad untuk mengusahakan agar Amsyar dapat menjalani pembedahan demi masa depan anak kecil mereka.

amsyar 4

Nabielah dan suami berharap anak kedua mereka dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain.

"Kekuatan kami adalah kedua-dua buah keluarga yang sangat memahami, membantu dan menyokong kami. Juga senyuman Amsyar yang sentiasa ceria. Tak sanggup kami nak biarkan dia begitu sahaja.

"Harapan kami sudah tentu agar dia boleh mendengar dan bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain. Biar lambat, asalkan ada perkembangan yang baik. Apa pun kami reda dengan ketentuan Ilahi," ujarnya lagi.

Bagi yang ingin menyumbang dana untuk pembedahan Amsyar, bolehlah menghubungi Nabielah di talian 018-3806728 ataupun suaminya 013-2721623 (Amirul).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain