suria

BMW cilok tak lepas! Bayi 4 bulan tercampak atas highway, kini ditidurkan di hospital... Saksi nampak kereta mewah lari exit tol Behrang

Tasya sekeluarga terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Putrajaya.

KISAH bayi berusia empat bulan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Isnin ternyata meruntun hati pengguna media sosial.

Dalam perkongsian di Instagram, ibu kepada bayi tersebut, Natasya Nadia Dahlan, 30, merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

"Saya adalah ibu bayi berusia empat bulan Aqasha Alhaq. Anak saya tercampak ke tengah jalan dek sebuah kereta BMW kelabu gelap plate RS (nombor tak perasan) yang masuk dari laluan paling kiri terus mencelah ke depan kereta kami (Proton Inspira putih).

taysa3

Tasya bersama suami dan satu-satunya cahaya mata mereka.

"Kereta tersebut terus lari selepas menghimpit dan kami berpusing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kiri. Anak saya tercampak ke tengah jalan dan sedang bertarung kesakitan patah tulang peha, tulang pinggul dan pendarahan di otak.

"Mohon bantu saya mencari footage dashcam kemalangan 7.30 petang pada 11 julai 2022 di Highway Plus ke Arah Selatan (Sungkai). Terima kasih," tulisnya di Instagram.

Ketika dihubungi mStar, Natasya berkata ketika kejadian dia bersama suami Aiman Nazim Jamaluddin, 30, adik lelaki Mohd Shafiq Iman, 20, serta anak tunggalnya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiwa rider saja faham mengapa pemuda ini menangis lepas kemalangan, bukan sakit tapi risau nampak cik tunang terbaring atas jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris kemalangan gara-gara mabuk, hidup tak tenang tanpa hidayah Allah... Bekas kru kabin temui jawapan selepas peluk Islam

Lebih pilu katanya, pada masa itu dia sedang menyusukan bayinya sebelum kereta yang dinaiki dirempuh secara tiba-tiba oleh BMW berkenaan.

"Kami berangkat dari rumah mentua di Meru, Ipoh nak ke Teluk Intan untuk ambil adik saya di kolej komuniti. Kami keluar tol Sungkai nak balik ke Putrajaya. Masa kejadian saya sedang menyusukan bayi.

"Awalnya kami berada di belakang BMW tu. Apabila jalan sesak, dia masuk ke laluan kiri. Saya cakap kat suami, kereta ni duk mencilok, bawa pun agak melulu.

tasya

Kisah pilu Tasya turut mendapat perhatian selebriti tempatan.

"Saya nampak kereta tu nak masuk dari lane paling kiri ke kanan. Kami pula di fast lane. Oleh kerana tak lepas nak mencilok, dia menghimpit kami sebab tak muat nak ke depan.

"Kemudian tiba-tiba je suami brek mengejut dan saya nampak asap. Saya, adik dan anak tercampak keluar. Suami je ada dalam kereta. Ada saksi nampak kereta BMW tu perlahankan kenderaan lepas kemalangan, kemudian dia exit tol Behrang," imbasnya.

Menurut Tasya, selain anaknya yang kini bertarung nyawa di hospital, dia turut patah kaki kiri dan mengalami lebam di bahagian rusuk.

Oleh kerana tak lepas nak mencilok, dia menghimpit kami sebab tak muat nak ke depan.

TASYA

Adiknya pula sekadar cedera ringan manakala suaminya bakal menjalani pembedahan gara-gara cedera dalam kemalangan berkenaan.

"Anak saya ditidurkan di NICU (Unit Rawatan Rapi Bayi) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sejak semalam. Kemungkinan doktor nak bedah kaki, tapi doktor kesan ada pendarahan di kepala.

"Saya dengan adik dah balik ke rumah, suami pula masih di hospital untuk bedah tangan. Kulit tangan dia tersiat dalam kejadian tu," ujarnya lagi.

Ketika temubual dengan mStar, Tasya turut meluahkan rasa terkilan atas sikap tidak bertanggungjawab pemandu BMW tersebut dan berharap dia akan menerima balasan setimpal.

tasya2

Bayi comel itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Ipoh, Perak.

"Mungkin pemandu tu tak tahu ada bayi dalam kereta kami. Tapi sekurang-kurangnya bertimbang rasa la. Kalau saya dengan suami je tak apa, tapi bayi kami pun kena. Ini bayi pertama kami.

"Sepatutnya dia berhenti tanya dulu. Saya terkilan sebab dia tak berhenti langsung. Bapa mentua saya akan buat laporan polis hari ni. Saya harap pemandu tu akan rasa apa yang saya rasa dan dapat balasan atas perbuatannya," ujar Tasya.

Kisah Tasya meraih perhatian ramai selepas beberapa selebriti seperti Anzalna Nasir, Elisya Sandha, Aliff Satar, Catriona Ross, Elvina Moahamad, Mira Filzah dan Fizo Omar tampil memberikan sokongan buatnya di media sosial.

Orang ramai yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan kes berkenaan boleh menghubungi Tasya di talian 016-4070559.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain